Jika korang faham apa sebenarnya maksud tajuk ini, aku sebenarnya sengaja taip macam ni. Sebab kekadang kerana keegoan manusia, kita takkan mahu pernah mengalah untuk mengaku yang sebenarnya kita ini fragile. Iya lah, memang tak ramai yang mahu mengaku bahawa diri sendiri ini lemah. Semua mahu jadi hero, semua mahu jadi kuat. Jadi, sebab tu aku letakkan perkataan "sebenarnya" kat tajuk entri kali ni..supaya korang boleh sedar.
Tapi, tak semuapun ego untuk mengaku kuat..saya tahu awak punya hati yang baik. Jujur akan kehidupan..
Kadang-kadang, secara tak sedar, aku selalu termenung melihat ke luar tingkap.. Aku memang kalau tengok awan dan langit biru, aku akan dibawa ke alam dimensi lain..
"Shah, are you okey?"
Tiba-tiba seseorang menegur sambil menepuk bahu kanan aku. Aku terkejut..bila aku toleh, oh bos aku rupanya..
"Saya nampak Shah macam dalam masalah je. Shah okey?"
Aku cuba senyum..
"Tidak, saya okey saja..terima kasih."
Kemudian, timbul perasaan tak senang dalam hati aku. Kenapa aku menipu? Lidah aku mungkin boleh senang menyusun kata untuk menidakkan keadaan aku..tapi hati aku tidak..
Ok, sepanjang yang aku rasa, aku dapat mengesan antara tanda yang sebenarnya emosi kita sedang terganggu.. Tapi konsepnya sama saja semuanya..semuanya berkonsepkan, 'apa yang kita dah biasa lakukan tapi rasa susah pula nak lakukan masa ni'.
1) Pemanduan anda tidak lancar
Semasa anda memandu, anda akan sedar yang skill memandu anda yang selama ni superb, tapi kali ni asyik tak kena semacam je. Dan kalau lagi teruk emosi anda terganggu, anda mungkin akan berpotensi untuk membayar bil kerosakan kereta anda mahupun kereta berhampiran anda..yakni anda berkemungkinan akan melakukan kemalangan jalanraya. So, ini amat penting untuk kesan awal-awal supaya anda boleh reda dan stabilkan dalu emosi anda, dan kemudian barulah boleh meneruskan perjalanan.
"sesungguhnya meng-highlightkan lampu ke arah kereta hadapan adalah suatu kesalahan" steve work |
"Hah dulu kat jalan ni lah mama aku drive sampai ternaik border jalan ni. Entah apalah yang mama aku runsingkan masa tu."
Aku masih ingat dialog ni Azmeel cakap dengan aku dulu..dan dialog ni memberi idea dengan aku. Dan aku pun memang terima 100% yang kegangguan emosi boleh menghilangkan fokus kita semasa memandu.
2) Anda menjadi seorang rookie dalam game yang anda masterkan
Anda mungkin seorang gamers..anda master dalam Dota..anda master dalam Modern Warfare ii..anda master dalam PES.. Tapi apabila anda sedang dalam permainan, anda bermain seolah-olah anda sedang pertama kali bermain permainan itu. Apa dah jadi??
Aku sedar teori ni masa aku main O2Jam dulu..lagu feveret yang aku selalu main dan hafal setiap note-note yang turun tu, tiba masa tu permainan aku jadi serba tak kena pula. Dan aku sedar, yang aku memang sedang runsingkan sesuatu pada masa tu.
online game yang pertama aku main dan cinta, o2jam !! |
Bagi sesiapa yang masih ingat O2Jam atau nama lainnya O2mania..korang memang kacak dan comel !
3) Kawan-kawan anda bengang dengan anda sebab anda asyik buat silap masa jamming
Anda punya sebuah band..nama band anda Kopi Sejuk. Posisi anda dalam band adalah lead guitarist..anda memang cool. Pada suatu hari, band anda mengadakan sesi jamming di studio kegemaran anda. Korang rancang untuk memainkan cover lagu kenangan cinta daripada kumpulan Rusty Blade. Tapi setiap kali masuk intro guitar-lead, anda asyik melakukan kesilapan. Rakan-rakan seperjuangan anda semua merupakan seorang yang penyabar. Tapi kesilapan demi kesilapan anda lakukan..dan akhirnya duit sewa 2jam korang semua hangus terbayar untuk mendengar lead-kesilapan anda seorang sahaja. Tapi anda masih bersyukur, sebab rakan-rakan anda masih tetap tersenyum dan tak putus-putus memberi kata-kata semangat untuk anda meneruskan usaha anda.
Tapi bila masing-masing pulang ke rumah..anda tidak lagi merupakan friend kepada rakan-rakan anda dalam Facebook anda. Dan mesej-mesej whassup anda pun tidak pernah direply lagi sejak hari itu.
Yes..teori ni memang betul. Dan sentiasa akan menjadi kekangan kepada aku. Maksud aku, lagu-lagu yang sudah bertahun-tahun aku biasa main dengan gitar hebat aku tu, tiba-tiba jadi sumbang serba tak kena pula. Dan sekali lagi aku sedar, yang aku memang sedang runsingkan sesuatu pada masa tu.
gitar ni aku dapat masa sejak umur 12 lagi.. aku dah kenal dia lagi lama dari kawan- kawan sekolah aku..yes i love you too.. |
Sebenarnya ada banyak lagi tanda-tanda lain, misalnya:
- masakan yang anda masak menjadi kurang rasa
- anda sukar untuk menjawab soalan maths tingkatan 3 yang sedangkan anda sudah berumur 20tahun
- anda tidak punya hasil jaringan gol lansung semasa bermain futsal
- dengan tiba-tiba anda kekurangan idea untuk menaip entry baru
Tapi 3 tanda di atas tu yang selalu terjadi kat aku..sebab tu la dorang je yang jadi the chosen one kali ni.
hari ni aku rasa macam serba tak kena je..
dan aku cuba pasang semula lagu ni dalam mp3 aku..
aku tersenyum..
awak jaga diri baik-baik..senyum selalu ek :)
sedang aku menaip ni..dia tengah online kat facebook dia..
aku just nak ucapkan gudnite..
tapi aku tak berani..
aku harap aku boleh tidur lena malam ni..
for her question before this..
yes..i do have problems..
No comments:
Post a Comment