Thursday, June 20, 2013

Mandi-manda


listen then go on . .



22Mei yang lalu, seperti yang dijanjikan, mak dah benarkan aku untuk pinjam kereta sport dia. Aku dah 3kali plan nak pergi tempat ni, jadi Alhamdulillah akhirnya mak bagi juga kebenaran. So, aku ajak la kawan-kawan yang selari sama dengan cuti sem aku kali ni.


Pukul 4.50 pagi lepas solat Subuh, Azmeel SMS aku, "Ril, jadi ke plan ni?". Awal dia mesej aku pagi tu sebab sebelum tu aku dah berkali-kali pesan dengan dia jangan tidur lepas subuh. "A'ah jadi..dalam jam 6 nanti aku pergi la jemput kau kat rumah. Sekarang ni aku tengah cari pelampung jap." "Huh pelampung? Adeii tak payah la pelampung tu..bukannya dalam juga". Suddenly, aku dapat terima SMS dari Firman, "Ril, jangan lupa pelampung".. Terus aku forward semula mesej Firman tu dengan Azmeel.. Sebab pelampung tu benda feveret Firman kalau mandi kat sungai ni..aku tahu kerenah sahabat aku.


Pukul 5.30 lepas siap-siap semua, baru aku mulakan perjalanan. First, aku pergi ke Likas jemput si Firman. Pastu tiba-tiba, Suhaidi mesej cakap yang dia minta maaf sebab dia tak dapat ikut. Huh? Kenapa pula tiba-tiba ni? Sedangkan dia yang beria-ria nak pergi sungai sebelum ni. Aku masa tu tengah memandu, dan memang kekangan aku tak pandai menghantar mesej semasa memandu. Nak call pun takde kredit pula. Ah, teruskan jela perjalanan ni.. Pasal Suhaidi tu tau la aku nak uruskan dia..seperti yang aku cakap, aku tahu kerenah sahabat aku.


Lepas jemput Firman di Likas, aku terus ke KingFisher pula untuk menjemput Waren. Oh ya, semasa aku memandu keluar rumah tadi, aku tiba-tiba terflashback zaman sekolah aku. Aku terhidu sesuatu..sesuatu yang mengingatkan aku pada zaman persekolahan aku. Aku dah lama tak hidu udara pagi camtu..


Sesampai saja kat depan rumah Waren, Firman terus call dia. Berdebar juga aku masa tu..tapi nasib baik la dia angkat juga panggilan Firman tu..tapi dengar daripada suara dia pun dapat cam sangat yang dia baru bangun dari tidur. Haih tak dengar arahan betul la budak ni. Tapi takpe, sebab dia memang orang penting dalam journey ni.


Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Bambangan, Inanam pula. Azmeel dah tertunggu-tunggu di rumah dia tu. Selepas terjemputnya si Azmeel ke dalam kereta, kami keluar semula ke pekan Inanam untuk menjemput Yang Umar. Kami panggil dia Umai dan singkatannya Mai.


Silap aku sebab terlupa nak pesan dengan Mai awal-awal masa subuh tadi yang aku gerak awal pagi. Jadi kami mengambil masa yang agak lamanya jugak untuk mengejutkan Mai di rumahnya ni. Seliparnya memang sudah kami kenal, legend. Jadi aku tahu dia memang ada kat rumah..then lepas dah berkali-kali mengetuk rumahnya, pastu pintu rumahnya dibuka. Mai dengan rambutnya yang kering kusut masai terkejut melihat kami di depan rumahnya. Pastu dia marah sebab tak pesan dengan dia awal-awal..then dia pukul aku dengan firman. Hohoho seram gilerr dia pukul kami camtu, sebab susuk badan dia memang besar dan tinggi. Then dia masuk semula ke rumahnya untuk bersiap-siap.


