Kenapa?
Tiada orang yang mahu bersama awak lagi?
Semua orang sudah tidak pedulikan awak?
Awak rasa seperti sudah tidak diperlukan orang lain lagi?
Apa kata awak dengar cakap saya..
Pejamkan mata awak sekejap..
Tenangkan fikiran..
Tenang..
Cuba awak fikir semula..
Memang pasti akan ada walaupun seseorang yang sentiasa mengambil berat akan awak..
Mungkin dia ada datang berjumpa dengan awak walaupun sebulan sekali..
Mungkin dia ada menghantar SMS bertanyakan khabar dengan awak walaupun seminggu sekali..
Mungkin dia ada membuat panggilan ingin mendengar suara awak walaupun 3bulan sekali..
Walaupun dia mungkin jauh daripada awak..
Awak dah nampak siapa orangnya?
Awak pasti?
Okey..sekarang buka semula mata awak..
Awak nak tahu..
Sebenarnya dia sayangkan awak..
Dia adalah orang yang dihantar untuk menghiburkan awak..walaupun sedikit..
Tapi selama ni awak tak perasan..awak tak pernah nak ambil tahu pun..
Awak asyik fikirkan orang di sekelililng awak saja..
Awak fikir dunia ni dah tak terima awak lagi..
Kawan-kawan di sekeliling awak semuanya tidak mahu pedulikan awak lagi..
Mesej-mesej, missed call, chatting facebook semua sudah tidak dilayan lagi..
Awak rasa sedih..
Awak rasa sunyi..
Tapi sekarang awak dah sedar kan..
Yang sebenarnya masih ada seseorang di satu sudut yang jauh sunyi di sana yang masih bersama awak..
Jadi..sekarang, tutup laptop awak..
Pergilah kepada orang tu..
Tanyakan pula khabar dia..
Dan ingat..
Allah adalah yang sentiasa terdekat dengan awak..
Bercakaplah dengan Dia, luahkan dengan Dia yang sebenarnya anda punya masalah..
Semoga semuanya baik-baik saja..insyaAllah
Zulkhairi Khairuddin |
Walaupun dia berada di tujuh negeri jauhnya dari aku..
Dia selalu muncul pada masa-masa yang aku perlukan..
Dan setiap perkataan-perkataan yang tersusun cantik keluar dari suaranya memang sentiasa menyejukkan hati aku..
Walaupun setiap kata-katanya adalah bukan kata-kata semangat yang aku perlukan..
Tapi aku sedar..walaupun dia pernah misscall sekalipun, aku gembira..
Aku selama ni dah buat silap..
Kenapa aku tak perasan kehadiran dia selama ni..
And i always need you..
No comments:
Post a Comment