Wednesday, July 31, 2013

Secebis Memori Itu

tengahhari di UiTM



Tengah hari itu sungguh aman. Bunyi riang-riang dari belakang rumah, angin bertiup lemah lembut, gumpalan awan-awan yang cantik tersusun seiring langit biru yang menyempurnakan suasana tenang hari itu. Kadang-kadang, mata ini termakan pujuk oleh ketenangan alam itu untuk terlena tetapi aku menahan diri daripadanya kerana aku lebih suka menikmati suasana tenang pada tengah hari Sabtu itu.


Kadangkala, secara tidak sengaja aku termengelamun termenung ke langit biru itu. Terlampau banyak kenangan aku yang disaksikan oleh langit biru itu. Ada yang manis, ada yang pahit. Aku terima, kerana memang begitulah lumrah kehidupan seorang manusia yang sentiasa mengharungi cabaran hitam putih kehidupan. Tidak pernah sesekali menyalahkan takdir, kerana segalanya diselitkan hikmah yang terbaik buat setiap manusia. Aku tersenyum sendiri. . .


Dengan hanya berpakaian singlet dan seluar half-quarter bewarna putih kekuningan, aku bersandar di pintu hadapan sambil membiarkan rambut aku ditiup halus oleh angin tengah hari itu. Aku selesa berkeadaan begitu. Ah, tenangnya. "Apa agaknya yang dia tengah buat sekarang ni?" Tiba-tiba persoalan itu timbul mengetuk hati ini. Aku terus termenung dan merenung ke atas sana.


" Tolong ! Tolong ! "


Tiba-tiba kedengaran suara bernada cemas memecah kesunyian tengah hari itu. Siapa ?


" Encik, tolong saya encik ! "


Kelihatan seorang gadis yang aku jangkakan umurnya dalam lingkungan awal 20an sedang berdiri cemas di depan pagar rumah sambil menjerit-jerit meminta tolong. Warna kulitnya yang kuning-langsat kelihatan sepadan dengan berpakaian seragam serba putih sambil menyandang sebuah beg tangan kain yang bewarna merah jambu kain itu. Kelihatannya seperti seorang jururawat. Seorang jururawat yang bertudung. Comel. Mungkin dia bertugas di hospital berdekatan taman perumahan aku ni.


Tapi, dia bercakap dengan aku ke? 


Setelah memastikan tiada siapa lagi di sekitar, " Eh, kenapa ni cik ?"


" Saya tidak boleh masuk ke rumah saya. Tolong saya encik ! "


" Eh, kenapa pula ? "


" Ada sekumpulan anjing yang garang berkumpul kat depan rumah saya. Bila saya mahu menuju ke rumah tadi, anjing-anjing tu kejar saya. Kemudian saya terus bergegas larikan diri dan mahu carikan sesiapa yang boleh membantu saya. Dan, saya jumpa encik. "


" Oh, macam tu ke. Baiklah, saya akan temankan cik. Tapi boleh tunggu sekejap? Sebab tak manis kalau orang lain tengok saya berpakaian ringan macam ni saja. "


Kemudian, aku terus naik ke bilik untuk menyalin pakaian yang lebih sopan. Digantikan singlet tadi dengan sehelai t-shirt putih. Manakala seluar pula aku tukarkan dengan jeans biru muda. Dengan hanya beralaskan sepasang sandal, aku terus berjalan keluar dari rumah.


" Kat mana rumah cik ni ? "


" Kat situ je, betul-betul bersebelahan dengan tadika tu. " sambil menuding jari telunjuk kanannya menunjuk ke arah rumahnya.


Setelah agak hampir aku berdiri bersebelahannya, aku dapati ketinggiannya separas leher aku saja. Punya sepasang tangan yang kecil dan berkuku tirus dan meruncing. Memakai jam tangan di pergelangan tangan kanannya dan menyandang beg pada bahu kirinya. Aku jangkakan dia ni seorang yang kidal. Selain itu, aku juga mendapati bahawa dia berloghatkan semenanjung yang aku agak sepertinya dari timur. Mungkin Pahang.


Ingin aku bertanya lebih lanjut tentang dirinya. Tapi, oleh kerana sedang berada dalam suasana yang agak tidak sesuai ini, aku batalkan niat itu. Kami teruskan langkah ke rumahnya.


