Tuesday, May 21, 2013

Selamat Hari Guru Cikgu ! (part 1)

16hb Mei yang lalu merupakan hari guru seluruh Malaysia..ni dah 5hari berlalu tapi rasanya memang tak pernah terlewatpun untuk aku ucapkan hari guru kan..



"SELAMAT HARI GURU CIKGU !!"



Sepatutnya bukan 16mei ni je kita kita kena ucap hari guru kat cikgu-cikgu kita..sepatutnya setiap hari pun memang hari guru tapi yela penat la cikgu-cikgu kita nak sambut hari-hari kan..jadi sebab tu la Hari Guru ni disambut sekali je setahun. Tapi ingat, hari-haripun sebenarnya hari guru tau..


"Ni awak nak ucapkan hari guru kat cikgu mana satu ni Shah?"


Sebelum saya nak jawab soalan tu, meh sini saya nak citer serba sikit pasal cikgu-cikgu saya kat sekolah dulu..


Saya dulu ni budak baik tau..selalu dengar cakap cikgu. (tapi dengar jela hehehe) Jadi, saya memang agak femes dikalangan guru-guru kat sekolah saya dulu. Lagipun dulu saya pernah buat bisnes jual sarapan kat sekolah. So, cikgu-cikgu saya ni memang sporting giler dengan saya. Semua backup saya daripada kena tangkap dengan pengetua sekolah dulu.


Tapi budak baik tak bermaksud tak nakal..i'm quite naughty juga tau kat sekolah. Ada la juga beberapa kali kena tangkap dengan cikgu-cikgu sebab ada buat salah. Dan saya tak lupa semua denda-denda yang pernah saya kena dulu..dan sebab hukuman-hukuman tula yang menjadikan saya manusia sekarang. Ni tak macam budak-budak zaman sekarang, kena hukum rotan sikit terus bawa court. Lembik betul la.


Tapi here some tips for you, "be kind and you'll be loved". Yela sebenarnya cikgu-cikgu ni sayang dengan kita tapi kita je yang tak perasan..dan kalau kau buat masalah dengan orang, masalah la juga kau dapat kemudian hari.


Ok relax-relax..


Sepanjang 11tahun aku belajar kat sekolah..ada beberapa cikgu yang aku masih ingat alkisahnya dengan timeline hidup aku.. Antaranya..


CIKGU NORSAIDAH

Cikgu ni merupakan cikgu pertama yang saya kenal masa saya pindah kat Sabah masa saya darjah4 dulu. Cikgu mengajar kami akan subjek Bahasa Malayu dan Kemahiran Hidup. Cikgu ni manja sangat dengan murid-murid dia. Semua sayang cikgu..tapi kadang-kadang cikgu boleh jadi garang juga..itu pun sebab kami yang buat nakal. Tapi cikgu sensitif sangat. Saya dah tengok beberapa kali cikgu menangis.

Pertama, masa saya darjah5 dulu. Ada seorang ibu kepada murid kat kelas kami ni. Nama dia Zahid. Pada zaman tu, ponteng sekolah ni memang femes. Dan budak Zahid tu pun termasuk jugak dalam statistik tu. Kemudian, ibu Zahid bertanya kepada cikgu, "Assalamualaikum cikgu, saya ni mamanya si Zahid. Budak tu terlupa lagi bawa bekal nasi dia ni haha..erm boleh saya jumpa bagi bekal ni dengan dia sekejap?". Kami dalam kelas tengok saja macam mana cikgu nak jawab soalan ibu Zahid tu? Memang saya akui, keadaan memang tegang masa tu. Kemudian, cikgu membawa ibu Zahid jauh sikit dari kelas lalu cikgu peluk ibu Zahid dan membisikkan sesuatu kepadanya. Dan kemudian, cikgu menangis..wajah ibu Zahid nampak amat jelas akan kekecewaannya. Dan kemudian cikgu membawa ibu Zahid turun dari bangunan.. Dan saya tak tahu apa yang terjadi selepas itu. Macam aku ada dengar bunyi tembakan pistol masa tu..tapi perasaan aku je kot.

Kedua, masa tu saya darjah6. Hari tu adalah hari meminta restu dengan cikgu-cikgu sebelum kami semua menduduki peperiksaan besar pertama kami UPSR minggu depan. Jadi, kami semua mengadakan majlis minta restu di dalam dewan. Tapi, cikgu Saidah langsung tidak kelihatan masa sesi minta restu tu. Jadi, kami satu kelas sepakat mencari di mana cikgu. Masa tu, masih bukan zaman GPS lagi, jadi kami minta seorang daripada rakan sekelas kami yang dimana bercita-cita untuk menjadi seorang pawang untuk mencari di mana kedudukan cikgu. Lalu dia mengeluarkan bola kaca ajaibnya dan menunjukkan bahawa cikgu sedang berada di makmal komputer. Kemudian, kami semua terus bergegas mencari cikgu sebelum bunyinya loceng pulang. Sebab masa jadi budak-budak dulu, loceng sekolah lagi diberi perhatian daripada arahan cikgu-cikgu ni. Setelah sampai di makmal sekolah, kami akhirnya berjumpa dengan cikgu yang kebetulan sedang ingin keluar dari makmal. Kemudian kami semua bersalam-salaman dan peluk dengan cikgu minta maaf akan segala kesalahan kami dan minta doakan agar halalkan segala ilmu yang cikgu turunkan kepada kami. Dan sekali lagi, seperti yang saya cakap, cikgu ni memang sensitif. Dan kami semua perhatikan sahaja dengan perasaan bersalah melihat cikgu menangis. Yang budak-budak lelaki control hero je tak mahu menangis. Yang budak-budak perempuan jangan cakap la. Sampai ada yang terus jadi rabun aku dengar menangis masa tu.

