Sunday, July 28, 2013

5 Golongan yang Perlu Mendapatkan Tempat Duduk (pengangkutan awam)

Semenjak buka sem baru ni, sekali lagi aku TERPAKSA menggunakan bas awam sebagai pengangkutan utama aku ke kelas yang 20km jauh jaraknya dari rumah aku. Urgh, jujur aku cakap yang aku tak suka sangat guna bas awam kat sini. Bukan sebab dorang jahat ke apa. Tapi, citarasa lagu yang dorang pasang kat dalam bas dorang tu, urgh sangat menyakitkan hati. Dah la pasang lagu tu kuat giler, sampai pecah sound-bass speaker tu. Pastu pasang lagu yang mengarut pulak tu!!


"Lagu apa ni bro ?"


Aku tak kisah kalau dorang pasang lagu tu kuat-kuat sampai orang boleh dengar sebatu ke hadapan. Mungkin ini stratergi dorang untuk alertkan bakal penumpang dorang. Aku tak kisah kalau lagu yang dimainkan adalah lagu-lagu rock-90an, lagu-lagu pop Indonesia, atau lagu-lagu jiwang yang lain, walaupun sebenarnya aku tak suka, tapi aku boleh terima. Tapi ni yang tak boleh terima, bila dorang pasang lagu-lagu techno, disko, dan yang paling kemuncak ketaksukaan aku bila dipasangkan lagu-lagu dangdut. Urgh, sakit hati bro ! Apa ke jiwanya itu pasang lagu-lagu macamtu? Kalau pasang masa malam ke, entah mungkin ada sesetengah boleh terimalah kot. Ini awal-awal pagi lagi dah pasang lagu-lagu macamtu. Urgh ! Terus badmood awal-awal pagi masuk kelas.


TAPI


Tapi, bukan semuanya macam tu. Memang ada sesetengah pemandu / pemilik bas memang bagi aku layak diistilahkan sebagai profesional. Saling hormat-menghormati di jalan raya, hormat akan hak penumpang dan santun budi bahasanya. Bukan aku benci naik bas awam, aku suka. Malah aku menyokong penggunaan bas awam kerana mengurangkan kesesakan jalan dan mengurangkan pelepasan asap carbon dari kenderaan. Dan yang paling aku suka, ianya sangat menjimatkan dari segi kewangan.


Ok, selesai sesi luahan perasaan.


Di sini, aku nak berkongsi diantara pegangan aku semasa dalam bas awam.


Pernah tak ketika anda menaiki bas awam. Anda dapati bahawa bas itu sangat sesak dengan penumpang. Ramai diantara penumpang itu terpaksa berdiri termasuk anda. Kemudian ketika dalam perjalanan, tiba-tiba seseorang penumpang menekan loceng untuk memberitahu kepada pemandu bas supaya berhenti ke tepi jalan. Apabila orang itu keluar dari bas, tempat duduk penumpang tadi telah kosong. Dan masing-masing saling pandang-memandang sesama sendiri, siapakah antara penumpang yang berdiri itu yang lebih layak untuk mendapatkan tempat duduk itu. Maka di sini timbullah persoalan di antara mereka yang pernah mengalaminya. . .


Sepanjang 3 tahun berturut, setiap hari aku menggunakan bas awam ni, aku telah berpaut pada satu pegangan jika hal yang demikian berlaku. Siapa yang lebih layak untuk mendapatkan tempat duduk yang kosong tu? Ataupun ketika aku susah memang siap sedia telah duduk dan tiba-tiba datang masuknya individu-individu yang lebih layak untuk duduk, maka mereka lebih memerlukannya.


Siapakah mereka ?


suasana sesak dalam citybus



1. Wanita yang Mengandung

Wanita yang mengandung merupakan golongan yang paling perlu diberikan keutamaan untuk mendapatkan tempat duduk. Walaupun anda sememangnya keletihan baru selesai daripada berkerja, tetapi untuk seketika itu, buanglah keegoan anda dan lembutkanlah naluri kemanusiaan anda untuk memberikan wanita yang mengandung ini untuk mendapatkan tempat duduk anda.

Kerana wanita yang mengandung ini sedang berada dalam keadaan yang amat sensitif. Kandungannya amat perlu dijaga baik agar pembesaran bayi itu berjalan sihat. Jika anda memberikan tempat duduk anda kepada wanita yang mengandung ini, tahniah ! Kerana anda telah menyelamatkan sebuah kehidupan.

Tapi saranan saya kepada para ibu yang mengandung, elakkanlah daripada menggunakan pengangkutan awam kerana risiko untuk berlakunya kemalangan amatlah tinggi semasa anda berada dikalangan awam. Seeloknya gunakanlah kereta untuk membawa anda ke destinasi anda. Jika anda tidak mempunyai sebuah kereta, maka ringankanlah lidah anda untuk meminta bantuan daripada orang terdekat anda, ataupun gunakanlah teksi. Walaupun tambangnya agak mahal, tetapi ianya sentiasa berbaloi untuk penjagaan kandungan anda.

Terus terang, aku tak suka melihat ibu mengandung dan golongan ke-2 menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama mereka. Bukan aku benci mereka, tetapi aku rasa sedih dan amat bersimpati dengan mereka.



2. Orang yang Membawa Bayi

Kadang-kala akan kelihatan juga orang yang menggunakan pengangkutan awam membawa bersama bayi mereka sekali. Tidak seperti penumpang-penumpang lain yang turut berdiri tetapi menyandang barang-barang mereka, orang yang membawa bayi ini lebih perlu diberi perhatian kerana keadaan bayi amat fragile dan perlu dijaga daripada ditimpa sebarang perlanggaran yang serius.