Apabila sudah semakin hampir dengan rumahnya, memang benar katanya. Kelihatan 5 ekor anjing sedang berkumpul betul-betul di depan pagar rumahnya. Aku kenal benar dengan anjing-anjing tu. Haiwan tu memang gila. Asal sesiapa yang lalu di situ, memang mereka akan mengejarnya. Sehinggakan kereta yang tak bersalah pun tetap mereka kejar.


1st impression paijan jumpa ni, dia teriak "kancil ! "
dan kami hairan



Aku pernah sekali bertembung dengan anjing-anjing ni dan aku berjaya melepasi mereka. Dan kali ni aku yakin aku boleh mengharunginya sekali lagi. Ya aku pasti boleh.


Aku kenal dengan rumah ini. Aku selalu lalu di depan rumah bewarna pic muda masa aku kecik-kecik dulu dengan kawan-kawan aku. Rumah ni dari dulu memang dinginap oleh sekeluarga dari semenanjung. Mereka memang punya anak-anak kecil sebaya aku sewaktu itu. Tapi aku tak pernah mengenali mereka. Apa gadis ini ke anak-anak kecil yang aku pernah lihat dulu? Pelbagai persoalan bermain di fikiran aku tetapi ada sesuatu yang lebih penting perlu aku uruskan dahulu sekarang.


Anjing-anjing tu sudah mula menyalak garang dan cuba mengancam kehadiran kami. Tetapi aku sudah biasa dengan keadaan ini. Mungkin bagi orang yang tak biasa dengan keadaan ini seperti gadis ini memang akan lari mengundurkan diri jauh daripada anjing-anjing itu. Seperti yang cikgu Saharuddin pernah pesan dulu, anjing-anjing ni boleh menghidu horman daripada manusia. Jika kita berasa takut akan mereka, maka mereka dapat menghidu hormon ketakutan kita dan mereka akan cuba mengancam kita. Oleh itu, aku memang suka setiap kali bertembung dengan keadaan ini. Ianya sangat menguji keberanian aku. Dalam hati, aku memberanikan diri dan mengancam semula anjing-anjing itu. ' kalau mahu mati marilah maju ! ' Itulah ungkapan yang selalu aku lahirkan dari hati ketika menghadapi saat-saat begini.


Lalu aku lari ke hadapan mengacah-acah seolah-olah mahu mengejar mereka. Anjing-anjing itu memang lari jauhkan diri. Tapi tidak lama. Aku berpaling ke belakang dan kelihatan gadis itu masih ketakutan jauh di belakang. Aku teriak, " Cik, saya tak boleh bertahan lama ni. Cepatlah buka pagar dan masuk ke dalam rumah ! "


Lalu, gadis itu tersedar daripada kekakuannya. Dia meminta maaf dan segera mempercepatkan langkah kecilnya membuka pagar rumah. Pagar rumahnya diikat tutup dengan rantai besi. Oleh itu, ianya agak mengambil masa untuk membukanya.


Tiba-tiba anjing-anjing itu sekali lagi menuju ke arah kami sambil menyalak garang cuba mengancam kami. Tapi itu tidak cukup untuk membuatkan aku mengundur diri. Aku tahu, secara psikologinya anjing-anjing ini memang takut akan dilontar batu. Lalu aku membongkokkan diri seolah-olah cuba mengambil batu daripada jalan raya itu. Dan ternyata anjing-anjing itu memang termakan akan helah klasik itu. Tetapi aku tidak pernah melontar walau sebiji batu pun kepada anjing-anjing itu, sebab aku tahu, walaupun mereka agak mengganggu dan kadang-kadang menyusahkan tetapi mereka tetap ciptaan Tuhan. Mereka masih ciptaan Allah yang punya hak kehidupan.


Akhirnya, gadis itu telah membuka rantai pagar itu dan menguncikannya semula. Dan akhirnya barulah aku dapat melihat dia tersenyum. Manis senyumannya sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Aku agak dia sudah lega berasa selamat. Dan ianya turut melegakan aku jika dia sudah berasa begitu.