sedang cuba mengejutkan Mai bangun tidur



Hampir setengah jam kami menunggu Mai..apa yang dia buat ni? Risau juga kalau tiba-tiba dia keluar dari rumahnya pastu buat dek je jemur kain kat koridor rumahnya..pastu dia terkejut melihat kami, "Eh, korang buat apa kat sini? Dah lama sampai? " Ataupun entah-entah lepas dia masuk semula ke rumah dia tadi pastu tiba-tiba penyakit Alzheimer dia datang pastu terus lupakan kami..hoho Naud'zubillah. Ataupun dia tengah mandi kot..lama sangat bersiap ni. Deii! Dah tahu nak pergi mandi sungai, tak payah la nak mandi pagi pulak! Then, at last dia keluar juga dari rumahnya..segak. Kemas sekali..macam biasa. Bila ditanya, rupa-rupanya dia sedang mengemas beg..dan dia pun sama macam kami, tak mandi pagi.


Then kami ke rumah Suhaidi pula. Tadi, Azmeel ada try call Suhaidi..pastu dengan senang-senangnya pula dia cakap yang dia nak join semula. Haih, memang macam tu la kawan aku sorang ni..senang sangat ikutkan hati. Tapi takpe, yang penting dia ikut journey ni sekali.


Kami mulakan perjalanan kira-kira pukul 8 pagi..dan aku agak kami akan sampai ke sana dalam masa 1jam. Memang agak silap kami ikut jalan utama pada masa ni..sebab pukul 8 pagi ni kan waktu masuk pejabat. Jadi, jamm memang di mana-mana. Tapi perjalanan kali ni tak membosankan, sebab aku memang dah ajak orang-orang yang aku tahu akan meriuhkan suasana. Jadi, aku berusaha sedayanya untuk mengikut jalan-jalan pintas yang sempat aku lalu. Buat pengetahuan semua, kat KK ni jalan-jalan pintas banyak yang aku tahu..ada la sebabnya kenapa..


keadaan dalam kereta semasa perjalanan



Malam tadi, aku tak dapat tidur lena..penyakit tidur aku tu menyerang lagi..urgh! Jadi, aku memang kurang fokus semasa memandu masa tu..ngantuk! Dan crew-crew aku yang lain kat belakang semuapun sama aku lihat, semuanya dah mula terdiam ngantuk. Nasib Firman kat sebelah aku ni jenis budak bangun pagi..dan serius aku cakap, dia memang bagus dalam tugas pembimbing pemandu utama ni.. Dia sentiasa peka dan membimbing aku masa aku tengah mengantuk memandu tu. Maklum la, sebab dia sebelum ni memang kerja menghantar barang kat seluruh Sabah ni..kira macam parcel la, hantar barang-barang yang ditempah ke sana sini dengan lori 8 tan dia tu.


Apabila kami sudah tiba di pekan Kinarut, kami singgah ke stesen minyak Esso untuk membeli bekalan makanan dan mengisi angin pelampung. Masa ni la kami boleh nampak keikhlasan masing-masing dalam menyumbang apa saja yang termampu. Aku tahu..sebab masing-masing pun sudah tidak sabar dan terlalu excited untuk sampai ke sungai, jadi duit bukan lagi menjadi masalah untuk dibelanjakan bersama. Banyak juga kuih-muih dan keropok-keropok yang mereka beli.


keliru dengan pengepam angin manual



Aku agak da genap setahun kami tak singgah ke sungai ni..dan kami lupa berapakah meter angin yang sesuai untuk pelampung tayar ni. Sebab kat Esso tu, gunakan meter angin yang lama, jenis manual. Tanya kepada pakar accessories kereta, Waren pun dia tidak tahu dan pakar long-journey, Firman juga tidak tahu akan ilmu mengisi angin manual ni. Tapi, tak cuba maka takkan tahu.. Jadi, kami random saja mengisi angin ke dalam pelampung tu..dan sehingga datang la seorang veteran memberi tunjuk ajar kepada kami..


azmeel bertanya kepada firman, dan dia pun tidak tahu

tidak cuba maka tidak akan tahu

tunjuk ajar dari veteran


Selepas settle semua urusan kat stesen minyak tu, kami teruskan perjalanan! Suasana kereta kembali menjadi riuh-rendah sebab masing-masing pun dah tak sabar untuk tiba ke sungai tu. Aku rindu suasana gelak ketawa ni..sejak masuknya tahun 2013 ni, aku dah tak banyak meluangkan masa bersama-sama sahabat aku. Jadi memang sentiasa terasa kekosongan saja selama ni..tapi hari ni, Alhamdulillah serius aku seronok sangat-sangat.


