Khamis tu aku bangun lewat lagi..sebab kesemalaman aku berjaga buat kerja design untuk aku jual kat sekolah adik nanti. Selepas selesai menunaikan solat Zohor berjemaah dengan mak abah, aku terus turun ke bawah nak tengok apa yang best kat bawah tudung saji hari ni. Tapi seperti yang dijangka, mak tak masak apa-apa hari ni. Semenjak adik-adik aku yang lain masuk semula ke sekolah asrama dorang, rumah ni jadi sunyi sangat. Dan mak abah jadi kurang selera semula untuk makan. Kesunyian tu aku memang sangat rasakan, sesudah 2minit saja selepas adik aku keluar rumah minggu lepas. Dan sejak tu, aku selalu keluar rumah cari kawan-kawan aku untuk hilangkan kesunyian tu.
Tengah hari tu, selera makan aku hilang lagi, jadi aku teruskan kerja mereka design yang masih belum siap semalam. Tiba-tiba..
"Tett tett !!"
Kedengaran bunyi hon dari depan rumah. Aku cuba jenguk dan ada sebuah van kelihatan di sana. Van bewarna kuning-oren..van poslaju! Dalam hati aku berbisik, ni mesti barang kerja abah ni kena hantar sini. Jadi, aku terus segera keluar rumah mewakilkan abah meyambut barang tu. Sebuah kotak dan sesampul surat diserahkan. Kotak tu agak besar, tapi ringan saja aku angkat. Kotak itu penerimanya tertulis nama abah dan sampul surat tu pula nama mak. Eh, jarang-jarang ada surat untuk mak. Tapi aku lagi la, dua kali je pernah aku dapat masa kecik-kecik dulu. Itupun dari kawan lama aku sebab masa tu teknologi telefon ni tak canggih lagi.
Sesahajanya aku masuk ke dalam rumah semula, mak abah pun turun ke ruang tamu. "Eh ada barang dari siapa?", mak bertanya. Bila dibaca balik kertas pada kotak tu, "Eh?? Dari Maklong la. Kenapa Maklong pula? Entah-entah bom kot? Cuba dengar dengar dulu kat kotak tu ada ke tak bunyi tik-tik-tik kat dalam?", aku bergurau sikit dengan mak bila terkejut kotak tu daripada Maklong. Sebab, takde sebab pun kenapa Maklong nak bagi ni.
Manakala sampul surat tu pula dari Abang Ami untuk mak. Pastu mak agak ni mesti ubat yang Abang Ami janji nak bagi tu. Mak buka sampul surat tu dulu dan jauh panggang dari api, rupa-rupanya Abang Ami hantar ikan masin untuk mak. Pastu baru mak teringat yang baru tadi Mak Teh telefon mak yang dorang ada poskan ikan masin yang diasinkan lepas Pak Teh dengan Abang Ami memancing minggu lepas. Aku ketawa kecil kan kat mak, "Oh ni ke rupa-rupanya ubat tu."
kotak yang diposkan Mak Long |
Pastu abah pula yang mahu buka kotak tu. Aku bergurau dengan mak, "Mak lari mak! Bom Bom!". Sesudah buka kotak tu,"Eh, apa ke benda ni?", abah hairan akan objek dalam kotak tu. Aku ingin tahu juga apa benda tu, takkan betul pula bom?
Bila aku semakin dekatkan diri dengan kotak tu...
"WAHHHHH !!!! WAHHHHH!!! WAHHHHH!!!"
***
hari Jumaat seminggu sebelum tu
***
Pagi tu, Icah tengah online facebook untuk tanya kawan-kawannya pasal maklumat pertandingan pidato yang akan mereka sertai tak lama lagi. Jadi, macam biasa aku suka kacau adik-adik aku ni. Aku saja nak tengok apa yang dia tengah chat dengan kawan dia tu. Bila ditengok pada senarai chat kawan yang online, Kak Uda pun tengah online rupanya..bukan sepatutnya dia tengah kerja ke.. Jadi aku minta guna nama Icah untuk chatting dengan Kak Uda sekejap.
Selepas bertanyakan khabar, aku mahu tanyakan nama keropok feveret yang Kak Uda selalu belikan untuk aku bila aku balik ke KL..sebab dah lama aku cari kat internet, tapi tak jumpa-jumpa juga keropok tu. Bila bertanya dengan kawan-kawan yang tinggal kat sana pun dorang tak pasti dan tak tahu keropok apa yang aku maksudkan. Selepas Kak Uda balas saja soalan aku tu, mak suruh aku bersiap cepat untuk solat Jumaat. Jadi, aku cuma sempat ucapkan selamat bekerja saja dengan Kak Uda, sebab aku belum mandi lagi ni. Dan waktu azan Jumaat pun dah tak lama lagi ni..
