Ayer : Lama ke mak kat sekolah tu?
Mak : Takde la. Sekejap je...
Lalu mak beredar dari situ perlahan-perlahan hilang dari pandangan ayer.
20 minit kemudian. . .
Dalam 20minit sebelum tu. Ayer masih lagi lelaki. Dia masih tenang. Selepas mak dia sudah beredar, dia pergi mencari kerusi untuk hilangkan sedikit gemuruhnya. Dia masih confuse apakah ertinya sekolah ni. Kat TV takde pun ada situasi macam ni. Kalau ada, boleh juga dia jadikan guide pada hari tu, bisik hati ayer.
Kemudian, dia tertarik dengan seorang budak di hadapannya. Budak tu memakai baju spiderman. Biasa la budak-budak memang senang tertarik dengan kartun-kartun aksi macam tu. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Dia semakin panik. Dalam hati dia bertanya, "kenapa aku sorang je pakai baju seragam ni? Kenapa budak-budak yang lain pakai baju biasa je? Kenapa? Kenapa? Kenapa???"
20minit kemudian. . .
Cikgu : Sudah lah tu. Meh turun sini. Meh duduk dengan kawan-kawan baru.
Ayer : Tanak tanak tanak !! Nak dengan mak jugak!! MAK!! MAK!! MAK!!
Keadaan itu berterusan kira-kira dalam 15minit. Dan kemudian cikgu tu pun biarkan je ayer sendirian menangis panjat di atas pagar sekolah selepas pengetua suruh biarkan je ayer tu duk sorang-sorang kat situ.
Hatta begitulah peristiwa hari pertama seorang kenalan aku yang dipanggil ayer. Dan selepas itu dia digelar budak pelik oleh budak-budak kat sekolah tu.
Masing-masing pun mesti ada cerita peristiwa hari pertama sekolah kan? Kalau berkesempatan meh lah kongsi sekali dengan kite kite kat sini... :)
member sekolah masa zaman pop yeah yeah |
No comments:
Post a Comment