Apabila sudah nampak signboard tempat yang kami tuju ni, aku tahu masing-masing pun berdebar-debar untuk mengetahui keadaan seterusnya. Yela, kami datang ni pun pada hari bekerja, entah mana la tahu kalau tiba-tiba sungai tu tak buka ke hari ni..


Dan seperti yang aku jangkakan, kami sampai ke sungai tu pada pukul 9pagi. Bunyi melodi hutan rimba, burung-burung berkicauan, bunyi bingitan riang-riang, bunyi daun-daun pokok bergeseran sesama sendiri.. Ahhh, tenangnya di sini.. Alhamdulillah, langit pun amat cerah sekali hari ni..


akhirnya sampai juga ke Hutan Lipur Kawang


Selepas membayar tiket masuk..apalagi, kecoh la masing-masing tak sabar nak terjun ke sungai tu. Suhaidi dengan Waren orang pertama yang berlari mencari tempat untuk meletakkan barang-barang peribadi. Semakin kami melangkah ke hadapan, semakin kuat bunyi sungai boleh didengar.


tak sabar nak cari port letak barang


SubhanAllah!! Hijaunya air sungai tu!! Dan kami memang dah agak jika ikutkan warna hijau air sungai tu, mesti keadaannya amat sejuk sekali. Masing-masing berlumba-lumba menyalin pakaian basah untuk siap-siap terjun ke sungai.


Setelah siap menyalin pakaian, aku dan azmeel turun merasa air sungai dulu. Manakala yang lain mengambil sarapan pagi terlebih dahulu. Aku memang tak biasa makan pagi, so apalagi. Terjun la!


"Argh ! ! Sejuk giler air ni ! !"

1 2 3 smile !
Dan selepas yang lain selesai bersarapan, mereka pun turun ke dalam. Sungai ni kedalaman maksimumnya adalah pada paras hidung aku. So, memang agak dalam la juga. Tapi setempat saja macam tu. Yang lain cetek je pun. Separas pinggang saja.

Seperti sebelum ni, Firman masih juga tidak berani untuk free-swim tanpa pelampung dia tu. Dia cakap kalau dia tak guna pelampung tu, air sungai boleh sampai lebih daripada kepalanya. Jadi, dia lebih rasa selamat dan bahagia dengan menggunakan pelampung.


arghh sejuknya


masing-masing dengan gelagat masing bila turun ke sungai


mai yang ingin mencuba melihat ke dasar dengan gogglenya


masing-masing punya ruang untuk melayan kemahuan diri


tenangnya merasa kehijauan air

mai dengan tiba-tibanya melakukan puak lentang

suhaidi yang keriangan bermain air


firman memang tak boleh hidup kalau tak dengan pelampungnya


masing-masing ingin berebut merasakan pelampung




Kadang-kadang, kami semua terteriak tiba-tiba kerana reaksi sejuknya air sungai tu. Bukan kami tak malu teriak-teriak macamtu, tapi kat sungai hutan lipur ni memang langsung takde orang di situ selain kami.


Melihatkan kami yang berteriak kesejukan begitu, Waren tidak berani untuk turun ke dalam bersama. Dia lebih rela duduk di tepi dan tengok saja kami bergembira di dalam.


masih menggigil kesejukan


Kata Firman, kalau Waren turun ke dalam air yang sejuk macamni, badan dia akan menggigil. Ah, sedangkan kami semua pun memang tengah menggigil juga sekarang ni. Tapi mungkin kerana keadaan badannya yang kurus begitu, dia akan merasa lebih menggigil kesejukan daripada kami semua yang ada berbekalkan lemak yang berfungsi sebagai pemanaskan badan.


waren yang ragu-ragu untuk turun ke air



berasa gembira terapung di atas pelampung

Kemudian, Mai cuba mencabar Waren untuk turun ke dalam.