Kelihatan anjing-anjing itu sudah semakin agresif mungkin marah kerana telah sedar bahawa aku selama itu memperbodohkan mereka. Lalu, aku meminta diri dengan gadis itu untuk beredar dari situ. Kemudian, dia menundukkan sedikit wajahnya, dan kemudian dia mengangkatkan semula wajahnya memandang aku, " Terima kasih banyak-banyak ye ! ". " Ok, no problem ! "




Sesaat dua itu, aku masih melihat akan dia yang masih melambai menyambut aku pergi. Ini kali pertama aku selamatkan orang macam ni. Dan ianya seorang gadis. Mungkinkah aku akan berjumpa dengan dia lagi ? Mungkinkah dia akan datang ke rumah lagi meminta pertolongan aku lagi ? Terasa seperti aku ingin berjumpa dia lagi selepas ini. Ah, takpe la. Lagipun kami masih dalam satu kejiranan yang sama. Aku masih boleh berjumpa dengan dia jika ditentukan.


Aku mulakan langkah kanan berjalan pulang ke rumah. Lapan, sembilan, sepuluh langkah. Kemudian, kedengaran suara seorang perempuan memanggil dari belakang. " Encik, encik ! ". Aku menoleh ke belakang, dan betul sangkaan aku, gadis itu yang memanggil aku. Dia berdiri di hadapan pagar rumahnya.


awak comel !



" Kalau tak kisah, boleh saya tahu nama encik ? "


Aku tersenyum. . .


Rasanya seolah-olah berada dalam scene drama Korea. . .


" Abdullah ! "


" Oh, syukran jazilan ya akhi ! "


Aku cuma tersenyum dan cepat-cepat berpaling wajah dan beredar dari situ.


Dalam perjalan pulang, aku memandang ke langit biru. . .


macam ni la aku berlari gembira hari tu


Ah, gembiranya hati.


Apa sebabnya pun aku tak tahu.


Tapi yang aku pasti aku amat gembira pada masa tu.


Gembira sehinggakan ternampak tiga keping duit RM50 tersadai di kaki jalan pun aku buat tak endah.


Dua tiga kali aku hampir dilanggar kereta oleh kerana aku berjalan di tengah-tengah jalan. Tetapi, aku masih berasa gembira.


Sehingga aku masuk ke dalam bilik, aku membaringkan diri ke atas katil dan hanya melihat putaran kipas mengikut arah jam.


Aku flashback semula kejadian tadi dari awal sehingga akhir.


Kemudian, aku terhenti daripada terus tersenyum.


Aku terlupa sesuatu.


Aku terlupa bertanyakan dia.


Siapa nama dia ?


Aduh, kenapa aku terlepas sesuatu yang amat penting.


Takpe la, aku yakin kami pasti akan berjumpa lagi selepas ini.


*  *  *  *  *


Tiga hari sudah berlalu. . .


Aku masih duduk di hadapan pintu rumah sambil memandang ke arah langit seperti biasa.


Yakni sebenarnya aku menunggu kehadiran gadis itu untuk lalu di hadapan rumah.


Tetapi dia masih tidak kelihatan sehingga sekarang.


Seminggu dua berlalu, kekadang aku berdiri di hadapan pagar rumah sambil membawa payung kerana takut-takut dia akan kebasahan pada hari hujan. Tetapi dia masih tidak muncul-muncul.


Mana dia pergi ?


Kadang-kadang aku sengaja berjalan di hadapan rumahnya untuk jenguk-jenguk dan berharap dapat melihat bayangnya. Tetapi kelihatannya rumah itu seperti kosong tidak berpenghuni. Kadang-kadang aku bertanya akan anjing-anjing pengacau tu apakah mereka ada terlihat kelibat bayang gadis itu. Dan mereka pun turut tidak melihatnya sama. Malah mereka juga kelihatan seperti kecewa kerana tidak berjumpa dengan gadis itu. Aku faham.




*  *  *  *  *





Kini sudah 2 tahun berlalu. . .


Rumah yang pernah aku singgah dulu telah didiami sebuah keluarga baru yang tidak pernah aku lihat.


Aku sudah lama berhenti menunggunya.


Life must go on . . .


Kini aku sudah berjumpa dengan seseorang yang sangat beerti bagi aku. . . yang masih sedang aku usahakan.