Tapi kerana cikgu Saidah la yang telah menyebabkan saya pernah menjadi penakut selama 2tahun dulu. Masa tu kami semua ada kursus subjek Bahasa Melayu kat makmal komputer. So, lepas cikgu dah penat berbicara, cikgu ingin bersantai-santai sebentar. Lalu cikgu tunjukkan satu gambar pada screen LCD di depan makmal tu.."ok cuba kamu semua cari perempuan berbaju merah..". Kami yang masih muda dengan perasaan ingin tahu ni, buka la mata bulat-bulat cari perempuan berbaju merah. Nah sekali keluar gambar pontianak berteriak. Lalu berteriak satu makmal terkejut dengan kemunculan pontianak tu. Yang aku hairannya budak lelaki kat sebelah aku tu yang paling lama dan kuat teriakannya..pastu aku tumbuk muka dia, "kau apesal??". Dan dalam pada masa tu, aku rasa aku ada terbau juga bau-bau ganjilmasambusuk yang tiba-tiba muncul kat dalam makmal tu. Lalu bila disoal semula apa yang kami belajar pada kursus hari itu..kami semua tak dapat jawab dan tak dapat ingat apa yang berlaku 30minit lalu? Welldone..cikgu.welldone..


yang kat kiri tu la cikgu Norsaidah. yang kanan
tu pula cikgu Azianawati


Tapi, saya nak ingatkan yang kami semua sayang sangat dengan cikgu.. Tak caye tanyalah budak-budak yang lain, mesti dorangpun jawab jawapan yang sama. Nanti kalau cikgu masuk pilihanraya mesti menang bergaya punya la hehe.



Cikgu Disa

Cikgu ni mengajar subjek matematik dan muzik kat kelas saya. Cikgu ni kelakar orangnya tapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya..kadang-kadang cikgu ni boleh jadi garang juga, tapi itupun sebab budak-budak yang degil tak nak siapkan kerja rumah dorang.

Dulu, saya tak berapa minat dengan subjek-subjek yang cikgu ni ajar. Saya memang lemah giler dalam subjek matematik dan muzik. Tapi saya suka dengan cikgu..saya just kuatkan diri untuk menyukai juga apa subjek yang diajar cikgu.

Dan akhirnya, semasa peperiksaan akhir tahun masa saya darjah6 dulu..saya berjaya mendapatkan markah matematik tertinggi dalam kelas. Saya berjaya dapat 99%..tapi saya macam ada yang tak kena dengan pemeriksaan cikgu pada jawapan saya yang silap tu. Jadi setelah diperiksa semula, memang betul, cikgu tersilap tanda dan akhirnya saya berjaya mendapatkan markah penuh 100% yahoo!!

Sejak saya darjah4, saya giat menyertai aktiviti-aktiviti sekolah. Antaranya, menari kebudayaan, choir, dan syair. Saya masih ingat ketika saya darjah5, saya mewakili sekolah dalam pertandingan syair. Saya dan kawan-kawan lain dihantar dengan menaiki kereta Matrix milik Cikgu Disa. Dan ketika pulang, saya masih ingat Cikgu Disa ada singgah ke pasaraya Servay dan cikgu suruh saya ambil saja apa jenis roti yang saya mahu kat situ sebab saya saya dapat nombor4 dalam pertandingan tu huhu..kalau nombor3 boleh wakil wilayah. Tapi takpe la. Pastu ketika hantar pulang, saya menipu cikgu yang rumah saya berada di tempat lain..sebab saya malu nak tunjukkan rumah sebenar saya masa tu.

Saya masih ingat juga ketika akhir tahun semasa saya darjah4, saya punya rakan sekelas yang bernama Saharuddin. Dia akan berpindah ke Labuan pada tahun akan datang, jadi sebelum dia berpindah, secara diam ketika waktu subjek matematik tu, dia melukis lakaran wajah cikgu. Cantik sangat! Dia sempat buat dua lakaran, satu dia akan simpan untuk kenangannya dan satu lagi dia serahkan kepada cikgu. Macamtu la waktu dulu-dulu sebab susah nak dapat kamera, jadi lukis saja la menjadi pilihan.



Cikgu Hasnah

Cikgu Hasnah mula mengajar kami masa kami darjah6. Cikgu mengajar kami subjek Bahasa Melayu dan Kimia. Tapi sebabkan kami semua drop subjek kimia masa tu, jadi tak jadi la cikgu nak mengajar kimia. Cikgu ni baik sangat-sangat. Seingat saya, cikgu langsung tak pernah marah dengan kami. Cikgu ni ada seorang anak perempuan yang sebaya dengan saya. Namanya, Dayang Atiqah. Mereka ni keturunan bangsa Brunei. Jadi, memang anak beranak putih giler.

