Saturday, January 5, 2013

Hujan pertama 2013

Hari ni aku rasa sangat sangat sangat down..

Ok la. Aku sebenarnya kerja sebagai technician kat sebuah bangunan besar ni. Taknak la kasitau korang kat mana, nanti aku kena serbu. Mana la tau kan. So, hari ni ada masalah yang sangat-sangat besar. Minggu lepas, ada haji kat tempat kerja aku tu pernah cakap, "Hari ni takde internet aku rasa lumpuh sangat. Apa pun aku tak boleh buat." Aku iya iya kan je cakap dia. Dalam hati aku, mengarut jela kalau takde internet pastu tak boleh buat kerja. Tu semua pengaruh kemodenan je.

Hari ni, satu bangunan kerja aku tu tak dapat connect internet. Jadi, memang seharian tu kena terima panggilan aduan tak putus-putus. Kami just cakap yang kami tengah configure masalah tu kat bilik server utama. Masa tu, aku just percayakan saja ketua aku. Aku tahu ketua akan selesaikan masalah ni. Dan aku percaya rakan-rakan pejabat aku yang lain pun percayakan ketua.

Tapi, kat office aku memang dapat internet. Jadi siapa siapa yang urgent sangat nak guna internet tu boleh datang terus ke office. Pada masa tu, aku dapat tengok macam-macam gelagat orang yang kesusahan sebab takde internet ni. Sebab ada laporan la yang kena hantar 20minit lagi. Surat tu la, email tu la. Tiba-tiba, aku teringat kata-kata haji tu semula. Memang betul rupa-rupanya kata dia. Rupa-rupanya internet ni suatu kemahuan yang dikeperluankan.

Jadi hari ni memang sibuk... Letih... Sejuk... Mengharap...

Aku mengharap hari ni aku dipermudahkan.. Aku mengharap masa berlalu cepat.. Aku mengharap dapat lari dari masalah-masalah ni. Aku mengharap dapat berehat seketika daripada kata-kata aduan tu semua..

Dan ketika solat jumaat. Khatib tu ada pesan dalam khutbahnya, "dan apabila waktu siang kamu keluarlah untuk mencari rahmat-rahmat Allah yang maha pemurah di muka bumi ini..."

Hati aku terdetik, ya memang betul. Semua ni rezeki daripada Allah. Aku agak lalai dari mengingat semua ni. Aku mula down..

Petang tu, aku kena marah. Haha. Ya kena marah.

Aku tersilap sebab terformat semua data komputer orang tu. Aku ada backup file-file yang dia mahu. Tapi masa aku format, aku tak sengaja terdelete sekali file backup tu. Kalau dah tekan delete masa format tu mana boleh undo semula dah.

Masa jawab panggilan daripada orang tu, aku terkelu tak tahu apa nak cakap. Tapi, Alhamdulillah Allah bantu aku. Ketua aku dengan senior aku cakap takpe, file tu boleh restore semula. Rupa-rupanya dorang pun boleh dengar suara orang tu marah-marah walaupun dari dalam telefon. Then, aku terus pergi pejabat orang tu untuk ambil CPU dia untuk direstore semula. Aku cakap nanti aku bagi balik bila dah selesai.

Bila sampai pejabat, aku ternampak senior aku ada bawa biskut batik dia yang keras tu. Haha sebenarnya kek batik, tapi sebabkan takjadi, kek tu jadi keras, jadi kami panggil biskut batik. Tapi memang sedap. Betul. Aku terus ambil makan semakannya. Memang betul kata orang, masa-masa stress ni baik makan benda-benda yang manis.

Aku jalan kaki pulang ke rumah. Macam biasa aku just termenung tengok awan-awan. Aku suka tengok awan bila emosi tak menentu ni. Sekali lagi aku rasa down.. Aku down bukan sebab kena marah tadi. Tapi sebab aku terfikir yang aku ni tak guna. Dari sejak mula kerja sampai sekarang, apa yang aku buat semuanya tak betul. Walaupun aku tak percaya benda-benda pengaruh sial ni. Tapi aku risau kalau orang-orang pejabat aku akan terfikirkan aku macam tu. Betul. Sejak aku mula bertugas kat tempat tu, semua kerja jadi tak selesai. Aku tak dapat buat apa-apa dengan betul.

Aku rasa down sangat-sangat. Rasa macam nak nangis. Hujan.

Hujan lebat mengingatkan aku tentang cabaran dalam hidup.
Jangan doakan untuk meredakan hujan, tapi berdoalah supaya dapatkan
payung yang lebih baik...



Dan aku tiba-tiba terdetik dalam hati..aku perlukan kau cahayawanita..

No comments:

Post a Comment