Dalam islam, hijrah itu beerti berubah ke arah yang lebih baik. Jika kita mempunyai masalah, kita digalakkan untuk berhijrah. Samada berpindah ataupun muhasabah mengubah diri. Tapi bila berhijrah, beerti kita kena bermula dari kosong. Dari awal semula. So, kita kena isi semula supaya diri itu ke arah yang lebih baik.
Dan kalau dalam konsep ICT pula, ianya lebih bermaksud kepada format. Korang mesti pernah dengar punyalah. Kalau tak pernah dengar, aku cubit. Bagi siapa yang pernah format laptop atau PC korang, mesti korang tahu ni. Format bererti delete partition hardisk tu jadi kosong semula dan isi semula Windows atau OS apa-apa untuk jadi seperti baru semula, ataupun yang lebih baik. Selalunya orang format PC ni sebab PC dorang dah banyak sangat problem. Hah ! That is the point here! Ianya sama maksud dengan hijrah. Kita berhijrah sebab mungkin diri kita sebelum ni bermasalah dan berkeinginan untuk berubah ke arah lebih baik. Hah, samakan maksudnya dengan format tu.
TAPI...kalau tersalah format, PC tu akan menjadi bertambah problem. Atau sama dengan hadis yang Rasulullah SAW pernah bersabda, ianya berbunyi hijrah kita akan terjadi sebagaimana yang diniatkan. Jadi, kena berhati-hati semasa membuat keputusan bertekad untuk format atau hijrah ni.
DAN...
Masalah tu dah kena kat aku sekarang...
Aku sekarang ni keliru. Aku dah rasa tak macam dulu lagi. Aku mungkin dah berubah. Atau secara tak sengaja telah berubah. Seolah-olah kelihatan seperti sebuah laptop Acer yang diluarnya sejuk mata memandang, kelihatan seperti dalam keadaan baik, tapi sistem dalamannya tunggang terbalik. Yes, aku tengah rasa seperti itu.
Aku rasa masalah ni bermula masa bulan September tahun 2012 yang lepas. Sebelum masa tu, aku sekali lagi diserang kemurungan. Aku asyik dan terlalu bersedih. Dalam diam, hati aku cakap, hati aku suka rasanya bersedih. Sebab bagi aku, orang yang selalu bersedih ni jika pandai mengawalnya, dia memang truly seorang yang kuat. Mungkin aku bodoh. Aku nak jadi kuat dengan cara tu.
Hari demi hari...minggu demi minggu...bulan demi bulan...
Aku bersedih,berduka,terluka,sakit,sunyi,sejuk,kosong,sempit,benci. Yes, semua tu aku dah rasa. Tapi aku tahu, aku kuat. Aku tak mudah mengalah. Aku berperang nafsu emosi dengan diri aku yang satu lagi.
Dan akhirnya...aku menang. Erm mungkin menang...
Dengar sini baik-baik. Aku bukan lagi seperti dulu. Aku dah berubah tapi tak kelihatan.
Berubah macam mana tu?
Aku kosong...
lorong kosong yang aku sering ikut waktu sekolah dulu. siapa kawan aku dia tahu. siapa tak tahu, buat-buat tahu |
Kosong tak merasakan apa-apa. Seolah-olah PC yang baru diformat tapi tidak terisi OS.
Aku tak tahu ini baik untuk aku atau sebaliknya. Aku sekarang tidak memikirkan lagi apa-apa berkenaan perasaan aku. Aku seolah-olah bukan manusia biasa. Manusia biasa mempunyai perasaan. Tapi tidak bagi aku. Aku tidak lagi merasakan perasaan sedih,sunyi,sakit,benci itu. Aku takut ini tidak normal.
Siang tadi, aku hantar sahabat aku di airport. Kawan-kawan aku yang lain sampai tak sanggup melihat wajahnya untuk mungkin yang kali terakhir. Sebab takut sedih. Tapi, waktu tu hati aku sejuk. Aku tak merasakan apa-apa perasaanpun. Sampai kawan-kawan aku yang lain marahkan aku dan cakap aku teruk sebab tidak berperasaan. Aku hanya mendiamkan diri mengalah kepada mereka. Sebab aku sedang keliru waktu tu.
"Apa dah jadi dengan aku ni..."
Bila difikir-fikirkan semula. Aku teringat. Dulu aku selalu cuba paksa diri untuk tidak memikirkan sedalam-dalamnya perasaan aku. Aku mungkin FOBIA. Aku fobia dengan kemurungan yang pernah aku alami dulu. Jadi, aku mengambil keputusan untuk sentiasa melarikan diri sahaja daripada terjerumus ke dalam lembah emosi.
Tapi sekarang, mungkin juga disebabkan aku selalu sibuk. Jadi sampai tak berkesempatan untuk memikirkan perkara-perkara yang lain. Aku sekarang sedang dalam tempoh praktikal. Dan memang aku berani sumpah yang aku di sana memang terlalu sibuk. Aku hanya mampu berehat ketika waktu rehat dan waktu solat. Kerja-kerja aku terlalu banyak. Eya, tipu kalau aku cakap tak letih. Tapi keletihan tu takkan terasa jika kita seronok melakukan kerja itu. Aku memang suka dengan kerja-kerja aku sekarang ni.
Dan aku kini hanya lebih memikirkan tentang bagaimana untuk membantu mengurangkan beban abah menyara adik-adik aku. Aku sekarang sedang mencari kerja-kerja sampingan untuk mendapatkan duit lebih untuk tanggung adik-beradik aku.
Jadi, aku mungkin sedang memerlukan bantuan sokongan moral. Aku benar-benar perlukan bantuan sekarang ni. Tolong aku.
Jika sesiapa yang sudi membantu aku bolehlah contact aku, ( _.gdj_gtga )
p/s: siapa dapat reveal kod tu, bolehlah dipersilakan untuk contact aku yek..
Tapi, hanya ada satu perasaan yang masih kekal dalam diri aku sekarang ni. Aku rindukan dia. Si dia cahayawanita. Mungkin sebelum aku format diri aku dulu tu, aku dah buat file backup semua tentang perasaan aku tentang si cahayawanita ni. Ya Allah, lemahnya aku rasa sekarang ni. Aku betul-betul perlukan bantuan.. Permudahkanlah urusan kami..amiin..
No comments:
Post a Comment