"tak mahu la aku main sama kamu. macam budak-budak la"


"kalau kau lelaki, marilah turun sini"

Dan selepas dimakan pujuk selepas dicabar begitu begini, akhirnya Waren cuba untuk turun ke dalam jua.


waren menggigil kesejukan setelah sahut cabaran


Dan, guess what?

Dia pun sama berteriak macam kami kerana kesejukan yang amat.


Tetapi tidak lama, dia kemudiannya naik semula ke tepi.

suka suka suka

Selepas agak kepenatan bermain air di sungai, kami semua naik ke atas untuk berehat seketika. Pada masa tu, keadaan kembali sunyi dan hanya bunyi-bunyian hutan saja kedengaran.


mai dan waren berborak sambil merehatkan diri


Aku membaringkan diri dan melihat pada langit. Baiknya cuaca hari ni. Baik cuaca di langit mahupun cuaca dalam hati ni. Sudah agak lama aku tidak merasa tenang macam ni. Bukan aku nak cakap hidup aku selama ni tidak tenang, tapi hari ni dalam ketenangan itu, aku merasakan suatu kemanisan. Aku berasa gembira bersama sabahat-sahabat aku. . Aku terus termenung melihat langit. Aku terlena. . .


Tiba-tiba suasana kembali riuh rendah. Aku terbangun daripada terlena sekejap tadi.

Aku melihat yang lain sedang sibuk mengusahakan sesuatu. .


Sebagai penjelasan, kawasan sungai di Hutan Lipur Kawang ni ada turus menyediakan kolam kecil di tepi kawasan sungai. Ada empat buah kesemuanya. Kolam itu terlebih dahulu perlu ditakungkan air di dalamnya. Di setiap kolam ada tersedianya sebuah paip yang berhubung dengan sungai berhampiran untuk mengalirkan air ke dalam kolam tersebut.

Dan orang yang paling excited dengan kolam ni sudah semestinya adalah Waren. Sebab dia saja yang tidak menikmati suasana sungai tadi.


waren mengarahkan suhaidi untuk menutup lubang kolam nombor 4



Kemudian, masing-masing mengambil peranan mengusahakan kolam tersebut. .


suhaidi ingin memastikan adakah sudah berjaya disumbat


Sementara menunggu, kami semua berborak-borak dahulu dan bercerita tentang keadaan semasa masing-masing setelah sudah agak sekian lama kami tidak berkumpul begini. 

Tetapi, tidak bagi Waren. Dia lebih suka bergembira sendiri di kolam pilihan dia. Dia kemudiannya memasang lagu 'gangnam style' dan menari membuatkan gaya tariannya mengikut lagu tu di dalam kolamnya. Kami yang di atas cuma ketawa melihat gelagat gila dia.


waren memilih lagu untuk menari


action dan sukanya dia bermain di kolam kecik ni


Apabila air di kolam sudah agak penuh terisi, masing-masing mula masuk ke dalam mengikut kerenah masing. Aku di sini cuma lebih suka berendam dan duduk terapung di atas pelampung sahaja.


Dan sekali lagi. . .
Tetapi, tidak bagi Waren. . .

Kekretivitian otak dia sentiasa meransang dia untuk melakukan inovatif gelagat yang kami semua tidak pernah terfikirpun untuk lakukan.

Oleh kerana badannya yang ringan, dia boleh berdiri di atas pelampung dan melakukan aksi seolah-olah dia sedang ski-surfing mengikut rentak lagu. Melucukan, tetapi pada masa yang sama mengagumkan. Cemburu melihat dia mampu membuat begitu.


otaknya sentiasa sahaja mampu memikirkan aksi-aksi pelik


aksi surfing yang dilakukan waren dengan menggunakan pelampung

Bermain air. .


