Wednesday, January 9, 2013

Akhirnya pergi

Tepat jam 3pagi, aku terbangun daripada tidur malamku. Seperti yang telah dirancang, kami akan bertolak dalam jam 3pagi, tapi kerana pagi itu sungguh beerti. Jadi, kami menggunakan masa yang ada sebaik-baiknya. Kerana mungkin selepas pagi ini, rumah ini tak akan lagi riuh-rendah seperti biasa lagi. Mungkin mereka akan pulang dengan pendirian yang berbeza. Yang sebenar. Yang kekal.

Siapa mereka tu?

Dorang la pasangan adik kembarku. Mereka masing-masing akan mendaftar di sekolah menengah sains negeri. Yang si kakaknya, dapat Sekolah Menengah Sains Sabah. Sekolah tu taklah jauh mana pun dari rumah. Dalam 5-10minit dah boleh sampai pun. Besides, yang lelaki tu dapat di Sekolah Menengah Sains Labuan. Yang ni sure really far far away dari rumah. Kata siDia, baguslah dorang ni fatanah. Alhamdulillah, aku pun rasa macam tu juga. Sebab tempat belajar dorang ni adalah sekolah-sekolah elit. Memang melahirkan ramai keluaran yang cemerlang yang lazimnya akan melanjutkan pelajaran tinggi masing-masing di luar negara.

Aku dengan abah akan bertolak sama hantar faiz ke labuan. Maksudnya, lepas ni kami tak akan berjumpa dengan Icah sehingga hari cuti sekolahnya. Masa berlalu memang terasa seperti mata pedang. Jika kita tak memotongnya, kita pula yang akan dipotong. Pokoknya, kami memang memanfaatkan sisa-sisa waktu yang ada seelokya.

Hampir tepat jam 4pagi, faiz sudahpun selesai persiapan terakhirnya. Sebelum keluar, abah bacakan doa-doa dulu untuk dorang. Pastu, abah bagi kata-kata nasihat terakhir untuk Icah Faiz. Rasa hiba pulak pagi-pagi tu. Terasa sama seperti peristiwa 10 Februari lalu. Sebelum keluar, kami berjenaka dulu. Ketawa sama-sama sekejap, sebab mana tahu lepas ni dah takkan terasa seperti ni lagi. Ketawa-ketawa tu pasti membawa sekali emosi-emosi biru yang jernih tak kelihatan tapi mampu dirasa cuma oleh si hati. (ronaldo: "cantik ayat ni. nah lima ★ ★ ★ ★  untuk kamek !")

Faiz kena short-talk dengan abah sebelum bertolak


Selepas selesai masukkan barang-barang ke dalam kereta, kami masing-masing bersalam-salaman. Kira-kira jam4.15, kami pun mulakan perjalanan. Kira-kira jam 5.10 kami singgah masjid di perkampungan di Papar untuk solat subuh. Imam dia muda. Macam sebaya aku. Gayanya mungkin seorang hafiz Quran. Then, kami teruskan journey.

1000 batu perjalanan ke negeri Cina sekalipun tetap bermula dengan langkah pertama


Semasa berada di perkampungan sebelum area Menumbok, entah Kuala Penyu kot. Embun-embun subuh di situ membuatkan landskap yang amat superb! SubhanAllah !! Aku mula-mula tengok, ingatkan kawasan tasik. "Cantiknya !!", hatiku teriak memuji-muji ciptaan Allah. Tapi bila semakin dekat, bila perhatikan betul-betul rupa-rupanya kawasan tu merupakan kawasan sawah padi tapi ditutupi kabus embun yang sedang mula terapung naik ke udara. Sayangnya takde DSLR time tu huhu.

budak pendek kontrol macho


Jam Tu7. Kami sampai di terminal Menumbok. Kami sangka takde lagi bot yang beroperasi awal pagi tu, tapi rupa-rupanya dorang dah mulakan operasi. Jadi aku turun belikan tiket untuk 3orang, RM45 semunya. Semasa jalan di sepanjang terminal tu, entah kenapa tiba-tiba terkenang pulak masa tu. Ada paijan sekalikat situ. Haih cukup cukup cukup. Jadi, kami teruskan perjalanan sehingga masuk ke dalam bot.

waiting to go...


faiz dengan big boss


Ini pengalaman pertama bagi Faiz naik bot laju. Jadi, masa ni lah yang sesuai untuk aku bergurau-gurau dengannya. Mungkin juga bagi korang yang berfikiran positive, aku bergurau untuk mengurangkan gemuruh si Faiz tu. Dan mungkin juga bagi korang yang berfikiran negative, aku bergurau untuk menakut-nakutkan si Faiz tu. Terpulanglah korang nak fikir apa pun. Yang penting important.

20minit kemudian, kami pun sampai di Terminal Labuan. Then, kami tunggu pula kereta sewa yang abah dah booking semalam datang ke terminal tu. Tapi entah kenapa tak datang-datang lagi dan bila call pun tak diangkat pula. So, kami pun isikan tempat kosong ke dalam perut kami dengan sarapan yang sihat, nasi goreng + mee goreng + milo panas. Aku ajar faiz, kalau nak jimat, sedap dan kenyang makan nasi berlaukkan mee. Atau sebaliknya. Yang penting dua-dua unsur tu ada.

nasi campur mee memang pakej makanan jimatkenyangsedap terbaik


Dalam 7.30 pagi, kereta sewa tu pun datang. Dan kami teruskan perjalan menuju ke sekolah elit tu dengan jumlah minyak petrol yang meragukan keyakinan manusia mahupun Rambo. Jalan-jalan kat labuan ni secara teori petanya senang saja nak ikut. Tak besar mana pun labuan ni. Tapi hakikatnya, memang payah juga nak cari jalan-jalan kat sini. Tapi oleh kerana kepakaran bakat racing abah, akhirnya kami sampai juga ke checkpoint 30minit kemudian.

