Monday, December 30, 2013

Potong Rambut

Selepas beberapa bulan berlalu, akhirnya aku buat keputusan untuk potong juga rambutku yang dah bersepah ni. Pada awalnya niat aku saja nak biarkan sampai hujung sem nanti, sebelum exam. Tapi haritu lecturer disiplin dah tegur bagi warning sampai tahun baru. So, aku terpaksa juga potong rambut kesayangan aku tu :(


*aku sayang sangat rambut aku tau. memang dari dulu aku suka main dengan sang rambut ni. aku selalu biarkan panjang. dan SELALUNYA aku akan potong rambut aku paling banyakpun 4kali setahun.


So, petang semalam, lepas solat asar kat Masjid Bandaraya, aku terus pergi ke kedai gunting rambut feveret aku kat depan Taman Kemajuan. Bukan tempat tu yang jadikan aku suka nak pergi. Tapi si tukang gunting rambut tu yang menyebabkan aku trust 98% untuk rapikan rambut aku tu. Yup, dia memang agak lembut, (kat tempat aku ni memang agak susah nak cari kedai gunting rambut yang mempunyai pekerja lelaki sejati) tapi atleast tukang gunting rambut yang aku maksudkan ni dia jenis yang pendiam, tak macam yang lain asyik nak mengurut sana sini. Hey rimas la !






Pada mula aku rancang nak potong macam biasa saja. Slope belakang, tepi nipis, atas layer. Tapi masa dia baru siap potong tepi dan belakang, aku perasan ianya dahpun kelihatan perfect. So, aku cancel suruh dia tak payah potong atas. Biarkan je panjang camtu. Bila dah siap, wah ! Memang nampak cool la ! So, macam biasa aku suruh dia simpan je baki bayaran aku tu. You deserve to get it ! (memang kalau aku kat mana-mana bila aku dapat sesuatu yang sangat memuaskan hati aku, aku akan bayar lebih)


So, rupa aku selepas dipotong rambut lebih kurang camni la . . .



my idol



Hehe lebih kurang . . . 









Hari-hari-hari yang lalu, aku ada mesej dia. Aku cakap dah lama tak jumpa. Sebab atleast aku selalunya akan ternampak dia memandu keluar dari kelas.

Dan, petang rabu minggu lepas, masa aku baru pulang dari kelas. Aku ternampak dia baru drive keluar dari kuliahnya dan tengah beratur untuk u-turn. Yes, agak berdebar bila aku tak sangka yang aku betul-betul terserempak dengan dia kat sini.

So, aku terus berhentikan kereta di tepi jalan dan tunggu untuk dia mendahului aku. Dan apabila civic cokelat tu kelihatan di cermin sisi, aku terus bersiap sedia untuk mengikut dia. Setiap lampu isyarat kuning memang terpaksa aku langgar demi untuk sentiasa berada di belakang keretanya. Dan aku sengaja memandu rapat di belakangnya.

Wah, agak laju pemanduannya. Cis, tak aci la dia guna kereta bagus, yang aku pula guna kereta lama je. So memang agak lambat sikit untuk pickup.

Dah lebih kurang 10minit aku stick dengan dia, aku bersoal juga dalam hati, dia tak perasan ke? So, masa kat jalan tepi pantai, masa tu jalan agak lengang, so aku drive pergi tepi keretanya dengan harapan supaya dia sedar dan pandang aku kat situ. Tapi agak menghampakan, agak lucu tapi melegakan. Wajahnya sangat serius mengfokus pada pemanduannya. comel. lama aku tak lihat wajah tu.

Dah 17minit aku follow dia, akhirnya sampai juga dia ke rumahnya. Aku sengaja memperlahankan kereta semasa dia sedang menunggu Kak Darna membuka pagar rumah. Aku jadi ragu-ragu samada nak turun tegur dia atau tak. Tapi, aku malu dan belum bersedia. Entah kenapa tiba-tiba berdebar pula aku masa tu.

Sedar-sedar . . .

Aku sudah berada di rumah dan menyesal sebab aku tak turun tegur dia tadi. Aku rasa agak sedih ? Susah nak cakap sedih camne. Emm, mungkin lebih kepada kecewa. Mungkin. Sebab atleast kejadian yang bagi aku agak seronok tu aku nak dia pun tahu sekali. Aku rasa macam bertepuk sebelah tangan :(

Malam tu, aku mesej dia. Dan secara serta merta terus dia pun balas yang dia tau aku follow dia petang tadi.  Dia marah aku dan panggil aku stalker. Aku rasa agak sedikit seronok sebab atleast dia pun tahu. Malam tu aku taknak mesej lama-lama sebab aku taknak ganggu dia buat assignment dan preparation untuk quiz hari esok.

Seriously, saya betul-betul tak tahu bagaimana keadaan awak sekarang. Dah lama kita tak berhubung macam dulu. Tapi kadang-kadang bagi saya ianya lebih baik begitu. Cuma kadang-kadang juga, saya perlukan seseorang bersama saya semasa saya sedang down.

Yes, I still need you . .









p/s: malam tadi family memem ajak aku makan malam sama-sama dengan dorang. wah, atlast dapat juga aku merasa Cherry Easter tu. Ruang dalamnya agak besar. 2-4-3. kami dinner kat restoran Thai kat Putatan. Kadang-kadang aku rasa seronok sangat-sangat sebab aku rasa seperti sebahagian keluarganya. Tapi kadang-kadang juga, aku rasa agak takut. Takut sebab kalau dorang terlampau expectkan  yang tinggi sangat dengan aku. Tapi apa yang aku tahu, aku selesa sangat bersama dengan keluarga mereka. Haih, mungkin cuti raya Cina ni pun dorang akan ajak aku ke kampung mereka di Kudat tu. Agak neves.

Sekarang ni, aku tengah kat cyber kat Alam Mesra dengan sahabat aku, Suhaidi yang baru balik dari tempat praktikalnya di Sandakan. Mungkin memang betul kata Suhaidi, ramai yang cemburukan aku sebab aku sangat senang berada dengan kalangan keluarga orang lain. Mungkin seperti yang Zul jelaskan pada aku dulu, aku ada X-Factor yang boleh  buat orang senang dengan aku. Alhamdulillah . . . Sampai ada juga yang marah dengan aku bila ada sesetengahnya ibu mereka yang sudah menganggap aku sebagai anak mereka sendiri. Dan suruh aku memanggilnya sebagai IBU sama seperti anak-anak mereka yang lain. Haha, aku rasa agak malu dan berat untuk memanggil menyebut gelaran tu. Kan meel hehe . .

aku rindukan sahabat-sahabat aku . .