Aku pasti semua pun memang suka bermain air. .


Apatah lagi kalau kita bermain bersama dengan orang-orang yang kita senang bersama. .

Dan mereka pada hari ni merupakan sahabat-sahabat aku yang sudah lama membesar bersama dengan aku. Jadi sesuatu telah mengetuk pada pintu hati aku. Apabila, aku menjemputnya masuk. Aku merasakan sesuatu. Rasa seperti sedang gembira, dan ingin tersenyum. Tetapi kita cuba menahan sedayanya daripada tersenyum sehinggalah kita mengukirkan senyuman itu hanya pada hati. Aku tertanya. . Mungkin inilah namanya bahagia. . .

waren dan suhaidi bermain pukul di dalam kolam

waren dan suhaidi terjun ke atas mai yang sedang terapung dengan pelampung di dalam kolam


 satu dua lompat ! !

percikan air yang terhasil ketika suhaidi terjun ke dalam kolam

" Oi bak balik pelampung aku  ! !" firman tak senang melihat orang yang senang


Bila matahari sudah semakin tegak di atas. Kami semua naik ke atas dan berehat sebentar. Waren, Mai dan Firman terbaring di pondok berdekatan. Manakala aku, Suhaidi dan Azmeel pergi berjalan-jalan sepanjang aliran sungai.


Semakin kami berjalan ke atas, air sungai semakin cetek. Dan apabila semakin cetek, semakin banyak pula batu-batu kecil sungai di lantai sungai tu. "AGHH ! !" Terus terang kami memang tidak tahan memijak batu-batu kecil tu. Rasa seperti sedang berjalan di atas lantai reflexologi. Aku berkata pada Azmeel dan Suhadi yang mak cakap kalau rasa sakit berjalan atas batu reflexologi tu maksudnya badan kita bermasalah. Oh, terbukti lah di sini yang masing-masing badan kami bermasalah di sini.


azmeel mengajak dan memulakan langkah untuk meninjau kawasan sungai
rehat daripada memijak batu



Kemudian, kami tiba di air terjun. Air mengalir turun di situ amat kuat. Kami masing-masing mencuba melawan kekuatan air terjun tu dan ternyata kuasa Tuhan lebih kuat. Aku sedar di sini, semasa aku sengaja membiarkan kepala aku dijirus air terjun itu, fikiran aku rasa tenang sangat. Rasa seperti kosong tidak memikirkan apa-apa. . Kemudian aku bergurau dengan kawan-kawan aku, agak-agak macam mana rasanya kalau semasa kita tengah biar kepala dibawah air terjun tu, kemudian tiba-tiba turun sekali batu besar atau kayu dari situ. Kemudian, kawan-kawan aku terus berhenti daripada buat begitu dan terus jauhkan diri dari air terjun tu.

azmeel cuba merasa kekuatan air terjun


mat lutfi in the oil-painted waterfall


Kemudian, kami teruskan perjalanan mengikut arah lawan aliran sungai ini semula. Kami perlu berhadapan dengan beberapa air terjun sepanjang perjalanan tu. Dan sesetengah air terjun di situ amat licin kerana diselaputi lumut akibat sentiasa dibasahi air sungai.


Azmeel yang mendahulukan perjalanan, dan kemudian dituruti aku dengan Suhaidi. Apabila ada tempat-tempat yang agak bahaya untuk dilalui, Azmeel akan memberitahu terlebih dahulu. Sehinggalah tibanya pada satu air terjun lagi, Azmeel hampir terjatuh ketika memanjat pada sebuah batu sungai di situ. Tapi Alhamdulillah dia sempat berpaut pada batu yang lain dan tidak mengakibatkan dia terjatuh ke bawah. 


