Pada suatu hari yang kuning di kelas 5 Epal...
Badrol : Azam saya nak kumpul duit banyak-banyak pastu beli henpon baru cikgu.
Cikgu : Oh nanti kumpul lebih sikit belikan untuk cikgu juga ek. Hah awak pulak Salee?
Salee : Azam saya nak tolong abang saya untuk tolong saya tolong abang saya jual soto kat gerai cikgu.
Cikgu : Erk..agak susah nak faham azam awak ni. Tapi takpe nanti cikgu cuba fahamkan balik. Hah awak pulak Gopal?
Gopal : Azam saya nanti nak jadi jurulatih pasukan bola kebangsaan cikgu !
Cikgu : Owh bagus bagus. Nanti bolehlah saya masukkan anak saya, Shahrul kat dalam pasukan awak ye.
Macam tu lah kita masing-masing ada azam. Walaupun dengan ego cakap tak nak ikut-ikut orang lain lah, apa lah. Sebab azam tahun baru tu untuk orang barat je kononnya. Tapi ada pula impian dia. Adehh. Deii, azam dengan impian tu sama lah tu maksudnya.
Macam-macam azam yang kita boleh dengar dari orang kan. Ada yang nak belajar rajin-rajin lah. Kerja rajin-rajin lah. Nak kuruskan badan lah. Taknak jadi pemalas lah. Dengan ada yang nak kumpul awek dari setiap negeri lagi. (macam lebih-lebih tapi tak mustahil)
Tapi ada satu azam ni yang unik pernah aku dengar. Aku dengar ni dari kakak-kakak kat tempat kerja haritu. Dia cakap, "Azam tahun baru saya nanti, mahu sambung azam tahun lalu yang belum selesai."
Memang best juga idealogi kakak tu. Sekali tengok azam dia tahun lepas tu "nak sambung azam tahun lepas yang belum selesai" jugak. -_-
Rozaimi : Azam cikgu pulak apa cikgu ?
No comments:
Post a Comment