Thursday, May 2, 2013

waktu-waktu yang JANGAN membuat panggilan (umum)


Ilham teori ni aku dapat masa aku kat Pahang dulu. Masa tu aku masih musaffir, jadi aku dah jamakkan Isyak ke Maghrib tadi. Pastu Aqindak ajak aku keluar teman dia pi beli barang baby dia jap kat supermarket. Pas dah beli tu, Aqindak ajak aku pi minum-minum kat kedai minum jap sambil bincang pasal projek bisnes dia yang dia nak laburkan untuk aku.



Pastu Aqindak nak buat panggilan kat member bisnes dia, tapi niat dia terhenti tiba-tiba. Kenapa ya? Pastu Aqindak tanya aku, "sekarang pukul berapa ye? rasa-rasa tengah Isyak kan sekarang. erm nanti jela kita kol dia balik.."



Dalam hati aku, bijaknya...



Yup. Kalau korang dapat tangkap jugak apa maksud Aqindak, korang bijak !



Haa, dalam pandangan aku dan pengalaman yang aku telah lalui, ada beberapa waktu-waktu yang kita tak boleh buat panggilan. Bukan aku nak larang, tapi waktu -waktu ni tak sesuai untuk dibuat panggilan. Tapi kalau anda betul-betul mempunyai hal yang penting untuk dibincang dengan orang tersebut, takpe la.






1. Waktu Solat





solat fardhu bukan suatu pilihan, tapi ianya WAJIB
dilakukan oleh semua umat Islam



Masa ni adalah masa yang paling tak sesuai untuk dibuat panggilan. Kerana anda akan mengganggu kekusyukan saudara kita tu untuk solat. Bukan saja akan mengganggu saudara kita tu, tapi turut akan mengganggu saudara-saudara jemaah kita yang lain juga. Kalau boleh, buat panggilan tu biarlah lepas waktu solat atau kalau betul-betul nak kasitau juga kat saudara kita tu, hantar jela pesanan ringkas SMS tapi ini pun tak berapa digalakkan sebab kemungkinan saudara kita tu terlupa untuk silent kan handphone dia. Sekali nah ringtone dangdut dia pasang.



Bila waktu-waktu solat tu?




view manara Masjid Bandaraya pada
waktu Maghrib





Waktu-waktu solat ni maksud aku, waktu awal solat. Maksudnya dalam setengah jam lepas azan camtu. Sebab kita umat Islam sepatutnya solat pada awal waktu. Nabi SAW pernah ditanya apakah sebaik-baik amalan. Dan Nabi SAW bersabda, "Solat di awal waktunya." (hadis riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud).



Eh, tapi orang yang aku nak kol tu bukannya selalu awal waktupun, kadang-kadang langsung tak solat.



Anda mungkin akan berfikiran camtu, tapi JANGAN. Kita digalakkan untuk sentiasa berbaik sangka. Hidup yang sentiasa berbaik sangka, luas kehidupannya..insyaAllah






2. Waktu Makan



Cik kuat makan yang kuat makan




Masa ni pun tak sesuai untuk dibuat panggilan sebab anda akan mengganggu privasi pemanggil anda. Waktu ni jika ada hal yang betul-betul penting tapi TIDAK URGENT, memadailah setakat anda menghantar pesanan ringkas SMS saja.



Bila yang dikatakan waktu makan tu?



Mengikut teori scientific Gary, kalau nak tahu bila waktu makan ni, anda just boleh tengok kat restoran-restoran. Jika 80% restoran tu penuh dengan pelanggan, haa itu la dia yang dikatakan masa makan.



Tapi kalau saya nak ajak dia makan camne? Takkan tak boleh kol dia kot?



Haa, kalau dalam keadaan camni, pastikan orang yang anda mahu kol tu betul-betul tak kisah kalau diajak makan. Maksud aku, korang mestilah betul-betul kenal dengan orang tu untuk diajak makan. Yelah, katakanlah tiba-tiba je korang kol bos korang pi ajak makan sedangkan anda tak rapat dengan dia pun. Hah kan ke awkward tu. Tapi kalau anda betul-betul nak ajak dia makan juga, seelok-eloknya biarlah buat panggilan ajak dia makan ketika sebelum masa makan.



Aku teringat kata-kata cikgu legend aku dulu, Cikgu Ronney. "Anda boleh ganggu masa saya bila-bila masa saja..saya tak kisah. Tapi saya betul-betul pantang kalau ada orang ganggu ketika waktu saya tengah makan. Sebab itu hak saya untuk rezeki-rezeki saya."






3. Waktu Tidur


6jan: aku time ni diam-diam masuk bilik
dia sebab langsung takde orang respon
tapi rumah tak kunci, so aku masuk
jela



Masa ni memang tak berapa sopan kalau anda tiba-tiba buat panggilan. Sebab waktu tidur ni adalah waktu privasi seseorang yang penting. Dan buat pengetahuan anda, tidur ni juga termasuk dalam kategori rezeki juga tau. Tak caye tanya ustaz.



Tapi buat panggilan ketika waktu tidur ini kemungkinan akan boleh menjadi sopan dan perlu juga jika anda buat panggilan kepada pasangan anda. Maksud aku pasangan suami isteri. Kalau couple-couple tu HARAM okey.








So kesimpulannya, anda akan menyusahkan orang lain jika membuat panggilan pada 3 waktu di atas. Tapi jika mereka itu sahabat baik anda, pasangan hidup bahagia anda, atau yang seangkatan dengannya, maka tidak mengapalah kerena mereka sudah diantibiotikkan dengan waktu-waktu itu dengan anda.




















p/s: esok is the day..i really want to relish these final days..please..

No comments:

Post a Comment