Tuesday, May 21, 2013

Selamat Hari Guru Cikgu ! (part 1)

16hb Mei yang lalu merupakan hari guru seluruh Malaysia..ni dah 5hari berlalu tapi rasanya memang tak pernah terlewatpun untuk aku ucapkan hari guru kan..



"SELAMAT HARI GURU CIKGU !!"



Sepatutnya bukan 16mei ni je kita kita kena ucap hari guru kat cikgu-cikgu kita..sepatutnya setiap hari pun memang hari guru tapi yela penat la cikgu-cikgu kita nak sambut hari-hari kan..jadi sebab tu la Hari Guru ni disambut sekali je setahun. Tapi ingat, hari-haripun sebenarnya hari guru tau..


"Ni awak nak ucapkan hari guru kat cikgu mana satu ni Shah?"


Sebelum saya nak jawab soalan tu, meh sini saya nak citer serba sikit pasal cikgu-cikgu saya kat sekolah dulu..


Saya dulu ni budak baik tau..selalu dengar cakap cikgu. (tapi dengar jela hehehe) Jadi, saya memang agak femes dikalangan guru-guru kat sekolah saya dulu. Lagipun dulu saya pernah buat bisnes jual sarapan kat sekolah. So, cikgu-cikgu saya ni memang sporting giler dengan saya. Semua backup saya daripada kena tangkap dengan pengetua sekolah dulu.


Tapi budak baik tak bermaksud tak nakal..i'm quite naughty juga tau kat sekolah. Ada la juga beberapa kali kena tangkap dengan cikgu-cikgu sebab ada buat salah. Dan saya tak lupa semua denda-denda yang pernah saya kena dulu..dan sebab hukuman-hukuman tula yang menjadikan saya manusia sekarang. Ni tak macam budak-budak zaman sekarang, kena hukum rotan sikit terus bawa court. Lembik betul la.


Tapi here some tips for you, "be kind and you'll be loved". Yela sebenarnya cikgu-cikgu ni sayang dengan kita tapi kita je yang tak perasan..dan kalau kau buat masalah dengan orang, masalah la juga kau dapat kemudian hari.


Ok relax-relax..


Sepanjang 11tahun aku belajar kat sekolah..ada beberapa cikgu yang aku masih ingat alkisahnya dengan timeline hidup aku.. Antaranya..


CIKGU NORSAIDAH

Cikgu ni merupakan cikgu pertama yang saya kenal masa saya pindah kat Sabah masa saya darjah4 dulu. Cikgu mengajar kami akan subjek Bahasa Malayu dan Kemahiran Hidup. Cikgu ni manja sangat dengan murid-murid dia. Semua sayang cikgu..tapi kadang-kadang cikgu boleh jadi garang juga..itu pun sebab kami yang buat nakal. Tapi cikgu sensitif sangat. Saya dah tengok beberapa kali cikgu menangis.

Pertama, masa saya darjah5 dulu. Ada seorang ibu kepada murid kat kelas kami ni. Nama dia Zahid. Pada zaman tu, ponteng sekolah ni memang femes. Dan budak Zahid tu pun termasuk jugak dalam statistik tu. Kemudian, ibu Zahid bertanya kepada cikgu, "Assalamualaikum cikgu, saya ni mamanya si Zahid. Budak tu terlupa lagi bawa bekal nasi dia ni haha..erm boleh saya jumpa bagi bekal ni dengan dia sekejap?". Kami dalam kelas tengok saja macam mana cikgu nak jawab soalan ibu Zahid tu? Memang saya akui, keadaan memang tegang masa tu. Kemudian, cikgu membawa ibu Zahid jauh sikit dari kelas lalu cikgu peluk ibu Zahid dan membisikkan sesuatu kepadanya. Dan kemudian, cikgu menangis..wajah ibu Zahid nampak amat jelas akan kekecewaannya. Dan kemudian cikgu membawa ibu Zahid turun dari bangunan.. Dan saya tak tahu apa yang terjadi selepas itu. Macam aku ada dengar bunyi tembakan pistol masa tu..tapi perasaan aku je kot.

