Monday, February 11, 2013

Kategori orang-orang yang mengumpat

just gambar hiasan

Mengumpat. Atau kata lainnya gossip. Merupakan dosa BESAR yang menjadi kebiasaan kita lupakan. Tetapi atas keadaan-keadaan tertentu, Islam membenarkan kita mengumpat, tapi semuanya demi motif kebaikan semua pihak. Tapi, hari ni projek-projek tender mengumpat ni dah menjadi kebiasaan bagi setiap lapisan masyarakat. Dari yang tua hinggalah ke umur baby sekalipun mesti ada yang bergossip-gossip.

Dalam Islam, mengumpat ni umpama makan daging saudara sendiri. Mula-mula aku tak faham juga kenapa sampai seumpamaan begitu sekali. Tapi baru-baru ni barulah aku sedar dan faham apa maksud perumpamaan tu.

Kisah ni berlaku di sebuah office yang mewah. Beckham dan Anuar Zain adalah rakan sekerja yang erat dan serasi pada pandangan orang-orang biasa. Tapi tidak bagi aku. Oleh kerana mereka rakan sekerja aku juga, jadi aku lebih memahami situasi ni lebih daripada orang-orang luar yang lain. Pada suatu hari, Beckham minta izin dengan bosnya untuk keluar awal mengambil anaknya keluar sekolah. Dan bosnya pun membenarkan dia keluar awal. Lalu, apabila Beckham keluar saja dari pintu office, bermulalah acara pidato antara ahli-ahli office tu, kecuali aku. Sebab aku dalam cerita ni mainkan watak orang baik. Dan yang lebih mengejutkan, Anuar Zain yang disangka rakan baik Beckham tu pun turut berjuang memberi hujah-hujah bernas membuka aib si Beckham tu. Astaghfirullah..

Dan sejak tu, aku mula sedar bagaimana proses memakan daging saudara sendiri tu berlaku. Kita tak dapat lihat pada mata kasar, tapi InsyaAllah boleh dilihat pada mata halus, ataupun mata hati.

Ok. Baru-baru ni aku sedar yang spesies pengumpat ni juga ada kategori-kategori dia juga.

1. Orang yang mengumpat tapi tidak melibatkan diri sendiri

  • Selalunya orang macam ni adalah kaki gossip semata-mata. Selalu jaga tepi kain orang. Asyik nak cari silap salah orang aje. Tapi diri sendiri entah mungkin lebih kurang sama saja. Selalunya mangsa-mangsa dorang ni artis dan orang-orang kenamaan je. Oh, termasuk juga dengan orang-orang sekitar mereka yang mereka tidak puas hati, turut menjadi mangsa potpet dorang. "Eh, Jah. Kau tau, si Tini tu aku tengok ada beli peti sejuk baru tau. Siap touch-screen lagi. Entah manalah dia dapat duit nak beli benda mahal camtu. Entah-entah dia..." Hah, begitulah lebih kurang dialog rasmi dorang ni. Tapi dalam Islam, ketegori ni ada yang dibenarkan atas sebab untuk memberitahu kepada orang lain bahawa si polan itu adalah silap dan menyesatkan.


2. Orang yang mengumpat tapi melibatkan masalah peribadi diri sendiri
  • Orang macam ni selalunya berada dalam situasi meluahkan perasaan. Dia ada masalah dengan orang lain. Lalu dia meluahkan perasaan kepada orang lain. Bagus cara ni. Sebab boleh mengurangkan kesakitan pada hati kita. Ianya lebih kurang boleh dikatakan sebagai sesi kaunselinglah juga. Tapi masalahnya, selalu bila meluahkan perasaan secara tak formal ni akan membuka aib-aib orang yang bermasalah dengan dia pula. Dalam Islam, cara ni dibolehkan juga tetapi terbatas pada hal-hal tertentu saja. Misalnya memberitahu masalah diri dengan pasangan di dalam makhamah.
3. Orang yang mengumpat tapi membesarkan diri sendiri
  • Aku rasa dalam kesemua kategori, kategori ni lah yang paling teruk. Orang macam ni selalunya mengumpat orang lain sambil membandingkan diri sendiri dengan si mangsa. Tapi dalam pembandingan ni, selalunya orang ni takkan mahu mengalah. Dia akan membesarkan diri selagi boleh. "Apalah si Tomok tu potong rambut botak sangat. Kalau aku tu..." Hah lebih kurang macam ni lah dialog orang jenis ni. Orang sebegini kita sering terjumpa di kalangan orang-orang berkenamaan dan berstatus tinggi saja. Tapi ada juga orang-orang berstatus biasa saja tapi turut termasuk dalam kategori ni. Dan dialah sebenarnya orang yang paling teruk antara kesemua kategori.
4. Orang yang mengumpat tapi mengenai diri sendiri
  • Kategori ni bagi aku adalah kategori yang paling bagus antara semua kategori. Orang macam ni selalunya jenis orang yang merendah diri. Selalunya dia akan mengumpat menggunakan nama orang lain, tapi sebenarnya mengenai diri sendiri. Nama orang yang dia mengumpat tu sebenarnya tak wujud pun. Cuma dia sengaja menggunakan nama orang lain untuk mengumpat mengenai diri sendiri dan dia mahu tengok apa reaksi orang luar mengenai sifat-sifat orang yang dia umpat itu yakni diri dia sendiri. Jika orang lain ramai tidak suka akan perangai orang yang mereka umpat tu, lalu dia akan mentarbiah diri sendiri untuk berubah. Cewah, baik gilerr orang macam ni kan.
Tapi moralnya di sini, mengumpat itu tidak pernah akan baik. Lebih baik bertindak daripada mengata-ngata dari belakang saja. Itu namanya pengecut. Sebab jika kita pernah mengumpat mengenai orang lain, dosa kita cuma akan terampun jika orang yang kita umpat itu maafkan kita. Nah, bukankah susah kalau macam tu. Oleh itu, kita boleh simpulkan semuanya di sini, DIAM ITU LEBIH BAIK.

No comments:

Post a Comment