Masa saya darjah6 dulu, saya ada berniaga jual nasi lemak kat sekolah..dan cikgulah yang paling kuat support saya untuk menjual. Dan sudah tentu cikgu jugalah pelanggan saya yang paling banyak beliannya. Terimakasih akan sokongannya.

cikgu Hasnah dan suaminya 




Cikgu Dasmawati

Cikgu Dasmawati ni adalah cikgu yang paling garang yang saya paling suka masa kat sekolah rendah dulu. Cikgu mengajar subjek Bahasa Melayu masa saya darjah6. Tapi sekejap saja sebab kemudian cikgu terpaksa berpindah mengajar di sekolah lain..katanya di kawasan pendalaman tapi tak tahu pula di mana. Walaupun sementara sahaja dengan cikgu, tapi saya masih ingat jelas wajah cikgu..sebab ada beberapa memori yang saya tak boleh lupakan pasal cikgu ni.

Semasa cikgu mengajar memang tegas..memang semua budak takut giler dengan cikgu dulu. Tapi semasa rehat daripada mengajar apabila cikgu bawa bersembang. Kami semua suka sangat mendengarnya..antaranya cikgu pernah menceritakan bahawa dahulu cikgu hidup susah di kampung. Masa cikgu kecik-kecik dulu, cikgu cuma menggunakan minyak kelapa untuk dijadikan sebagai minyak rambut. Dan cikgu juga menggunakan air beras untuk mencuci muka cikgu.. "sebab tu la muka cikgu bersih je." saya masih ingat ayat yang cikgu sebut ni sambil gosok pipi cikgu yang kononnya halus hehe..tapi sure memang bersih pun. Ehem..saya sampai sekarang masih ikut petua-petua cikgu tu..dan sebab tu la muka saya pun bersih macam umur budak 9tahun.

Selain itu, ada beberapa peristiwa juga yang menyebabkan saya tak boleh lupakan cikgu ni. Masa tu, cikgu lambat masuk ke kelas, jadi murid-murid masing-masing buat kerja sendiri..pada masa tu, saya sedang mengajar kawan saya matematik tak silap saya..dan saya just berdiri di tepi meja dia mengajar dia. Pada masa tu, tempat duduk saya di belakang sekali..pastu dengan tiba-tiba seseorang menepuk kuat bahu kiri saya. Panas betul rasa sakitnya..dan secara tak sengaja saya tiba-tiba terteriak, "Woi, sakitlah !" pastu bila saya toleh belakang, alamak cikgu..

Pastu cikgu juga ada bercerita pasal rancangan cartoon sekarang ni tak boleh tengok langsung..sebab zaman sekarang ni cerita cartoon ringan-ringan pun ada juga kisah cinta, lepas tu adegan bercium. Jadi cikgu memang sentiasa memilih rancangan cartoon yang boleh untuk ditonton oleh anak-anak cikgu kat rumah. Dan dengan cikgulah saya pernah menggunakan perkataan 'sebentar' untuk yang pertama dan mungkin yang terakhir kalinya juga dalam kehidupan saya. Masa tu saya sibuk berlatih sukan di padang sekolah sebab saya salah seorang atlit sekolah pada masa tu..jadi, saya diberi arahan oleh guru sukan saya untuk memanggil pasangan acara saya di kelas. Dan setibanya saya di kelas, "Assalamualaikum..erk cikgu boleh saya panggil Daud sebentar?" Dan begitu la kisahnya..

Dan cikgu juga la satu-satunya cikgu yang saya minta cikgu periksakan latihan karangan yang saya buat di rumah. Dan cikgu berikan komen yang baik kepada saya masa tu..sejak tu la saya mula minat dalam mengarang karangan atas kerana sokongan dan dorongan cikgu.

hah teka la mana satu cikgu Dasmawaty.
aku dapat gambar ni dari FB cikgu.
baru aku tau cikgu ada FB.


Terima kasih cikgu !



Teacher Jane

Teacher ajar saya English dulu masa darjah6..tapi kita dah berkenalan sejak saya darjah5 lagi..ehem. Masa saya darjah5, teacher pilih saya untuk wakil sekolah dalam persembahan choir. Hehe saya ingat lagi, saya dapat pujian sebab suara saya merdu..tapi itu semua dulu. Ya dulu..

Pastu masa darjah6, teacher akan mengadakan kelas tambahan 1jam selepas tamat waktu persekolahan. Saya masih ingat teacher pernah pilih saya jadikan contoh kepada kawan-kawan yang lain. Teacher cakap essay yang saya karang masa test sebelum ni bagus sangat..lepastu teacher suruh saya baca essay tu depan kawan-kawan dan suruh kawan-kawan yang lain salin essay saya tu. Saya dengar sampai yang ada simpan dalam frame essay tu pastu gantung kat ruang tamu rumah..tu saya dengar la. Tapi itu semua dulu..ya dulu.

Bytheway, that moment really motivated me a lot..thankyou teacher !





Ni antara cikgu-cikgu yang aku sayang masa kat sekolah rendah dulu. Cikgu lain bukan aku tak sayang, cuma lacking of information and stories so saya tak berani la nak tulis macam-macam kat sini. Nanti sedar-sedar hakim ada kat depan mata saya, kang susah pula.

Ok, citer pasal cikgu kat sekolah menengah akan aku entrykan dalam part 2 soon..














"obat hati ada lima perkaranya..yang ketiga berkumpullah
dengan orang sholeh" opick






Urgh dah genap seminggu aku tak boleh lena tidur malam. Asal nak tidur saja, mesti pening kepala. It takes me for hours baring kat katil tak buat apa-apa untuk tunggu supaya terlena. Kadang-kadang antara pukul 2 hingga 4 pagi baru dapat tidur..pastu tengah terlena sekejap terus kejut subuh pukul 4.30.Urgh sakit!!

"mungkin kau banyak sangat berfikir kot?"

sahabat aku ada tanya soalan tu..and i say no.



















which i mean yes..

Saturday, May 18, 2013

Blind Spot Person

Awak rasa sunyi?





Kenapa?





Tiada orang yang mahu bersama awak lagi?





Semua orang sudah tidak pedulikan awak?





Awak rasa seperti sudah tidak diperlukan orang lain lagi?





Apa kata awak dengar cakap saya..





Pejamkan mata awak sekejap..





Tenangkan fikiran..





Tenang..





Cuba awak fikir semula..





Memang pasti akan ada walaupun seseorang yang sentiasa mengambil berat akan awak..





Mungkin dia ada datang berjumpa dengan awak walaupun sebulan sekali..





Mungkin dia ada menghantar SMS bertanyakan khabar dengan awak walaupun seminggu sekali..





Mungkin dia ada membuat panggilan ingin mendengar suara awak walaupun 3bulan sekali..





Walaupun dia mungkin jauh daripada awak..





Awak dah nampak siapa orangnya?





Awak pasti?





Okey..sekarang buka semula mata awak..





Awak nak tahu..





Sebenarnya dia sayangkan awak..





Dia adalah orang yang dihantar untuk menghiburkan awak..walaupun sedikit..





Tapi selama ni awak tak perasan..awak tak pernah nak ambil tahu pun..





Awak asyik fikirkan orang di sekelililng awak saja..





Awak fikir dunia ni dah tak terima awak lagi..





Kawan-kawan di sekeliling awak semuanya tidak mahu pedulikan awak lagi..





Mesej-mesej, missed call, chatting facebook semua sudah tidak dilayan lagi..





Awak rasa sedih..





Awak rasa sunyi..





Tapi sekarang awak dah sedar kan..





Yang sebenarnya masih ada seseorang di satu sudut yang jauh sunyi di sana yang masih bersama awak..





Jadi..sekarang, tutup laptop awak..





Pergilah kepada orang tu..





Tanyakan pula khabar dia..





Dan ingat..





Allah adalah yang sentiasa terdekat dengan awak..





Bercakaplah dengan Dia, luahkan dengan Dia yang sebenarnya anda punya masalah..





Semoga semuanya baik-baik saja..insyaAllah





Zulkhairi Khairuddin
Dia ni sebenarnya dah lama berdiri kat garisan titik-buta aku..tapi aku tak pernah sedar..
Walaupun dia berada di tujuh negeri jauhnya dari aku..
Dia selalu muncul pada masa-masa yang aku perlukan..
Dan setiap perkataan-perkataan yang tersusun cantik keluar dari suaranya memang sentiasa menyejukkan hati aku..
Walaupun setiap kata-katanya adalah bukan kata-kata semangat yang aku perlukan..
Tapi aku sedar..walaupun dia pernah misscall sekalipun, aku gembira..


Aku selama ni dah buat silap..
Kenapa aku tak perasan kehadiran dia selama ni..

And i always need you..

Tanda-tanda emosi anda sebenarnya sedang terganggu

Ok, tajuk kali ni "Tanda-anda anda sebenarnya sedang terganggu".

Jika korang faham apa sebenarnya maksud tajuk ini, aku sebenarnya sengaja taip macam ni. Sebab kekadang kerana keegoan manusia, kita takkan mahu pernah mengalah untuk mengaku yang sebenarnya kita ini fragile. Iya lah, memang tak ramai yang mahu mengaku bahawa diri sendiri ini lemah. Semua mahu jadi hero, semua mahu jadi kuat. Jadi, sebab tu aku letakkan perkataan "sebenarnya" kat tajuk entri kali ni..supaya korang boleh sedar.

Tapi, tak semuapun ego untuk mengaku kuat..saya tahu awak punya hati yang baik. Jujur akan kehidupan..

Kadang-kadang, secara tak sedar, aku selalu termenung melihat ke luar tingkap.. Aku memang kalau tengok awan dan langit biru, aku akan dibawa ke alam dimensi lain..

"Shah, are you okey?"

Tiba-tiba seseorang menegur sambil menepuk bahu kanan aku. Aku terkejut..bila aku toleh, oh bos aku rupanya..

"Saya nampak Shah macam dalam masalah je. Shah okey?"

Aku cuba senyum..

"Tidak, saya okey saja..terima kasih."

Kemudian, timbul perasaan tak senang dalam hati aku. Kenapa aku menipu? Lidah aku mungkin boleh senang menyusun kata untuk menidakkan keadaan aku..tapi hati aku tidak..

Ok, sepanjang yang aku rasa, aku dapat mengesan antara tanda yang sebenarnya emosi kita sedang terganggu.. Tapi konsepnya sama saja semuanya..semuanya berkonsepkan, 'apa yang kita dah biasa lakukan tapi rasa susah pula nak lakukan masa ni'.

1) Pemanduan anda tidak lancar

Semasa anda memandu, anda akan sedar yang skill memandu anda yang selama ni superb, tapi kali ni asyik tak kena semacam je. Dan kalau lagi teruk emosi anda terganggu, anda mungkin akan berpotensi untuk membayar bil kerosakan kereta anda mahupun kereta berhampiran anda..yakni anda berkemungkinan akan melakukan kemalangan jalanraya. So, ini amat penting untuk kesan awal-awal supaya anda boleh reda dan stabilkan dalu emosi anda, dan kemudian barulah boleh meneruskan perjalanan.

"sesungguhnya meng-highlightkan lampu ke arah
kereta hadapan adalah suatu kesalahan" steve work


"Hah dulu kat jalan ni lah mama aku drive sampai ternaik border jalan ni. Entah apalah yang mama aku runsingkan masa tu."

Aku masih ingat dialog ni Azmeel cakap dengan aku dulu..dan dialog ni memberi idea dengan aku. Dan aku pun memang terima 100% yang kegangguan emosi boleh menghilangkan fokus kita semasa memandu.

2) Anda menjadi seorang rookie dalam game yang anda masterkan

Anda mungkin seorang gamers..anda master dalam Dota..anda master dalam Modern Warfare ii..anda master dalam PES.. Tapi apabila anda sedang dalam permainan, anda bermain seolah-olah anda sedang pertama kali bermain permainan itu. Apa dah jadi??

Aku sedar teori ni masa aku main O2Jam dulu..lagu feveret yang aku selalu main dan hafal setiap note-note yang turun tu, tiba masa tu permainan aku jadi serba tak kena pula. Dan aku sedar, yang aku memang sedang runsingkan sesuatu pada masa tu.

online game yang pertama aku main dan cinta, o2jam !!


Bagi sesiapa yang masih ingat O2Jam atau nama lainnya O2mania..korang memang kacak dan comel !

3) Kawan-kawan anda bengang dengan anda sebab anda asyik buat silap masa jamming

Anda punya sebuah band..nama band anda Kopi Sejuk. Posisi anda dalam band adalah lead guitarist..anda memang cool. Pada suatu hari, band anda mengadakan sesi jamming di studio kegemaran anda. Korang rancang untuk memainkan cover lagu kenangan cinta daripada kumpulan Rusty Blade. Tapi setiap kali masuk intro guitar-lead, anda asyik melakukan kesilapan. Rakan-rakan seperjuangan anda semua merupakan seorang yang penyabar. Tapi kesilapan demi kesilapan anda lakukan..dan akhirnya duit sewa 2jam korang semua hangus terbayar untuk mendengar lead-kesilapan anda seorang sahaja. Tapi anda masih bersyukur, sebab rakan-rakan anda masih tetap tersenyum dan tak putus-putus memberi kata-kata semangat untuk anda meneruskan usaha anda.

Tapi bila masing-masing pulang ke rumah..anda tidak lagi merupakan friend kepada rakan-rakan anda dalam Facebook anda. Dan mesej-mesej whassup anda pun tidak pernah direply lagi sejak hari itu.

Yes..teori ni memang betul. Dan sentiasa akan menjadi kekangan kepada aku. Maksud aku, lagu-lagu yang sudah bertahun-tahun aku biasa main dengan gitar hebat aku tu, tiba-tiba jadi sumbang serba tak kena pula. Dan sekali lagi aku sedar, yang aku memang sedang runsingkan sesuatu pada masa tu.

gitar ni aku dapat masa sejak umur 12 lagi..
aku dah kenal dia lagi lama dari kawan-
kawan sekolah aku..yes i love you too..





Sebenarnya ada banyak lagi tanda-tanda lain, misalnya:
- masakan yang anda masak menjadi kurang rasa
- anda sukar untuk menjawab soalan maths tingkatan 3 yang sedangkan anda sudah berumur 20tahun
- anda tidak punya hasil jaringan gol lansung semasa bermain futsal
- dengan tiba-tiba anda kekurangan idea untuk menaip entry baru

Tapi 3 tanda di atas tu yang selalu terjadi kat aku..sebab tu la dorang je yang jadi the chosen one kali ni.




hari ni aku rasa macam serba tak kena je..
dan aku cuba pasang semula lagu ni dalam mp3 aku..

aku tersenyum..

awak jaga diri baik-baik..senyum selalu ek :)
sedang aku menaip ni..dia tengah online kat facebook dia..
aku just nak ucapkan gudnite..
tapi aku tak berani..

aku harap aku boleh tidur lena malam ni..
for her question before this..
yes..i do have problems..

