Tenangkan tengok gambar ni..
Awak tahu, saya boleh menghabiskan masa berjam-jam terbaring kat padang rumput sambil termenung tengok langit.
Tengok apa kat langit tu ?
Saya tengok awan la wak..
Saya suka tengok awan..
Ya..awan..
Dunia hari ni cukup hebat untuk mengubah mental sungguhpun seekor paus biru. Ya. Ianya berkaitan besar dengan mental. Dunia hari ini berkejar-kejar bersaing memburu kemajuan. Ianya bukan berlaku di kalangan manusia, tapi juga berlaku di kalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Semuanya sentiasa bersaing demi dapat meneruskan kehidupan masing-masing. Siapa malas, dia mati. Begitulah prinsip yang sentiasa bermain-main dalam minda aku selama ni.
Kenapa malas boleh mati pula?
Ceritanya bermula macamni. Masa tu aku dengan abah mahu pulang ke Menumbok dari Labuan. Kami terlewat, dan terpaksa menaiki bot yang terakhir. Seperti al-maklum semua orang, waktu petang ni ombaknya amatlah bergelora. Semasa kami menunggu bot kami tiba, aku sempat melihat khabar yang dibawa oleh rupa masing-masing daripada setiap orang yang baru tiba dari bot Menumbok. Daripada wajah mereka saja, aku dah tahu yang keadaan di laut sekarang memang menyeramkan bagi manusia yang tidak biasa dengan keadaan laut. Tapi mahu tak mahu, kami terpaksa teruskan perjalanan.
gambar seorang nelayan yang sedang bersiap-siap untuk pulang ke Pulan Gaia |
Kami bertolak dari Labuan tepat pada jam 6.20 petang. Pada awalnya, perjalanan terasa tenang. Tapi bila dalam 2minit selepas itu, kami masing-masing mula terasa kegeloraan laut itu. Bot kami sentiasa melambung-melambung dilanggar ombak tinggi. Dan muka kami sentiasa basah dipercik air laut yang masuk ke dalam bot. Aku anggarkan ombak itu mungkin tingginya dalam 3meter. Kemudian tiba-tiba bot terasa seperti tidak stabil. Seakan-akan mahu terbalik. Pada waktu itu, aku mula sedar dari kejahilan aku. Aku mula takut mati.
Tiba-tiba pemandu bot tu teriak menyuruh seorang dari sebelah kiri bot perlu pindah ke sebelah kanan bot, jika tidak bot akan terbalik. Aku memang di sebelah kiri bot dan aku tengok masing-masing yang sebaris denganku tidak mahu berganjak. Jadi, aku terus menyuruh pakcik yang di hadapan aku untuk memberi ruang kepada aku. Tapi masing-masing tidak mahu memberi ruang kepada aku. Jadi cuma ada satu ruang saja yang tinggal. Iaitu di paling belakang bot, iaitu di bahagian enjin. Lalu aku segera melompat dan terus duduk di belakang. MasyaAllah, di situ aku nampak amat jelas ombak-ombak tinggi yang melanggar bot kami. Dan di sana juga aku basah kuyup dipercik air laut yang melanggar bot. Dan di sana aku hanya berdoa agar Allah selamatkan perjalanan kami. Dalam fikiran aku hanya berfikir tentang mati.
Tapi, dalam hati aku tiba-tiba terdetik sesuatu. Aku rupanya sedang gembira. Aku berpeluang melihat keindahan Labuan pada waktu senja. Pemandangan itu sungguh cantik. Lalu, aku tertarik pada lambungan ombak-ombak itu. Aku termenung. Kuat sungguh alunan ombak-ombak ni. Kalau bot ni berhenti di tengah-tengah lautan ni, bot ni pasti akan terbalik dilambung ombak. Jadi, bot ni perlu terus bergerak merempuh ombak agar tidak tertewas daripada lambungan ombak-ombak tersebut.
Situasi ini sama dengan kehidupan manusia. Kehidupan ini umpama lautan. Arus kehidupan ini umpama alunan ombak, jika manusia berhenti di tengah-tengah kehidupannya, manusia pasti akan mati ditelan ombak. Oleh itu, manusia perlu sentiasa bergerak melawan ombak sehingga berjaya ke tebing daratan.
Huh? Apa dah aku merapu jauh ni. Ok, berbalik kepada topik di atas.
Setiap manusia pasti punyai sesuatu cara atau benda yang boleh menenangkan diri. Aduhh..aku dah malas nak menaip lagi ni. Lain kali jela aku post entry pasal ni okey.
No comments:
Post a Comment