Tuesday, January 1, 2013

Orang yang banyak BERJALAN InsyaAllah mempunyai jantung yang sihat

Aisyah tahu tak siapa pembunuh utama di negara kita ni? 3..2..1.. tett!! Jawapannya C la. Sakit jantung. Penyakit ni merupakan pembunuh utama di negara kita tahu tak. Statistik kematian pasal penyakit ni dianggarkan 1/3 penduduk seluruh dunia. Kira-kira dalam 17juta orang. Wow !! Bilangan ni sama dengan jumlah penduduk Malaysia ! Bayangkanlah semua orang-orang kita mati akibat penyakit ni serentak. Na'uzubillah min zalik.

Aisyah : Apa punca penyakit jantung ni abah?

Aisyah suka tak makan ayam? Atau sup lemak ke..

Aisyah : Mestilah suka ! Dua-dua pun aisyah cinta. Hehehe ^^

Eh lebih-lebih pula dia ni. Haa tu lah nama dia cinta kolestrol. Selalunya sakit jantung ni jadi sebab kurangnya bekalan darah ke jantung. Sebab saluran darah tu tersumbat. Selalunya tersumbat sebab kolestrol la atau senang cakap lemak badan. Bila kita ambil banyak sangat makanan berlemak pastu tak proseskannya dengan cara yang betul, nanti lemak-lemak tu akan berkumpul di dalam badan. Cerita dia ni macam sungai yang tersumbat lah. Kalau kita dah tutup sungai tu dengan batu nanti sungai tu mesti sumbatkan. Pastu air yang mengalir berkurang sampai ikan-ikan pun tak cukup air untuk hidup.

Aisyah : Wahh !! Jadi camne la Aisyah nak buat ni abah? Camne supaya Aisyah tak kena penyakit ni?

Senang je. Aisyah mesti rajin dan berdisiplin jaga kesihatan Aisyah. Selalukan bersenam dan makan makanan yang seimbang. Abah tak cakap tak boleh makan makanan yang tak sihat. Boleh aje. Abah pun suka juga makan puding casablanca yang mama suka buat tu. Tapi jangan la pulak lebih-lebih makan tu sampai buat macam makan nasi pulak.

Abah ada tips sikit. Masa abah muda-muda dulu. Abah suka berjalan kaki. Kalau nak pergi bandar, abah selalu ulang-alik jalan kaki je tau. Tak percaya tengok lah badan abah ni. Cantik kan~ Kalau Aisyah selalu bersenam dan makan makanan seimbang, bukan je setakat Aiyah dapat badan yang sihat. Tapi nanti Aisyah pun akan jadi tambah cantik tau. Ini abah jamin.

Aisyah : Oh..yeke. Kalau macam tu nanti lah minggu depan baru Aisyah mulakan nasihat abah tu ye.

Eh nak kena pelepuk juga budak ni. Apesal nak tangguh-tangguh pulak. Start sekarang juga !

Aisyah : alaa.. :(

No comments:

Post a Comment