Monday, May 13, 2013

Jerawat tumbuh sebab berangan?

Adakah teori jerawat akan tumbuh jika banyak berangan...


Fakta atau auta ?




















Jawapannya adalah...




















Jengjengjeng



















AUTA!!

















And..kalau FAKTA sekali pun aku tak kisah !!!








Sebab aku tak suke bila ada sumting tumbuh kat muka aku ni !!

OH TIDAK !!










"Memang betul, orang yang tabah dalam kesabarannya sentiasa
dekat dengan Allah. Eveything has its hikmah..give some more
time to let it happen.." Ronald Moore.
Hari ni hujan lebat sangat. Aku tak pernah memandu dalam hujan selebat tadi..

Tapi dalam hari yang hujan ni..

Telah berlakunya DUA perkara besar yang bagi aku sangat beerti..

And i need time to see what will happens next..

Thursday, May 9, 2013

Yuna feat Guba - You're so fine


It feels like december
The birds flew across my bedroom window
And the spiral staircase
That we use to hang around till 3 in the afternoon

I remember that day
The purple hoodie that you're wearing
And the smile upon your face
Your hair was flowing in the air
As you were sitting by my side
You move me with your tides

You're so fine
And i wouldn't do anything
to deny you
And i..would die for you

Oh baby don't despair
You're not alone i'm always there
I wish i was the one who's scared
Of the sickness that you bear
For as long as i could stay
I'll be happy just to see you smile for another day

You're so fine
And i wouldn't do anything
to deny you
And i..would die for you

But you're gone now
Oh so far gone now
Where the trees are green and cloudy grounds it seems
But my time will come
Oh so let it come
Where we'll meet again
Until the end of time

You're so fine
And i wouldn't do anything
to deny you
And i..would die for you
And i..would die for you
























Lagu ni dia bagi kat aku 27april tahun lalu..

Yang aku ingat..

Dia dengar lagu ni masa naik kereta dengan abangD..lepastu dia berminat dengan satu-satunya lagu yuna kat album tu. Sebab dia ni jenis yang tak suka dengan rentak-rentak lagu camni.
Pastu dia send link lagu tu ngan aku..










Aku dengar..




















Aku download..




















Ya..aku suka..




















Aku suka sangat..






















Tapi dah genap setahun aku tak dengar lagu ni..





















Bukan sebab aku tak suka..





















Tapi sebab aku suka lagu ni..





















Sebab tu la aku tak dengar dah lagu ni..





















Bukan sebab lagu ni mengingatkan aku dengan memori buruk..





















Tapi sebab ia mengingatkan aku dengan memori yang seronok..






























If you have a question for me..you know what will i answered it rite..

Thursday, May 2, 2013

waktu-waktu yang JANGAN membuat panggilan (umum)


Ilham teori ni aku dapat masa aku kat Pahang dulu. Masa tu aku masih musaffir, jadi aku dah jamakkan Isyak ke Maghrib tadi. Pastu Aqindak ajak aku keluar teman dia pi beli barang baby dia jap kat supermarket. Pas dah beli tu, Aqindak ajak aku pi minum-minum kat kedai minum jap sambil bincang pasal projek bisnes dia yang dia nak laburkan untuk aku.



Pastu Aqindak nak buat panggilan kat member bisnes dia, tapi niat dia terhenti tiba-tiba. Kenapa ya? Pastu Aqindak tanya aku, "sekarang pukul berapa ye? rasa-rasa tengah Isyak kan sekarang. erm nanti jela kita kol dia balik.."



Dalam hati aku, bijaknya...



Yup. Kalau korang dapat tangkap jugak apa maksud Aqindak, korang bijak !



Haa, dalam pandangan aku dan pengalaman yang aku telah lalui, ada beberapa waktu-waktu yang kita tak boleh buat panggilan. Bukan aku nak larang, tapi waktu -waktu ni tak sesuai untuk dibuat panggilan. Tapi kalau anda betul-betul mempunyai hal yang penting untuk dibincang dengan orang tersebut, takpe la.






1. Waktu Solat





solat fardhu bukan suatu pilihan, tapi ianya WAJIB
dilakukan oleh semua umat Islam



Masa ni adalah masa yang paling tak sesuai untuk dibuat panggilan. Kerana anda akan mengganggu kekusyukan saudara kita tu untuk solat. Bukan saja akan mengganggu saudara kita tu, tapi turut akan mengganggu saudara-saudara jemaah kita yang lain juga. Kalau boleh, buat panggilan tu biarlah lepas waktu solat atau kalau betul-betul nak kasitau juga kat saudara kita tu, hantar jela pesanan ringkas SMS tapi ini pun tak berapa digalakkan sebab kemungkinan saudara kita tu terlupa untuk silent kan handphone dia. Sekali nah ringtone dangdut dia pasang.



Bila waktu-waktu solat tu?




view manara Masjid Bandaraya pada
waktu Maghrib





Waktu-waktu solat ni maksud aku, waktu awal solat. Maksudnya dalam setengah jam lepas azan camtu. Sebab kita umat Islam sepatutnya solat pada awal waktu. Nabi SAW pernah ditanya apakah sebaik-baik amalan. Dan Nabi SAW bersabda, "Solat di awal waktunya." (hadis riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud).



