Ok, apa aku merepek pagi-pagi ni?
Kita direct to the point lah ye Suzy. . .
Jyeah, HAPPY NEW CALENDAR !!
Pada pendapat aku, mungkin tak juga salah untuk kita memulakan azam baru pada setiap tahun. Sebab atleast kita ada sesuatu yang positif pada diri kita (asalkan azam tu benda yang baik-baik). Tapi, it really looks very silly if you change a-new-you just for a one reason ; New Year ? Ia umpama menukar akaun bank baru, semata-mata hari Isnin telah tiba. Sedangkan azam yang lama pun entah apa korang dah progresskan ? Pastu nak tukar azam baru lagi ?? Eh, tak sedar diri juga makcik ni !
Seperti yang aku berpendapatkan tadi, a'ah memang tak salah nak berazam baru. Dan, azam yang paling sesuai dan sentiasa sesuai untuk kebanyakan manusia di alam ini, aku rasa azam Kak Marscela yang paling praktikal dan bernas untuk kita guna pakai selamanya. " Azam baru saya pada tahun ini adalah, menyambung semula azam saya yang lepas."
Indeed ! Azam bukanlah sesuatu objek yang mempunyai lifespan atau dateline atau juga tarikh expired yang mempunyai nilai takad akhir untuk diakhirkan. Ianya adalah sesuatu yang primitif. Tak lapuk dek hujan tak juga lapuk dek panas. " If you want it, so be it ! " Jangan asyik mengongkong diri sendiri dengan pengaruh masa saja. Seperti pepatah dari Arab mengatakan, ' masa itu ibarat mata pedang, jika kita tidak memotongnya, maka kita yang akan dipotongnya pula. Sepatutnya dan sentiasa sepatutnya, kita yang mengawal masa, bukan pula masa yang mengawal kita.
Tapi seriously, macam yang Hadi cakap semalam, aku pun tak rasa apa-apa pasal tahun baru ni. Malam tadi family Memem ajak aku gather ngan dorang je buat BBQ. Dan aku sangatsangatsangat menyesal sebab tidur lewat semalam. Adalah tu sebabnya : (
kenapamestidia?
Tapi apa yang aku sedar, kat dalam setiap mimpi aku yang lepas-lepaspun, memang sentiasa menunjukkan sifat diri aku yang sebenar.
Just forget about it . . .
Tapi apa yang boleh aku nak buat pada sesi-kalendar-baru ni, aku nak tukarkan blog ni kepada wajah baru. Macam ada masalah dengan pilihan font aku ni kan ? Dan InsyaAllah aku nak buat website aku sendiri. Dah lama aku rancang dan belajar nak buat lamanweb, tapi tinggal nak buat je. Alasannya, takde masa konon. Saaapppp ! Kena potong dengan mata pedang.
Okey, pasni nak kemas-kemas rumah semula daripada kesepahan makan-makan semalam. Rasa agak kurang ajar la kan kalau kita dah makan sama-sama tapi kerja mengemas orang lain pula yang buat. Aku ni bukan apa, tapi hari kalendar baru ni, aku seorang yang rajin !
Dan, aku harap aku dapat pulang terus pasni huhu. Sebab aku takut kalau uncle betul-betul nak bawa aku jalan-jalan dengan keluarga mereka pergi either Ranau atau Kudat pasni. Bukan aku tak suka, cuma aku takut je bila terlampau stick dengan dorang ni. Takut kalau akan memusnah harapan sapa-sapa yang aku tak pernah tahu dan tak pernah perasan. Sebab semalam, macam-macam uncle citerkan kat aku pasal impian-impian masa akan datang dia. Aku cuma belum bersedia. Tapi apa yang pasti, aku memang suka dengan keluarga dorang ni.
Goodluck !
. . . and May Allah bless you always cahayawanita : )