Tetapi, andai diizinkan walaupun sesaat.


Jika kita berjumpa sekali lagi, aku ingin tanya nama kau . . .














* masa kat masjid lepas Isyak semalam, ada sesuatu yang sangat menarik minat aku dan aku tak boleh kawal diri aku daripada tersenyum melihatnya.

budak perempuan tu comel sangat-sangat-sangat ! ! !

bertudung ungu dan berbaju tidur putih.

aku rasa dia mungkin baru berumur dalam lingkungan 3 tahun.

apa yang membuatkan hati aku terhibur melihatnya adalah budak tu dari jauh berlari sambil tersenyum, pastu dia mendepakan tangannya ingin memeluk seseorang. Kemudian dia menerpa seorang lelaki di situ dan lelaki itu memeluknya pula. Aku rasa lelaki itu adalah ayah kepada budak perempuan itu. Kemudian, budak perempuan itu kembali berlari pusing-pusing di sekitar dan lakukan sekali lagi seperti tadi. Ayahnya memeluknya lagi.


comel ni namanya Alya. baru nak masuk setahun.


bagi aku, suasana itu amat comel

dan membuatkan aku tak sabar untuk merasa kasih manja seorang anak kecil
ye, saya perlukan awak . . .

Sunday, July 28, 2013

5 Golongan yang Perlu Mendapatkan Tempat Duduk (pengangkutan awam)

Semenjak buka sem baru ni, sekali lagi aku TERPAKSA menggunakan bas awam sebagai pengangkutan utama aku ke kelas yang 20km jauh jaraknya dari rumah aku. Urgh, jujur aku cakap yang aku tak suka sangat guna bas awam kat sini. Bukan sebab dorang jahat ke apa. Tapi, citarasa lagu yang dorang pasang kat dalam bas dorang tu, urgh sangat menyakitkan hati. Dah la pasang lagu tu kuat giler, sampai pecah sound-bass speaker tu. Pastu pasang lagu yang mengarut pulak tu!!


"Lagu apa ni bro ?"


Aku tak kisah kalau dorang pasang lagu tu kuat-kuat sampai orang boleh dengar sebatu ke hadapan. Mungkin ini stratergi dorang untuk alertkan bakal penumpang dorang. Aku tak kisah kalau lagu yang dimainkan adalah lagu-lagu rock-90an, lagu-lagu pop Indonesia, atau lagu-lagu jiwang yang lain, walaupun sebenarnya aku tak suka, tapi aku boleh terima. Tapi ni yang tak boleh terima, bila dorang pasang lagu-lagu techno, disko, dan yang paling kemuncak ketaksukaan aku bila dipasangkan lagu-lagu dangdut. Urgh, sakit hati bro ! Apa ke jiwanya itu pasang lagu-lagu macamtu? Kalau pasang masa malam ke, entah mungkin ada sesetengah boleh terimalah kot. Ini awal-awal pagi lagi dah pasang lagu-lagu macamtu. Urgh ! Terus badmood awal-awal pagi masuk kelas.


TAPI


Tapi, bukan semuanya macam tu. Memang ada sesetengah pemandu / pemilik bas memang bagi aku layak diistilahkan sebagai profesional. Saling hormat-menghormati di jalan raya, hormat akan hak penumpang dan santun budi bahasanya. Bukan aku benci naik bas awam, aku suka. Malah aku menyokong penggunaan bas awam kerana mengurangkan kesesakan jalan dan mengurangkan pelepasan asap carbon dari kenderaan. Dan yang paling aku suka, ianya sangat menjimatkan dari segi kewangan.


Ok, selesai sesi luahan perasaan.


Di sini, aku nak berkongsi diantara pegangan aku semasa dalam bas awam.


Pernah tak ketika anda menaiki bas awam. Anda dapati bahawa bas itu sangat sesak dengan penumpang. Ramai diantara penumpang itu terpaksa berdiri termasuk anda. Kemudian ketika dalam perjalanan, tiba-tiba seseorang penumpang menekan loceng untuk memberitahu kepada pemandu bas supaya berhenti ke tepi jalan. Apabila orang itu keluar dari bas, tempat duduk penumpang tadi telah kosong. Dan masing-masing saling pandang-memandang sesama sendiri, siapakah antara penumpang yang berdiri itu yang lebih layak untuk mendapatkan tempat duduk itu. Maka di sini timbullah persoalan di antara mereka yang pernah mengalaminya. . .