Setelah masuk ke dalam pintu gerbang sekolah, abah tiba-tiba mengingatkan aku. Kalau aku tak tolak tawaran sekolah ni dulu, mungkin ini lah tempat aku membina memori daripada sebahagian hidupku. Aku terdiam seketika. Berbagai soalan andaian menyoal-nyoal takdir. Tapi, yang lepas biarlah begitu. Yang penting aku gembira dengan keputusan yang aku dah buat selama ni.

selangkah demi selangkah...


Tempat daftar tu kat dewan sekolah. Berdasarkan pemerhatian aku, "Sekolah ni taklah semegah namanya pun. Buruk." Tapi, don't judge the book by its cover bilang si Thomas Edison.

isi borang

testing buat tandatangan


Faiz dapat kelas 1pendeta. Rumah sukan bendahara, kuning. Asrama Bendara bilik 10 blok 2. Aku tengok bilangan pelajar-pelajar kat sini tak banyak. Mungkin bilangan pelajar tingkatan 1 kat situ lebih kurang 100orang saja. Bilik asrama Faiz cuma ada 6orang saja. Sekali lagi, buruk. Aku tengok budak-budak roomate Faiz kat situ baik-baik saja. So, tak perlu risaulah pasal kawan-kawan baru Faiz tu nanti.

Sambil aku mengemas barang-barang Faiz ke dalam locker buruk dia tu, aku ajar dia apa yang sempat terlintas kat fikiran aku ni. Jujur aku cakap, aku risau. Aku risau macam manalah dia nak hadapi hidup berdikari seorang diri di pulau ni nanti. Sudahlah jauh dari family. Tapi, takpelah kot. Sebab rupanya UMSKAL kat sebelah sekolat elit ni je rupanya. Kalau ada apa-apa boleh lah aku suruh kawan-kawan aku kat situ tolong Faiz tu nanti.

Tapi, apa yang aku suka pasal sekolah elit tu, it has a natural nature surrounding. Bunyi riang-riang, langit biru, cahaya matahari terik tapi berangin, pemandangan pokok-pokok dan pemandangan laut tak berpenghujung tu memang subhanAllah cantiknya. Tapi just rupa bangunan-bangunan kat situ nampak lama dan suasana yang dikelilingi budak-budak yang kononnya pintar tu buat aku rasa tak suka. Aku berbisik dalam hati, aku bersyukur sebab tak masuk ke sekolah ni dulu. Terimakasih mak.

Selepas pulang dari makan tengah hari di bandar, aku dengan abah hantar Faiz ke asrama yang mungkin untuk kali terakhirnya. Nampaknya cuma tinggal kami je penjaga yang ada kat situ. Faiz masih lagi belum menyusuaikan diri dengan budak-budak kat situ. Budak-budak yang lain pun banyak berdiam dengan buat kerja masing-masing saja tak bertegur sesama sendiri. Tapi, biasalah tu. Hari pertama memang macamni. Nanti dah lama-lama tu, stokin busuk 2minggu tak basuh pun boleh jadi biasa berkongsi bersama. Tiba-tiba datang sekuriti pergi bilik ke bilik untuk beritahu budak-budak untuk ke dewan dengar taklimat ringkas.

kemas dan check locker sebelum keluar

ready to go for the taklimat



Dalam hatiku, "ini lah masanya..."

Sambil berjalan bersama ke dewan, aku bertungkus lumus memerah otak untuk mengajar Faiz apa yang termampu tentang cara hidup survival di asrama. Dan dia terus masuk ke dalam dewan tanpa bersalam-salaman kerana mungkin dia berfikir aku dengan abah akan menunggu dia sehingga tamat taklimat tu. Tapi hari semakin petang, kami risau akan kehabisan bot pula untuk dibawa ke Terminal Menumbok nanti. Jadi aku menunggu peluang untuk Faiz memandang belakang untuk memanggilnya keluar sebentar.

Dia toleh belakang.





Aku lambai memanggil ke sini.





Dia keluar dewan.






Aku cakap yang aku dengan abah dah nak jalan ni. Jadi dia terus salam cium tangan abah. Abah mengusap kepala Faiz dan suruh jaga diri baik-baik.





Dia salam aku, dan aku just cakap, "Jaga jaket abang tu baik-baik. Susah abang nak beli baju tu dulu. Nanti 5tahun lagi, bawa balik baju tu dengan elok okey." Itu sajalah yang mampu aku cakap untuk kata-kata terakhir.





Dan sebelum dia masuk ke dalam dewan semula...jam pada masa tu, pukul 4.20petang. Aku panggil...





Aku tangkap gambar dia untuk yang kali terakhir...

final click of the boy 

well grown okey ~

walaupun muka dia selambe je sepanjang hari tu, tapi aku tahu dalam hati dia pasti sejuk biru berombak-ombak berbagai-bagai soalan mengenai takdir. masa bersalam-salaman yang terakhir tu, aku ada ternampak yang tiba-tiba mata dia merah masa aku lepaskan tangan usap kepala dia. dia alih kepala dia cepat-cepat nak pergi dari situ. aku tahu dia menangis...






Kami terus keluar menuju ke terminal untuk pulang. Dan kami selamat sampai ke rumah dalam jam8.30. Sambil makan malam, mak bercerita tentang cerita Icah pula di sana siang tadi.





Dan aku berharap rumah ni takkan sunyi...

No comments:

Post a Comment