Maksud aku..betul-betul ada masalah..
Awas! Jaga kepala anda! |
Saya tak pernah cakap dengan sesiapapun sebelum ni..sejak kebelakangan ni, saya selalu rasa sakit pada bahagian otak. Rasa macam dipukul-pukul sakitnya. Pastu tiba-tiba saya nampak dunia ni berputar. Kalau awak selalu bersama dengan saya. Awak akan nampak yang saya akan kadang-kadang berdiri barpaut pada sesuatu untuk menahan badan saya daripada tumbang.
Saya tak tahu apa sebenar maksud sakit ni. Saya just takut yang ini might be a cancer. Saya ada berkenalan dengan ramai pegawai perubatan, nurse, doktor, insyaAllah saya akan cuba mengambil kesempatan nanti untuk minta kepala saya diperiksa. Dan..saya berharap ianya bukanlah seperti sakit yang saya jangkakan ni.
Saya selalu menyumpah seranah diri sendiri apabila tiba-tiba saya nampak dunia ni berputar-putar. (aku tak tahu kalau perbuatan ni salah dari sisi agama ke tak..somebody if know the answer hopely that you can share it with us okey) Saya menipu diri sendiri bahawa saya bukan seorang yang lemah, saya seorang yang kuat. Saya perlu teruskan perjalanan tak kira apapun. Saya tak boleh mati sekarang. Masih ramai lagi yang perlukan saya di luar sana. Misi saya belum selesai lagi.
My life must go on..
Kalau awak ada terbaca ni, minta tolong selalu doakan saya ek.. :)
Hari khamis lalu, aku terjumpa dengan si cahayawanita. Ni kali pertama aku berjumpa dengannya semenjak oktober lepas. Masa ternampak dia, aku saja buat-buat tak nampak. Aku teruskan melihat persembahan di pentas tu. Pastu aku terdengar suara dia menyebut, "Haa tu dia dorang Shahril.." Aku masih berpura-pura tak dengar. Pastu dia dengan abang Azrin datang menyapa dan kami bersalaman dengan abangnya.
Saat itu kami perpandangan. Aku harap dia dapat terima mesej aku daripada renungan mataku. "Ya,aku rindukan kau".
Dan apabila jam 2246, dia dengan teman-temannya pun mula mengangkat kaki kanan untuk pulang. Aku yang duduk di border jalan itu hanya memerhatikan dia dari jauh saja. Aku harap diapun seperti aku. Aku harap diapun mencari di mana aku. Dan, memang benar. Dia mencari aku dan ternampak aku duduk di tepi jalan. Dan kami melambai comel seperti dulu dan dia terus pergi masuk ke kereta saga BLM putihnya.
Kenapa aku ego tak mahu bercakap dengannya tadi..kenapa aku ego tak mahu kejar tegur dia sebelum dia pulang tadi.. Hatiku menyesal sedikit dan sakit rindu pun mula terasa semula.
Semalam, aku bermimpi bertemu dengannya. Dia sungguh cantik.. Dia manja.. Aku berjumpa dengannya di rumahnya bersama-sama dengan keluarganya. Aku harap mimpi tu membawa maksud yang baik untuk kami.. Aku tak sabar menunggu hari itu cahayawanita :)
No comments:
Post a Comment