Sepanjang 3 tahun berturut, setiap hari aku menggunakan bas awam ni, aku telah berpaut pada satu pegangan jika hal yang demikian berlaku. Siapa yang lebih layak untuk mendapatkan tempat duduk yang kosong tu? Ataupun ketika aku susah memang siap sedia telah duduk dan tiba-tiba datang masuknya individu-individu yang lebih layak untuk duduk, maka mereka lebih memerlukannya.


Siapakah mereka ?


suasana sesak dalam citybus



1. Wanita yang Mengandung

Wanita yang mengandung merupakan golongan yang paling perlu diberikan keutamaan untuk mendapatkan tempat duduk. Walaupun anda sememangnya keletihan baru selesai daripada berkerja, tetapi untuk seketika itu, buanglah keegoan anda dan lembutkanlah naluri kemanusiaan anda untuk memberikan wanita yang mengandung ini untuk mendapatkan tempat duduk anda.

Kerana wanita yang mengandung ini sedang berada dalam keadaan yang amat sensitif. Kandungannya amat perlu dijaga baik agar pembesaran bayi itu berjalan sihat. Jika anda memberikan tempat duduk anda kepada wanita yang mengandung ini, tahniah ! Kerana anda telah menyelamatkan sebuah kehidupan.

Tapi saranan saya kepada para ibu yang mengandung, elakkanlah daripada menggunakan pengangkutan awam kerana risiko untuk berlakunya kemalangan amatlah tinggi semasa anda berada dikalangan awam. Seeloknya gunakanlah kereta untuk membawa anda ke destinasi anda. Jika anda tidak mempunyai sebuah kereta, maka ringankanlah lidah anda untuk meminta bantuan daripada orang terdekat anda, ataupun gunakanlah teksi. Walaupun tambangnya agak mahal, tetapi ianya sentiasa berbaloi untuk penjagaan kandungan anda.

Terus terang, aku tak suka melihat ibu mengandung dan golongan ke-2 menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama mereka. Bukan aku benci mereka, tetapi aku rasa sedih dan amat bersimpati dengan mereka.



2. Orang yang Membawa Bayi

Kadang-kala akan kelihatan juga orang yang menggunakan pengangkutan awam membawa bersama bayi mereka sekali. Tidak seperti penumpang-penumpang lain yang turut berdiri tetapi menyandang barang-barang mereka, orang yang membawa bayi ini lebih perlu diberi perhatian kerana keadaan bayi amat fragile dan perlu dijaga daripada ditimpa sebarang perlanggaran yang serius.

Konduktur bas atau pengemudi pengangkutan awam turut juga perlu mainkan peranan yang penting apabila mendapati orang yang berdiri sambil mengangkat bayinya. Berikan keutamaan kepada mereka dan minta budi baik penumpang yang sedang sedia duduk untuk memberikan tempat duduk kepada mereka dengan baik.

Kejadian ini seringkali aku dapat perhatikan semasa berada di dalam bas awam di sini. Walaupun rupa konduktor bas tu agak selekeh dan agak ganas jika sekilas pandang, tetapi hati mereka amat baik. Mereka amat memberikan perhatian baik kepada orang-orang yang datang membawa bayi. Aku puji dalam hati melihat baik budi konduktor bas itu.



3. Wanita Tua / Ibu

Seterusnya, merupakan golongan-golongan permata intan yang amat perlu kita hormati. Secara zahirnya, kita semua tahu yang wanita lebih lemah berbanding dengan lelaki, oleh itu kita perlu lebih utamakan golongan ini berbanding dengan golongan lelaki.

Tetapi jika anda bersama dengan ibu anda di dalam pengangkutan awam, dan kemudian anda mendapat satu tempat kosong dan pada masa yang sama, ada seorang wanita tua lagi berdekatan anda yang turut sama berdiri. Maka berikanlah keutamaan kepada ibu anda terlebih dahulu. Kerana syurga di bawah tapak kaki ibu. Dia yang lahirkan kita tau. Tak ke syurga kita kalau ibu kecik hati kat kita.



