Tapi dalam banyak-banyak video tu, cuma satu je yang aku suka tengok..dan bagi aku itu termasuk dalam istilah comel bagi aku..
Kita manusia ni memang nalurinya suka melihat akan sesuatu yang cantik. Kita akan mudah menerima sesuatu apabila sesuatu itu cantik pada pandangan pertama kita atau istilah matsalleh first-impression.
Tapi jika sesuatu itu kurang cantik atau tidak cantik..aku taknak la cakap buruk sebab ciptaan Allah itu sempurna. Memang masih boleh diterima..tetapi perlukan masa untuk kita terimanya. Sebab everything is beatiful..itu aku pasti. Tapi tak semua kecantikan boleh dilihat pada pada mata kasar. Tak semua punya luaran yang cantik. Tetapi kecantikan yang sebenarnya berada pada dalamannya.. Itu tak boleh dinilai dengan mata kasar..tetapi perlu dilihat melalui mata hati.
"Apa maksud kecantikan dalaman ni?"
Maksudnya..kau perlukan masa untuk bersama sesuatu tu.
"Huh?"
Macamni la..kau rasa henpon Nokia 5080 tu cantik tak bagi kau? Mesti tak kan..tapi ada orang tu rasa itu henpon yang cantik bagi dia. Sangat cantik.. Sebab apa? Sebab dia dah 5tahun gunakan henpon yang sama dan sudah cukup masa untuk berkenalan dengan kecantikan henpon dia.
"Eish masih tak faham la apa maksud cantik dalaman ni.."
Maksudnya kau dah kesefahaman dengan benda tu untuk masa yang lama. Benda tu jadi begitu beerti bagi kau walau macam mana susah pun hidup kau. Kau dengan benda tu dah mengharungi susah senang sama-sama.
"Eeeee masih tak faham la!!"
*Pukul kepala guna kayu
Kau saja nak tukar topik entry aku ni kan..takpe nanti insyaAllah aku terangkan dalam entry yang lain pasal cantik dalaman ni.. Senang cerita bila dah suka semuanya nampak cantik. Sebab aku sekarang nak kasitau pasal macam mana nak nampak comel..dan yang penting halal dan insyaAllah pahala ganjarannya..
1. Anda nampak comel memakai stokin
stokin yang berwarna warni memang nampak comel |
Serius..awak yang memakai stokin memang nampak comel. Pada pandangan saya, awak nampak cantik sangat apabila mereka dihiasi dengan warna. Dan termasuk juga warna pada kaki awak. Maksud saya stokin awak.
tau tak yang Nabi pun ada bela kucing tau..nama dia Muezza |
Tapi menutup kaki bukan sahaja perlu sebab untuk kelihatan cantik. Tapi ini perintah agama kita taw awak. Kan kita diajar bahawa perempuan perlu menutup kesemua tubuhnya daripada dilihat bukan mahram kecuali muka dan kedua-dua pergelangan tangan. Lagipun masa solat, awak mana boleh terdedah tunjuk kaki kan..awak perlu tutup kaki masa solat.
kucing ni memang sentiasa punya perasaan ingin tahu.. so ajar la dia.. |
tau tak bila kita stress..bermain dengan kucing boleh menangani masalah stress anda.. |
kenapa aku asyik tunjuk gambo kucing ni?
cubateka?
Yup..awak yang bertutup lebih kelihatan comel daripada terbuka macam tu je. Betul..serius ni saya cakap.
"Tutup apa ni? Tak faham la."
"apabila bersama dengan sahabat aku sentiasa rasa seperti berada dalam dimensi yang lain" zainal yusuf |
Tutup aurat la wak..tutup rambut, tutup lengan awak tu, tutup kaki awak.. Senang kata tutup maruah awak daripada tercalar la..
Bila awak pakai tudung..pastikan tudung awak labuh sampai tutup dada awak tau. Sebab taknak la sampai orang tengok apa keistimewaan awak kan. Mungkin budak-budak lelaki tu tak nampak..tapi once awak menonjol, nanti budak-budak lelaki ni pandai bayangkan yang bukan-bukan tau. Bahaya..lagi dosa!
muslimah yang colourful memang comel kan.. |
Pastu masa awak nak bertudung tu..erm saya suka tengok tudung yang berwarna warni. Maksud saya awak kena pandai suaikan warna tudung awak dengan penampilan awak yang lain.. Erm contohnya..bila pakai baju purple, awak pakai la tudung purple yang lagi gelap sikit ke..
Macamtu juga dengan inner tangan awak..kalau pakai yang berwarna memang comel..
Allah meredhai kita yang menutup aurat.. |
Yang penting awak kena tutup aurat ye..
3. Anda lebih comel tanpa makeUp
"trip cute ketika sakit perut lepas makan adalah satu taktik yang bijak" george hugo |
"Tapi muka saya ni berjerawat la awak.."
Okey..kalau muka awak special sikit..ehem awak fahamkan maksud saya.. Kalau camtu, bolehlah mekap sikit. Tapi yang nipis-nipis je. Pakai bedak je tutup kespecialan awak tu. Tak payah la awak nak ikut macam artis-artis korea macam kat dalam tv tu bermekap. Itu dorang dalam TV dengan bila kat atas pentas je. Cuba kalau kat luar..hehe siapa tahu.
awak comel..awak comel..awak comel.. |
Kalau tak caye..cuba awak minta pandangan kawan-kawan awak.
"Tapi kalau orang yang berumur macam akak ni macam mana pula dik?"
Hehe..akak tanya suami akak je la ye..
So, kesimpulannya..tutup la aurat ye..
Sebab awak baik..
Awak comel..
p/s: yang gambo terakhir tu lerr girlfriend hambo..hehe tak caye tanya pokok..apa sebab goyang..
oh ye..yang video aku tengok dengan kawan-kawan kat ofis tu video ni lerr..
Slash yang cute
Huh?? Apa barang gwiyomi gwiyomi!! Tak main la gwiyomi gwiyomi..
Tapi aku download juga lagu dorang tu..
No comments:
Post a Comment