* * *
seminggu selepas itu...
* * *
"WAHHHHH !!!! WAHHHHH!!! WAHHHHH!!!"
"INI DARIPADA KAK UDA LA!!!"
Rupa-rupanya Kak Uda terus belikan untuk aku bila dia tahu aku yang sebenarnya chatting dengan dia haritu. Kak Uda tahu aku suka sangat dengan keropok ni..
Aku tak pernah beritahu sesiapapun sebelum ni yang aku sukakan keropok tu..
* * *
"Tok tok tok.." bunyi pintu bilik diketuk..
Bila pintu tu dibuka, Kak Uda menjenguk untuk tengok samada aku tidur ke kat bilik awal pagi tu..
Aku masa tu tengah bersiap-siap kemaskan barang aku untuk pulang ke Sabah semula tengahhari nanti.
"Ayer, Kak Uda dah nak pergi kerja ni..nanti Ayer hati-hati tau bila pergi KL nanti. Hati-hati balik rumah nanti.. Kalau ada apa-apa telefon je Kak Uda tau..Assalamualaikum.."
"Ye..baik-baik kerja nanti..Waalaikumussalam.."
Sesudah aku selesai mengemas barang-barang, aku terus turun ke bawah untuk bersarapan sebelum keluar dari rumah.. Pak Long belikan kueh tiaw goreng dari gerai kat tepi jalan..aku memang suka dengan masakan orang semenanjung ni..walaupun masakan simple, tapi memang kena dengan selera aku. Nampaknya aku akan merindukan masakan-masakan semenanjung buat masa yang lama lagi selepas aku pulang ke Sabah nanti.
Selesai saja bersarapan, aku terus bersalaman dengan Mak Long. Dan ucapkan terima kasih atas budi baik Mak Long sekeluarga selama ni..
Sebelum aku keluar rumah, Mak Long serahkan sebuah plastik besar yang berisi sesuatu di dalamnya..
"Ni haa kakak kau belikan untuk kau suruh kau bawa balik rumah nanti..kakak kau cakap kau suka keropok ni.. Dengan gula-gula ni, dia suruh kau ambik takut-takut kau ngantuk masa dalam perjalanan pergi KLIA nanti."
Dalam hati aku.."eh, macam mana Kak Uda tahu?"
* * *
inilah keropok legend yang aku cakap ni..saiz dia sekilo besar perut aku tu |
Sudah seminggu aku asyik makan saja keropok ni tak henti-henti.. Sebab keropok ni memang langsung takde kena jual kat Sabah. Aku ingat macam nak buat bisnes kecilan je jual keropok ni kat sini nanti. Buat pengetahuan semua, aku ni dah bertahun tinggalkan tabiat makan makanan ringan camni, selalu memilih yang baik-baik saja. Tapi, keropok ni spesel sangat dan aku suka!
Sehinggalah suatu hari baru-baru ni semasa aku tengah asyiknya lupakan dunia makan keropok ni sambil menonton tv. Tiba-tiba disiarkan iklan produk kelangsingan badan..dan ditunjukkan gambar rupa pelanggannya sebelum dan selepas.. Tersedak aku melihat badan pelanggan tu semasa sebelum dia mengambil produk tu..
"ARGHHH GEMUK GILER!!"
Dan dengan segeranya aku mengikat tutup plastik keropok tu..aku terus berhenti daripada memakannya lagi. Dan sehingga sekarang, aku menghadkan pengambilan keropok tu. Sebab..
No way man !!
Aku dah taknak jadi gemuk macam dulu lagi..fobia dah aku jadi gemuk ni. Jadi aku mesti maintainkan badan ni sampai kawin!
"kenapa sampai kawin je bang?"
. . .
gambar Kak Uda yang diam-diam aku tangkap masa hari keluarga tahun lepas |
Dalam kehidupan sementara ni..ada beberapa orang yang sangat baik dengan aku. Kadang-kadang aku menangis sebab kenapa mereka berkelakuan baik dengan aku sedangkan aku tak memberi manfaat apa-apa pun dengan mereka..
Dan jujur aku nak cakap..
Aku nak cakap yang..
Kak Uda merupakan orang kedua yang terbaik pernah aku jumpa selepas mak..
TERIMA KASIH KAK UDA!! |
No comments:
Post a Comment