4. Lelaki Tua / Bapa

Antara keempat-empat golongan yang telah disebutkan, golongan ini merupakan golongan yang paling selalu dilihat menggunakan pengangkutan awam. Sebab mungkin juga golongan-golongan ini lebih suka memilih sesuatu yang jimat untuk mengurangkan kos kehidupan dan akan melebihkan kewangan untuk menampung keluarganya. Maksud aku, mereka pergi dan balik dari tempat kerja dengan hanya menggunakan pengangkutan awam saja. Seperti yang telah dinyatakan dalam Islam, golongan lelaki perlu mencari dan memberi nafkah kepada ahli-ahli keluarganya.

Kat sini, aku selalu kesian melihat pakcik-pakcik yang menahan mengharungi kesesakan penumpang di dalam bas. Aku nampak jelas usaha tulang empat kerat mereka untuk mencari rezeki dibawa pulang untuk ahli-ahli keluarga di rumahnya. Dan apabila telah petang, walaupun badan mereka dibasahi peluh-peluh tetapi riak wajah mereka tetap sejuk mata aku pandang. Mereka masih tetap tersenyum. Mungkin tidak sabar untuk pulang berjumpa dengan keluarganya dan menikmati makan malam hasil daripada usaha halal yang dia telah usahakan.

Pakcik-pakcik yang aku maksudkan ini, adalah mereka yang berkerja sebagai buruh kasar. Kat tempat tinggal aku ni, buruh kasar menjadi antara pekerjaan yang lazim kepada golongan-golongan kurang mampu di sini. Dan kebanyakannya mereka akan mendapat gaji mereka sebaik sahaja telah selesai bekerja seharian.



5. Isteri

Golongan kelima ini hanyalah untuk para lelaki yang bergelar suami sahaja. Kepada para isteri, wanita dan lelaki single hanya terhad kepada empat golongan di atas sahaja. Apabila anda sebagai suami, anda haruslah bersikap penyayang kepada pasangan anda. Kerana itulah yang anda telah janjikan semasa akad nikah dahulu. Lafaz akad nikah bukan sekadar lafaz sahaja. Ianya beerti anda telah berjanji untuk menjaga pasangan anda sebaik-baiknya sehingga dibawa hubungan itu ke syurga.

So, untuk memberikan tempat duduk kepada isteri anda bukanlah satu masalah yang besar pun bukan? Bukankah anda seorang lelaki yang penyayang lagi sweet lebih manis daripada cokelat hershey's kisses.









Hari Selasa yang lalu, aku ternampak dia memandu kereta coklat tu keluar dari tempat pengajiannya. Aku terkejut sangat-sangat. Agak lama aku tidak berjumpa dengan dia. So, diam-diam aku perhatikan sahaja dia memandu berseorangan di dalam kereta. Nampaknya dia dalam perjalanan pulang ke rumah. Sama la aku.

Petang tu jalan agak sesak. Kami bergerak seiringan, cuma kadang-kala dia di hadapan dan kemudian aku pula akan di hadapannya. Cuma, dia langsung tidak sedar akan kehadiran aku. Wajahnya muram semacam saja. So, aku membuat keputusan untuk menghiburkan sedikit suasana ni. Aku mahu lihat bagaimana wajahnya apabila berhubung talian dengan aku.

So, aku kol nombor telefonnya. . .

Dia angkat. . .

Tapi aku tidak menjawab. . . langsung tidak. . .

Aku perhatikan saja dia kehairanan dengan panggilan aku tu.

Dia menjerit-jerit memanggil nama aku.

Dia marah-marah sebab tak jawab panggilannya.

Aku tergelak dalam hati melihat wajahnya.

Comel.

Bukan selalu aku boleh merasakan suasana macam ni.

Kemudian, apabila tibanya di roundabout itu, kami terpaksa berpisah haluan. Sebaik saja kami berpisah haluan, dia terus memutuskan panggilan aku. Aku faham, sebab dia perlu mememberikan tumpuan kepada pemanduannya ke jalan besar itu.

Kemudian, aku menghantar mesej kepadanya; kenapa berwajah muram saja driving tu. Senyum la sikit. Terus dia membalas dan marah geram dengan aku.





Ya, dia memang comel. . .