Kedua, masa tu saya darjah6. Hari tu adalah hari meminta restu dengan cikgu-cikgu sebelum kami semua menduduki peperiksaan besar pertama kami UPSR minggu depan. Jadi, kami semua mengadakan majlis minta restu di dalam dewan. Tapi, cikgu Saidah langsung tidak kelihatan masa sesi minta restu tu. Jadi, kami satu kelas sepakat mencari di mana cikgu. Masa tu, masih bukan zaman GPS lagi, jadi kami minta seorang daripada rakan sekelas kami yang dimana bercita-cita untuk menjadi seorang pawang untuk mencari di mana kedudukan cikgu. Lalu dia mengeluarkan bola kaca ajaibnya dan menunjukkan bahawa cikgu sedang berada di makmal komputer. Kemudian, kami semua terus bergegas mencari cikgu sebelum bunyinya loceng pulang. Sebab masa jadi budak-budak dulu, loceng sekolah lagi diberi perhatian daripada arahan cikgu-cikgu ni. Setelah sampai di makmal sekolah, kami akhirnya berjumpa dengan cikgu yang kebetulan sedang ingin keluar dari makmal. Kemudian kami semua bersalam-salaman dan peluk dengan cikgu minta maaf akan segala kesalahan kami dan minta doakan agar halalkan segala ilmu yang cikgu turunkan kepada kami. Dan sekali lagi, seperti yang saya cakap, cikgu ni memang sensitif. Dan kami semua perhatikan sahaja dengan perasaan bersalah melihat cikgu menangis. Yang budak-budak lelaki control hero je tak mahu menangis. Yang budak-budak perempuan jangan cakap la. Sampai ada yang terus jadi rabun aku dengar menangis masa tu.

Tapi kerana cikgu Saidah la yang telah menyebabkan saya pernah menjadi penakut selama 2tahun dulu. Masa tu kami semua ada kursus subjek Bahasa Melayu kat makmal komputer. So, lepas cikgu dah penat berbicara, cikgu ingin bersantai-santai sebentar. Lalu cikgu tunjukkan satu gambar pada screen LCD di depan makmal tu.."ok cuba kamu semua cari perempuan berbaju merah..". Kami yang masih muda dengan perasaan ingin tahu ni, buka la mata bulat-bulat cari perempuan berbaju merah. Nah sekali keluar gambar pontianak berteriak. Lalu berteriak satu makmal terkejut dengan kemunculan pontianak tu. Yang aku hairannya budak lelaki kat sebelah aku tu yang paling lama dan kuat teriakannya..pastu aku tumbuk muka dia, "kau apesal??". Dan dalam pada masa tu, aku rasa aku ada terbau juga bau-bau ganjilmasambusuk yang tiba-tiba muncul kat dalam makmal tu. Lalu bila disoal semula apa yang kami belajar pada kursus hari itu..kami semua tak dapat jawab dan tak dapat ingat apa yang berlaku 30minit lalu? Welldone..cikgu.welldone..


yang kat kiri tu la cikgu Norsaidah. yang kanan
tu pula cikgu Azianawati


Tapi, saya nak ingatkan yang kami semua sayang sangat dengan cikgu.. Tak caye tanyalah budak-budak yang lain, mesti dorangpun jawab jawapan yang sama. Nanti kalau cikgu masuk pilihanraya mesti menang bergaya punya la hehe.



Cikgu Disa

Cikgu ni mengajar subjek matematik dan muzik kat kelas saya. Cikgu ni kelakar orangnya tapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya..kadang-kadang cikgu ni boleh jadi garang juga, tapi itupun sebab budak-budak yang degil tak nak siapkan kerja rumah dorang.

Dulu, saya tak berapa minat dengan subjek-subjek yang cikgu ni ajar. Saya memang lemah giler dalam subjek matematik dan muzik. Tapi saya suka dengan cikgu..saya just kuatkan diri untuk menyukai juga apa subjek yang diajar cikgu.

Dan akhirnya, semasa peperiksaan akhir tahun masa saya darjah6 dulu..saya berjaya mendapatkan markah matematik tertinggi dalam kelas. Saya berjaya dapat 99%..tapi saya macam ada yang tak kena dengan pemeriksaan cikgu pada jawapan saya yang silap tu. Jadi setelah diperiksa semula, memang betul, cikgu tersilap tanda dan akhirnya saya berjaya mendapatkan markah penuh 100% yahoo!!

Sejak saya darjah4, saya giat menyertai aktiviti-aktiviti sekolah. Antaranya, menari kebudayaan, choir, dan syair. Saya masih ingat ketika saya darjah5, saya mewakili sekolah dalam pertandingan syair. Saya dan kawan-kawan lain dihantar dengan menaiki kereta Matrix milik Cikgu Disa. Dan ketika pulang, saya masih ingat Cikgu Disa ada singgah ke pasaraya Servay dan cikgu suruh saya ambil saja apa jenis roti yang saya mahu kat situ sebab saya saya dapat nombor4 dalam pertandingan tu huhu..kalau nombor3 boleh wakil wilayah. Tapi takpe la. Pastu ketika hantar pulang, saya menipu cikgu yang rumah saya berada di tempat lain..sebab saya malu nak tunjukkan rumah sebenar saya masa tu.

Saya masih ingat juga ketika akhir tahun semasa saya darjah4, saya punya rakan sekelas yang bernama Saharuddin. Dia akan berpindah ke Labuan pada tahun akan datang, jadi sebelum dia berpindah, secara diam ketika waktu subjek matematik tu, dia melukis lakaran wajah cikgu. Cantik sangat! Dia sempat buat dua lakaran, satu dia akan simpan untuk kenangannya dan satu lagi dia serahkan kepada cikgu. Macamtu la waktu dulu-dulu sebab susah nak dapat kamera, jadi lukis saja la menjadi pilihan.



Cikgu Hasnah

Cikgu Hasnah mula mengajar kami masa kami darjah6. Cikgu mengajar kami subjek Bahasa Melayu dan Kimia. Tapi sebabkan kami semua drop subjek kimia masa tu, jadi tak jadi la cikgu nak mengajar kimia. Cikgu ni baik sangat-sangat. Seingat saya, cikgu langsung tak pernah marah dengan kami. Cikgu ni ada seorang anak perempuan yang sebaya dengan saya. Namanya, Dayang Atiqah. Mereka ni keturunan bangsa Brunei. Jadi, memang anak beranak putih giler.

Masa saya darjah6 dulu, saya ada berniaga jual nasi lemak kat sekolah..dan cikgulah yang paling kuat support saya untuk menjual. Dan sudah tentu cikgu jugalah pelanggan saya yang paling banyak beliannya. Terimakasih akan sokongannya.

cikgu Hasnah dan suaminya 




Cikgu Dasmawati

Cikgu Dasmawati ni adalah cikgu yang paling garang yang saya paling suka masa kat sekolah rendah dulu. Cikgu mengajar subjek Bahasa Melayu masa saya darjah6. Tapi sekejap saja sebab kemudian cikgu terpaksa berpindah mengajar di sekolah lain..katanya di kawasan pendalaman tapi tak tahu pula di mana. Walaupun sementara sahaja dengan cikgu, tapi saya masih ingat jelas wajah cikgu..sebab ada beberapa memori yang saya tak boleh lupakan pasal cikgu ni.

Semasa cikgu mengajar memang tegas..memang semua budak takut giler dengan cikgu dulu. Tapi semasa rehat daripada mengajar apabila cikgu bawa bersembang. Kami semua suka sangat mendengarnya..antaranya cikgu pernah menceritakan bahawa dahulu cikgu hidup susah di kampung. Masa cikgu kecik-kecik dulu, cikgu cuma menggunakan minyak kelapa untuk dijadikan sebagai minyak rambut. Dan cikgu juga menggunakan air beras untuk mencuci muka cikgu.. "sebab tu la muka cikgu bersih je." saya masih ingat ayat yang cikgu sebut ni sambil gosok pipi cikgu yang kononnya halus hehe..tapi sure memang bersih pun. Ehem..saya sampai sekarang masih ikut petua-petua cikgu tu..dan sebab tu la muka saya pun bersih macam umur budak 9tahun.