Eh, tapi orang yang aku nak kol tu bukannya selalu awal waktupun, kadang-kadang langsung tak solat.



Anda mungkin akan berfikiran camtu, tapi JANGAN. Kita digalakkan untuk sentiasa berbaik sangka. Hidup yang sentiasa berbaik sangka, luas kehidupannya..insyaAllah






2. Waktu Makan



Cik kuat makan yang kuat makan




Masa ni pun tak sesuai untuk dibuat panggilan sebab anda akan mengganggu privasi pemanggil anda. Waktu ni jika ada hal yang betul-betul penting tapi TIDAK URGENT, memadailah setakat anda menghantar pesanan ringkas SMS saja.



Bila yang dikatakan waktu makan tu?



Mengikut teori scientific Gary, kalau nak tahu bila waktu makan ni, anda just boleh tengok kat restoran-restoran. Jika 80% restoran tu penuh dengan pelanggan, haa itu la dia yang dikatakan masa makan.



Tapi kalau saya nak ajak dia makan camne? Takkan tak boleh kol dia kot?



Haa, kalau dalam keadaan camni, pastikan orang yang anda mahu kol tu betul-betul tak kisah kalau diajak makan. Maksud aku, korang mestilah betul-betul kenal dengan orang tu untuk diajak makan. Yelah, katakanlah tiba-tiba je korang kol bos korang pi ajak makan sedangkan anda tak rapat dengan dia pun. Hah kan ke awkward tu. Tapi kalau anda betul-betul nak ajak dia makan juga, seelok-eloknya biarlah buat panggilan ajak dia makan ketika sebelum masa makan.



Aku teringat kata-kata cikgu legend aku dulu, Cikgu Ronney. "Anda boleh ganggu masa saya bila-bila masa saja..saya tak kisah. Tapi saya betul-betul pantang kalau ada orang ganggu ketika waktu saya tengah makan. Sebab itu hak saya untuk rezeki-rezeki saya."






3. Waktu Tidur


6jan: aku time ni diam-diam masuk bilik
dia sebab langsung takde orang respon
tapi rumah tak kunci, so aku masuk
jela



Masa ni memang tak berapa sopan kalau anda tiba-tiba buat panggilan. Sebab waktu tidur ni adalah waktu privasi seseorang yang penting. Dan buat pengetahuan anda, tidur ni juga termasuk dalam kategori rezeki juga tau. Tak caye tanya ustaz.



Tapi buat panggilan ketika waktu tidur ini kemungkinan akan boleh menjadi sopan dan perlu juga jika anda buat panggilan kepada pasangan anda. Maksud aku pasangan suami isteri. Kalau couple-couple tu HARAM okey.








So kesimpulannya, anda akan menyusahkan orang lain jika membuat panggilan pada 3 waktu di atas. Tapi jika mereka itu sahabat baik anda, pasangan hidup bahagia anda, atau yang seangkatan dengannya, maka tidak mengapalah kerena mereka sudah diantibiotikkan dengan waktu-waktu itu dengan anda.




















p/s: esok is the day..i really want to relish these final days..please..

Wednesday, May 1, 2013

Anda kelihatan comel bila... (girls only)

Semalam kawan-kawan aku kat ofis ada buka satu video yang menunjukkan keciri-cirian comel dorang. Dekat setengah jam juga la kami tengok dan macam-macam pujian yang dorang lemparkan kat orang-orang dalam video-video tu.

Tapi dalam banyak-banyak video tu, cuma satu je yang aku suka tengok..dan bagi aku itu termasuk dalam istilah comel bagi aku..

Kita manusia ni memang nalurinya suka melihat akan sesuatu yang cantik. Kita akan mudah menerima sesuatu apabila sesuatu itu cantik pada pandangan pertama kita atau istilah matsalleh first-impression.

Tapi jika sesuatu itu kurang cantik atau tidak cantik..aku taknak la cakap buruk sebab ciptaan Allah itu sempurna. Memang masih boleh diterima..tetapi perlukan masa untuk kita terimanya. Sebab everything is beatiful..itu aku pasti. Tapi tak semua kecantikan boleh dilihat pada pada mata kasar. Tak semua punya luaran yang cantik. Tetapi kecantikan yang sebenarnya berada pada dalamannya.. Itu tak boleh dinilai dengan mata kasar..tetapi perlu dilihat melalui mata hati.




"Apa maksud kecantikan dalaman ni?"




Maksudnya..kau perlukan masa untuk bersama sesuatu tu.




"Huh?"




Macamni la..kau rasa henpon Nokia 5080 tu cantik tak bagi kau? Mesti tak kan..tapi ada orang tu rasa itu henpon yang cantik bagi dia. Sangat cantik.. Sebab apa? Sebab dia dah 5tahun gunakan henpon yang sama dan sudah cukup masa untuk berkenalan dengan kecantikan henpon dia.




"Eish masih tak faham la apa maksud cantik dalaman ni.."




Maksudnya kau dah kesefahaman dengan benda tu untuk masa yang lama. Benda tu jadi begitu beerti bagi kau walau macam mana susah pun hidup kau. Kau dengan benda tu dah mengharungi susah senang sama-sama.