Konduktur bas atau pengemudi pengangkutan awam turut juga perlu mainkan peranan yang penting apabila mendapati orang yang berdiri sambil mengangkat bayinya. Berikan keutamaan kepada mereka dan minta budi baik penumpang yang sedang sedia duduk untuk memberikan tempat duduk kepada mereka dengan baik.

Kejadian ini seringkali aku dapat perhatikan semasa berada di dalam bas awam di sini. Walaupun rupa konduktor bas tu agak selekeh dan agak ganas jika sekilas pandang, tetapi hati mereka amat baik. Mereka amat memberikan perhatian baik kepada orang-orang yang datang membawa bayi. Aku puji dalam hati melihat baik budi konduktor bas itu.



3. Wanita Tua / Ibu

Seterusnya, merupakan golongan-golongan permata intan yang amat perlu kita hormati. Secara zahirnya, kita semua tahu yang wanita lebih lemah berbanding dengan lelaki, oleh itu kita perlu lebih utamakan golongan ini berbanding dengan golongan lelaki.

Tetapi jika anda bersama dengan ibu anda di dalam pengangkutan awam, dan kemudian anda mendapat satu tempat kosong dan pada masa yang sama, ada seorang wanita tua lagi berdekatan anda yang turut sama berdiri. Maka berikanlah keutamaan kepada ibu anda terlebih dahulu. Kerana syurga di bawah tapak kaki ibu. Dia yang lahirkan kita tau. Tak ke syurga kita kalau ibu kecik hati kat kita.



4. Lelaki Tua / Bapa

Antara keempat-empat golongan yang telah disebutkan, golongan ini merupakan golongan yang paling selalu dilihat menggunakan pengangkutan awam. Sebab mungkin juga golongan-golongan ini lebih suka memilih sesuatu yang jimat untuk mengurangkan kos kehidupan dan akan melebihkan kewangan untuk menampung keluarganya. Maksud aku, mereka pergi dan balik dari tempat kerja dengan hanya menggunakan pengangkutan awam saja. Seperti yang telah dinyatakan dalam Islam, golongan lelaki perlu mencari dan memberi nafkah kepada ahli-ahli keluarganya.

Kat sini, aku selalu kesian melihat pakcik-pakcik yang menahan mengharungi kesesakan penumpang di dalam bas. Aku nampak jelas usaha tulang empat kerat mereka untuk mencari rezeki dibawa pulang untuk ahli-ahli keluarga di rumahnya. Dan apabila telah petang, walaupun badan mereka dibasahi peluh-peluh tetapi riak wajah mereka tetap sejuk mata aku pandang. Mereka masih tetap tersenyum. Mungkin tidak sabar untuk pulang berjumpa dengan keluarganya dan menikmati makan malam hasil daripada usaha halal yang dia telah usahakan.

Pakcik-pakcik yang aku maksudkan ini, adalah mereka yang berkerja sebagai buruh kasar. Kat tempat tinggal aku ni, buruh kasar menjadi antara pekerjaan yang lazim kepada golongan-golongan kurang mampu di sini. Dan kebanyakannya mereka akan mendapat gaji mereka sebaik sahaja telah selesai bekerja seharian.



5. Isteri

Golongan kelima ini hanyalah untuk para lelaki yang bergelar suami sahaja. Kepada para isteri, wanita dan lelaki single hanya terhad kepada empat golongan di atas sahaja. Apabila anda sebagai suami, anda haruslah bersikap penyayang kepada pasangan anda. Kerana itulah yang anda telah janjikan semasa akad nikah dahulu. Lafaz akad nikah bukan sekadar lafaz sahaja. Ianya beerti anda telah berjanji untuk menjaga pasangan anda sebaik-baiknya sehingga dibawa hubungan itu ke syurga.

So, untuk memberikan tempat duduk kepada isteri anda bukanlah satu masalah yang besar pun bukan? Bukankah anda seorang lelaki yang penyayang lagi sweet lebih manis daripada cokelat hershey's kisses.









Hari Selasa yang lalu, aku ternampak dia memandu kereta coklat tu keluar dari tempat pengajiannya. Aku terkejut sangat-sangat. Agak lama aku tidak berjumpa dengan dia. So, diam-diam aku perhatikan sahaja dia memandu berseorangan di dalam kereta. Nampaknya dia dalam perjalanan pulang ke rumah. Sama la aku.

Petang tu jalan agak sesak. Kami bergerak seiringan, cuma kadang-kala dia di hadapan dan kemudian aku pula akan di hadapannya. Cuma, dia langsung tidak sedar akan kehadiran aku. Wajahnya muram semacam saja. So, aku membuat keputusan untuk menghiburkan sedikit suasana ni. Aku mahu lihat bagaimana wajahnya apabila berhubung talian dengan aku.

So, aku kol nombor telefonnya. . .

Dia angkat. . .

Tapi aku tidak menjawab. . . langsung tidak. . .

Aku perhatikan saja dia kehairanan dengan panggilan aku tu.

Dia menjerit-jerit memanggil nama aku.

Dia marah-marah sebab tak jawab panggilannya.

Aku tergelak dalam hati melihat wajahnya.

Comel.

Bukan selalu aku boleh merasakan suasana macam ni.

Kemudian, apabila tibanya di roundabout itu, kami terpaksa berpisah haluan. Sebaik saja kami berpisah haluan, dia terus memutuskan panggilan aku. Aku faham, sebab dia perlu mememberikan tumpuan kepada pemanduannya ke jalan besar itu.

Kemudian, aku menghantar mesej kepadanya; kenapa berwajah muram saja driving tu. Senyum la sikit. Terus dia membalas dan marah geram dengan aku.





Ya, dia memang comel. . .

1 comment: