Sunday, October 6, 2013

When I am Your Man




Awak . .


Dah hampir setahun kita tak berbual macam biasa . .


Saya jarang jumpa family awak macam dulu . .


Saya jarang datang rumah awak hantar manisan yang saya nak kongsikan . . .


Awak tau tak yang saya sebenarnya sangat rndu dengan awak . .


Memang selalu sangat saya terasa nak saja hantar seribu message dan inbox awak setiap hari tanyakan tentang apa yang awak sedang buat. .


Memang selalu sangat saya terasa nak saja call awak seharian sampai lewat malam sampai awak ucapkan selamat malam kepada saya . .


Memang selalu sangat saya terasa nak saja hantar gambar kepada akaun wechat awak tentang apa yang sedang saya buat sekarang . .


Memang selalu sangat saya terasa nak saja datang singgah ke rumah awak dan hantar coconut shake dan kek biskut marrie yang awak suka tu . .


Tapi saya tak berani . .


Bukan sebab saya dah putus harapan . .


Tapi sebaliknya, saya telah letak suatu harapan baru . .


Saya akan berjumpa dengan awak apabila saya telah benar-benar bersedia . .


Awak tahu, saya bukan saya yang dulu . .


Saya sekarang telah jumpa jalan perjuangan saya . . matlamat saya . . cita-cita saya . .


Impian saya . . untuk mendirikan dan membina suasana tawa-riang bersama keluarga saya. Saya selalu sedih melihat mak dengan abah yang berwajah keletihan bekerja seharian. Saya selalu sedih melihat adik-adik memakai baju lama setiap hari. Kebanyakannya baju adik-adik semuanya mak bersiang-malam menjahitkannya sendiri dengan alasan harga baju kat kedai sangat mahal. Saya selalu sedih melihat orang-orang kat luar sana makan makanan yang sedap-sedap tetapi keluarga saya sendiri tak pernah merasakan makanan-makanan tu. Dan mak selalu memujuk adik-adik dengan menceritakan suasana mewah di syurga nanti.




Awak tahu . . . setiap malam saya menangis melaluinya . .




Orang cakap, manusia akan menjadi lebih kuat apabila dia mempertahankan sesuatu . .


Awak ingat lagi tak masa kita pergi talk Amin Idris kat UMS malam tu ?


Dia pun cakap, "when the vision okay, the action will be clear."


Dan sebelum Azreen pulang ke Terengganu, semasa kami berpeluk dia pun berpesan, "insyaAllah kita sama-sama menjadi orang yang berjaya ril . insyaAllah . . "


Sekarang saya dah jumpa impian jangka panjang kehidupan saya . .


Saya rasa seperti lebih kuat apabila memperjuangkan impian saya.


Cikgu-cikgu kat kelas kita dulu selalu suruh kita cari cita-cita kita . . tapi saya tak pernah jelas apa yang saya mahukan . doktor ? kapten kapal laut ? chef di restoran hotel terkenal ?


Hahahaha lucunya itulah yang saya selalu jawab apabila ditanya di kelas dulu . .


Tetapi sekarang saya dah tahu impian saya . .


Saya akan terus berusaha keras untuk meraih impian saya itu . .


Saya semenjak kecil, saya tidak diasuhkan dengan duit dan harta dunia ni. Saya sentiasa hidup sederhana, dan apa yang boleh saya syukurkan saya tidak pernah complain dengan kehidupan saya. Dulu saya tidak kisah jika saya tidak berduit sekalipun. Sebab selalunya apabila saya perlukan sesuatu, Allah sentiasa permudahkan saya untuk mendapatkan saya. Apa yang saya perlukan hanyalah berdoa kepadaNya.


Tapi semenjak saya kenal awak, saya baru tahu yang saya telah melakukan sedikit kesilapan. Ya, saya memang sepatutnya perlukan duit . .


Awak pernah ceritakan pesan Mami semasa saya hantar awak pulang ke rumah dulu, sentiasa bawa duit lebih semasa keluar rumah .


Masa tu, saya langsung tak setuju. Buat apa perlu bawa duit lebih kalau duit tu akan kita boroskan saja nanti. Lebih baik bawa duit cukup-cukup saja.


Sehinggalah Allah tunjukkan apa sebenarnya maksud Mami tu . . .


Seorang lelaki datang berjumpa dengan saya meminta tolong berikan bantuan kewangan untuk dia pulang ke kampung halamannya. Dan apa yang saya ada dalam poket seluar saya tidak sampai lima ringgit pun.


Akhirnya saya faham . . .




Dan apa yang lucunya, baru sekarang saya dapat merasa seperti sudah dewasa .




Dalam sebuah drama korea yang pernah saya tonton, pelakon tu bercakap . . .


" 3 years won't be long if we aren't waiting for it ."


Apabila impian saya sudah berada dalam genggaman saya . . .


Saya akan datang semula berjumpa dengan awak . .


Saya akan selalu hantar seribu message dan inbox awak setiap hari tanyakan tentang apa yang awak sedang buat . .


Saya akan selalu call awak seharian sampai lewat malam sampai awak ucapkan selamat malam kepada saya. .


Saya akan selalu hantar gambar kepada akaun wechat awak tentang apa yang sedang saya buat sekarang . .


Saya akan selalu datang singgah ke rumah awak dan hantar coconut shake dan kek biskut marrie yang awak suka tu . .



 " . . . i should've bought you flowers "





p/s : "wow cinta, bagaikan syurga dunia . ku mencinta, ku merenang lautan bara . ku dicinta, seindahnya sinar suria. ku tercinta, jangan kau tinggalkan ku . ."

siapa tahu tajuk and singer lagu ni ar? aku selalu dengar lagu chill ni kat radio Era FM tapi dorang langsung tak pernah nyatakan penyanyi dengan tajuk lagu tu. siapa yang tahu tolonglah ye bagitau aku. lagu ni best best best sangat !

dan kepada sahabatku Zulkhairi Khairuddin yang berada di Penang sana, selamat ulang tahun okey. Jadi orang yang berjaya tau ! Allah loves you . .

2 comments:

  1. Shahril! heheheh :p saya tau ni sepaaa. muahahahahha. btw, birthday zulkhairi today??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oi ! Hahaha a'ah hari ni bday zul. esok bday adik kembar saya. n tomorrow after tomorrow bday adalah sorang tu pula :p

      Delete