Dalam hati Irfan berbisik..
"Memang betul, apa yang aku mahu Alhamdulillah semuanya aku dapat. Tapi aku tidak pernah meminta-minta kepada orang lain. Jika pernahpun, itu sebab dalam kesuntukan masa. Dan, jika aku pernah meminta-mintapun..apa sajalah yang pernah aku mintakan.."
past the yearning, i learned to tempered my sorrow |
Buat pengetahuan dunia..Irfan memang tidak suka meminta-minta. Dia memang telah dididik sejak kecil untuk tidak meminta-minta melainkan dalam keadaan terdesak sahaja. Selagi boleh berusaha, cubalah usahakan dulu, dan bertawakal..berharap akan ganjaran yang Allah balaskan.
Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Selagi 5deria ini masih berfungsi..selagi otot ini masih kuat..selagi tulang ini mampu menyokong..kita sepatutnya bertekad sebulat hati untuk sentiasa berusaha dan betawakal kemudian. Begitulah konsep usaha tawakal yang menjadi pegangan hidup Irfan.
Bagi Irfan, di mana sekalipun kita pergi, kita sentiasa membawa suatu amanah penting yang dipikul sejak lahir lagi. Iaitu amanah untuk menjaga maruah agama. Jika kita buat baik, orang luar pun akan memberi nama yang baik.."Oh, orang Islam tu memang baiklah..". Tapi jika sebaliknya pula, "Oh, orang Islam tu memang teruklah." Jadi mahu tidak mahu, kita memang tidak dapat dieelakkan lagi untuk memikul tanggungjawab ini.
Bukanlah mahu cakap kita langsung tak boleh meminta-minta. Tapi biarlah sesuai dengan apa yang diminta itu. Minta biarlah sesuatu yang menjadi keperluan sahaja, bukan pada kehendak. Takut kalau kita terbiasa meminta-minta, nanti orang luar akan berfikir yang Islam ini suka meminta-minta dan malas untuk berusaha.
Dan Irfan pun teruskan membaiki laptop pelanggannya tanpa menghiraukan sindiran orang itu. The end ~
No comments:
Post a Comment