Ketika itu aku sedang memegang kamera di tangan kanan aku. Oleh itu aku sekarang cuma boleh berpaut pada batu-batu di situ dengan sebelah tangan sahaja. Oleh kerana air terjun kali ini agak tinggi daripada yang sebelum ini, aku minta Suhaidi terlebih dahulu naik ke atas dan kemudian baru dia pula yang mengambil kamera daripada aku supaya aku mudah bergerak selepas itu. 


Tekniknya di sini simple saja. Pertama, gunakan tangan untuk merasa dahulu batu-batu sungai di situ samada selamat atau tidak untuk dilalui. Kemudian barulah berjalan memanjat batu yang telah dipilih. Jika boleh, rendahkan posisi badan serendah-rendahnya agar menstabilkan pusat graviti badan dan mengurangkan daya tarikan graviti mengelakkan kita daripada jatuh tergelincir.


Perlahan-lahan aku mengikut jejak Suhaidi memanjat memilih batu yang sesuai. . .


Tiba-tiba, belum sempat Suhaidi membuka mulutnya untuk memberikan aku amaran. . .


Aku tergelincir terjatuh ke belakang. . .


Aku sempat mendengar suara Azmeel dan Suhaidi menjerit memanggil nama aku. . .


Pada sesaat dua sejenak itu, apa yang aku fikir hanyalah mati dan selamatkan tengkuk aku daripada terlanggar batu-batu sungai di situ. . .


"Papp ! !"

Tubuh aku mendarat pada salah satu batu sungai di situ. . .


Fikiran aku kosong. . .


Apa yang dah terjadi ?


Aku menyoal pada diri. . . apa aku selamat ke tadi ?


Agak lama aku terbaring di situ. . .


Kemudian seseorang menghulurkan tangannya sambil menjerit memanggil nama aku. . .


Aku tersedar. . .


Suhaidi menghulurkan tangannya membangunkan aku. . .


" Kau tak apa-apa Ril ? "


Aku terdiam sejenak. . . " Ya, rasanya aku okey saja. Alhamdulillah "


" Baguslah macamtu, takut kami tadi. Sorilah aku tak sempat bagi warning dengan kau tadi. Batu tu memang licin, aku pun hampir tergelincir tadi. Dah la tu, jom la kita pulang pergi tempat dorang Waren. "


Ya Allah, syukurnya aku sebab Allah selamatkan aku lagi. Takutnya aku rasa tadi kalau tengkuk aku terkena batu-batu di situ dan entah apa yang akan terjadi nanti. 


Kemudian, kami turun semula dan melangkah ke pondok tempat kawan-kawan yang lain berada.


suhaidi berhati-hati melangkah turun


Sesampai sahaja kami di pondok, mereka yang lain sudah pun selesai menggantikan pakaian basah dengan pakaian kering. Mereka sudah lama bersiap dan menunggu kami untuk pulang ke situ.


Setelah semuanya selesai menggantikan pakaian basah masing-masing, kami menunaikan solat Zohor berjemaah dahulu di surau yang tersedia di sana. Setelah selesai solat berjemaah, kami semua baring di lantai surau dulu merehatkan diri. Masing-masing berasa penat dan mengantuk ditiup angin dan disidai cahaya matahari tengah hari itu. Selepas dalam 15 minit kami terbaring, kemudian kami semula kembali ke kereta dan susun barang masing-masing di dalam bonet kereta.


Perjalanan pulang agak sunyi, kerana masing-masing masih letih. Aku pun turut merasakan yang sama. Aku memandu dalam keadaan mengantuk. Amat mengantuk sekali. Aku tengok belakang, Suhaidi dan Azmeel sudahpun terlena.


azmeel dan suhaidi yang sedang terlena keletihan


Sehinggalah tibanya di Inanam, Mai menawarkan dirinya untuk belanja makan tengah hari. Kami makan di Restoran Cikgu tempat kerja Mai sebelum ini. Mai belanja kami makan Tom Yam. Alhamdulillah, masing-masing pun kekenyangan dan semakin bertambah la ngantuk aku masa memandu pulang. . .


yes. . . i did feel happy that day :)






No comments:

Post a Comment