Selain itu, ada beberapa peristiwa juga yang menyebabkan saya tak boleh lupakan cikgu ni. Masa tu, cikgu lambat masuk ke kelas, jadi murid-murid masing-masing buat kerja sendiri..pada masa tu, saya sedang mengajar kawan saya matematik tak silap saya..dan saya just berdiri di tepi meja dia mengajar dia. Pada masa tu, tempat duduk saya di belakang sekali..pastu dengan tiba-tiba seseorang menepuk kuat bahu kiri saya. Panas betul rasa sakitnya..dan secara tak sengaja saya tiba-tiba terteriak, "Woi, sakitlah !" pastu bila saya toleh belakang, alamak cikgu..

Pastu cikgu juga ada bercerita pasal rancangan cartoon sekarang ni tak boleh tengok langsung..sebab zaman sekarang ni cerita cartoon ringan-ringan pun ada juga kisah cinta, lepas tu adegan bercium. Jadi cikgu memang sentiasa memilih rancangan cartoon yang boleh untuk ditonton oleh anak-anak cikgu kat rumah. Dan dengan cikgulah saya pernah menggunakan perkataan 'sebentar' untuk yang pertama dan mungkin yang terakhir kalinya juga dalam kehidupan saya. Masa tu saya sibuk berlatih sukan di padang sekolah sebab saya salah seorang atlit sekolah pada masa tu..jadi, saya diberi arahan oleh guru sukan saya untuk memanggil pasangan acara saya di kelas. Dan setibanya saya di kelas, "Assalamualaikum..erk cikgu boleh saya panggil Daud sebentar?" Dan begitu la kisahnya..

Dan cikgu juga la satu-satunya cikgu yang saya minta cikgu periksakan latihan karangan yang saya buat di rumah. Dan cikgu berikan komen yang baik kepada saya masa tu..sejak tu la saya mula minat dalam mengarang karangan atas kerana sokongan dan dorongan cikgu.

hah teka la mana satu cikgu Dasmawaty.
aku dapat gambar ni dari FB cikgu.
baru aku tau cikgu ada FB.


Terima kasih cikgu !



Teacher Jane

Teacher ajar saya English dulu masa darjah6..tapi kita dah berkenalan sejak saya darjah5 lagi..ehem. Masa saya darjah5, teacher pilih saya untuk wakil sekolah dalam persembahan choir. Hehe saya ingat lagi, saya dapat pujian sebab suara saya merdu..tapi itu semua dulu. Ya dulu..

Pastu masa darjah6, teacher akan mengadakan kelas tambahan 1jam selepas tamat waktu persekolahan. Saya masih ingat teacher pernah pilih saya jadikan contoh kepada kawan-kawan yang lain. Teacher cakap essay yang saya karang masa test sebelum ni bagus sangat..lepastu teacher suruh saya baca essay tu depan kawan-kawan dan suruh kawan-kawan yang lain salin essay saya tu. Saya dengar sampai yang ada simpan dalam frame essay tu pastu gantung kat ruang tamu rumah..tu saya dengar la. Tapi itu semua dulu..ya dulu.

Bytheway, that moment really motivated me a lot..thankyou teacher !





Ni antara cikgu-cikgu yang aku sayang masa kat sekolah rendah dulu. Cikgu lain bukan aku tak sayang, cuma lacking of information and stories so saya tak berani la nak tulis macam-macam kat sini. Nanti sedar-sedar hakim ada kat depan mata saya, kang susah pula.

Ok, citer pasal cikgu kat sekolah menengah akan aku entrykan dalam part 2 soon..














"obat hati ada lima perkaranya..yang ketiga berkumpullah
dengan orang sholeh" opick






Urgh dah genap seminggu aku tak boleh lena tidur malam. Asal nak tidur saja, mesti pening kepala. It takes me for hours baring kat katil tak buat apa-apa untuk tunggu supaya terlena. Kadang-kadang antara pukul 2 hingga 4 pagi baru dapat tidur..pastu tengah terlena sekejap terus kejut subuh pukul 4.30.Urgh sakit!!

"mungkin kau banyak sangat berfikir kot?"

sahabat aku ada tanya soalan tu..and i say no.



















which i mean yes..

No comments:

Post a Comment