"Eeeee masih tak faham la!!"




*Pukul kepala guna kayu

Kau saja nak tukar topik entry aku ni kan..takpe nanti insyaAllah aku terangkan dalam entry yang lain pasal cantik dalaman ni.. Senang cerita bila dah suka semuanya nampak cantik. Sebab aku sekarang nak kasitau pasal macam mana nak nampak comel..dan yang penting halal dan insyaAllah pahala ganjarannya..




1. Anda nampak comel memakai stokin


stokin yang berwarna warni memang nampak comel

Serius..awak yang memakai stokin memang nampak comel. Pada pandangan saya, awak nampak cantik sangat apabila mereka dihiasi dengan warna. Dan termasuk juga warna pada kaki awak. Maksud saya stokin awak.

tau tak yang Nabi pun ada bela kucing tau..nama dia Muezza

Tapi menutup kaki bukan sahaja perlu sebab untuk kelihatan cantik. Tapi ini perintah agama kita taw awak. Kan kita diajar bahawa perempuan perlu menutup kesemua tubuhnya daripada dilihat bukan mahram kecuali muka dan kedua-dua pergelangan tangan. Lagipun masa solat, awak mana boleh terdedah tunjuk kaki kan..awak perlu tutup kaki masa solat.

kucing ni memang sentiasa punya perasaan ingin tahu..
so ajar  la dia..

Lagipun kalau awak selalu pakai stokin..insyaAllah kaki awak akan sentiasa bersih. Ada orang yang tak pakai stokin tu selalu cakap dengan saya yang kaki mereka merekah la, buruk la, apa la.. So awak kena pakai stokin ye..sebab awak comel..



tau tak bila kita stress..bermain dengan kucing
boleh menangani masalah stress anda..

kenapa aku asyik tunjuk gambo kucing ni?
cubateka?

2. Anda kelihatan comel apabila tertutup

Yup..awak yang bertutup lebih kelihatan comel daripada terbuka macam tu je. Betul..serius ni saya cakap.

"Tutup apa ni? Tak faham la."

"apabila bersama dengan sahabat aku sentiasa
rasa seperti berada dalam dimensi yang
lain" zainal yusuf


Tutup aurat la wak..tutup rambut, tutup lengan awak tu, tutup kaki awak.. Senang kata tutup maruah awak daripada tercalar la..

Bila awak pakai tudung..pastikan tudung awak labuh sampai tutup dada awak tau. Sebab taknak la sampai orang tengok apa keistimewaan awak kan. Mungkin budak-budak lelaki tu tak nampak..tapi once awak menonjol, nanti budak-budak lelaki ni pandai bayangkan yang bukan-bukan tau. Bahaya..lagi dosa!

muslimah yang colourful memang
comel kan..


Pastu masa awak nak bertudung tu..erm saya suka tengok tudung yang berwarna warni. Maksud saya awak kena pandai suaikan warna tudung awak dengan penampilan awak yang lain.. Erm contohnya..bila pakai baju purple, awak pakai la tudung purple yang lagi gelap sikit ke..

Macamtu juga dengan inner tangan awak..kalau pakai yang berwarna memang comel..

Allah meredhai kita yang menutup aurat..


Yang penting awak kena tutup aurat ye..


3. Anda lebih comel tanpa makeUp


"trip cute ketika sakit perut lepas makan adalah satu taktik
yang bijak" george hugo

Ahha..ni satu lagi. Awak tau..umur kita masih muda lagi. So kecomelan masa kita kecik dulu tu masih ada. So, awak mesti sentiasa jadi ori. Asli tanpa mekap. Betul, serius saya cakap..awak kelihatan lagi comel tanpa mekap. Bila saya tengok awak mekap.. "URGHH! What's happen to you young girl??" tapi dalam hati je..taknak la aibkan awak depan orang pulak kan..

"Tapi muka saya ni berjerawat la awak.."

Okey..kalau muka awak special sikit..ehem awak fahamkan maksud saya.. Kalau camtu, bolehlah mekap sikit. Tapi yang nipis-nipis je. Pakai bedak je tutup kespecialan awak tu. Tak payah la awak nak ikut macam artis-artis korea macam kat dalam tv tu bermekap. Itu dorang dalam TV dengan bila kat atas pentas je. Cuba kalau kat luar..hehe siapa tahu.

awak comel..awak comel..awak comel..


Kalau tak caye..cuba awak minta pandangan kawan-kawan awak.

"Tapi kalau orang yang berumur macam akak ni macam mana pula dik?"

Hehe..akak tanya suami akak je la ye..






















So, kesimpulannya..tutup la aurat ye..














Sebab awak baik..














Awak comel..





















p/s: yang gambo terakhir tu lerr girlfriend hambo..hehe tak caye tanya pokok..apa sebab goyang..


















oh ye..yang video aku tengok dengan kawan-kawan kat ofis tu video ni lerr..


Slash yang cute

Huh?? Apa barang gwiyomi gwiyomi!! Tak main la gwiyomi gwiyomi..





















Tapi aku download juga lagu dorang tu..