Saturday, April 27, 2013

Coldplay - Strawberry Swing


They were sitting, they were in the strawberry swing
And every moment was so precious
They were sitting, they were talking in the strawberry swing
And everybody was fighting, wouldn't wanna waste a thing

Cold. cold water bring me around
Now my feet wont touch the ground
Cold, cold water what you say
It's such, it such a perfect day, it's such a perfect day

I remember we were walking to strawberry swing
I can't wait till the morning, wouldnt wanna change a thing
People moving all the time inside a perfect straight line
Don't you wanna curve away?
It's such it's such a perfect day, it's such a perfect day

Ah, now the sky could be blue, i dont mind
Without you it's a waste of time
Could be blue, i dont mind
Without you it's a waste of time

The sky could be blue, could be gray
Without you i just slide away
The sky could be blue, i dont mind
Without you it's a waste of time





































"it's such a perfect day~" chris martin






Hari ni masa berlalu perlahan..aku suke..






Langit biru sangat..awan berkepul-kepul cantik..aku suke..






Aku berjumpa dengan sahabat yang dah hampir 3bulan tak jumpa..aku suke..






Kami bergurau-gurau sambil duduk makan di tepi pantai..aku suke..






Tapi..






5batu jarak di sebalik sana..






DIA dah tak macam dulu..






Aku tak tahu..






Aku cuma mahu kita berseronok macam dulu..






I really need the old you..










Friday, April 26, 2013

Jangan terlampau berharap

Jangan terlampau berharap..sebab sekali jika harapan anda musnah, anda akan bersedih.

Kita berasa sedih apabila kita rasa kecewa.

La Tahzan Innallaha Ma'ana


So, sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling anda.






























I just need some more time..

Wednesday, April 17, 2013

Happy hari jadi AbgSHah~

Malam tu..aku just relax je. Bagi sesetengah orang, hari tu merupakan hari yang amat gembira bagi mereka. Tapi aku rasa nervous pula. Sebab aku akan memasuki ke alam yang baru. Alam baru~? Hehe saja je suspens sikit.

"Titt!" bunyi mesej masuk kat henpon aku. "Ril, dorang Dani ajak p kenduri kawin abg Waren ni. Ko join?"..mesej ni dari sahabat aku Al-Fareez Asli. "Count me in.." aku reply mesejnya. "Ok, dalam jam8 aku datang rumah ko. Ko ready2 jak."

Aku sebenarnya agak malas nak keluar malam tu. Tapi sebabkan dah lama tak jumpa member-member ni..takpe la. Aku bersiap-siap berpakaian simple je malam tu. Dirapikan jambang misai..disikat kemas rambut ke belakang dan janggut.. "Titt!" bunyi mesej masuk dalam henpon.

"Aku kat luar.."

Selepas bersalam-salam dengan mak abah, aku buka pintu pagar dan letakkan kuncinya di tempat yang rahsia. Supaya aku senang buka pagar tu nanti lepas pulang nanti.

Sampai di kereta Proton Satria ungu dia tu..aku sedia senyuman spesel untuk sahabat aku yang dah 3bulan tak jumpa tu. "Assalamualaikum.." "Waalaikumussalam.." "Daii~ makin hensem ko ni Fareez..Fair n Lovely ke?" "Haih, ko ni Ril. Hahaha teda la.."

Begitulah aku kalau setiap kali berjumpa dengan sahabat-sahabat, aku pasti akan bergurau senda dulu sebagai pembuka pertemuan.

Rupa-rupanya sahabat aku Azmeel pun ada juga malam tu. Tapi dia masih di rumah tunggu dijemput. Aku geram betul dengan Azmeel ni. Setiap kali dia pulang ke sini mesti diam-diam langsung tiada khabar berita. Azmeel tunggu Dani jemput dia di rumah. So, Fareez ajak aku minum dulu di Likas Plaza kat Restoran Bismillah.

"Erm..teh tarik dua Anneh.."

Awal pagi tadi..sebenarnya Fareez ajak aku pergi gym kat komplex. Tapi lepas aku survey kat komplex, rupa-rupanya gym tu buka pukul 2 petang. Kebetulan aku ada hal sikit waktu tu. So, kami tak jadi pergi.

Susuk badan Fareez memang cantik..rupa-rupanya dia dah lama membina badan dia. Aku pernah sekali je pergi gym dengan dia dulu..itupun badan dia masih biasa-biasa lagi masa tu. Jadi, kami dah set lain kali kalau ada masa, kami pergi gym sama-sama.

"Assalamualaikum.."

Kedengaran suara Azmeel dan Dani..

"Waalaikumussalam..haih ko ni macam biasa Meel. Balik tak pandai langsung kasitaw orang." "Haha artis memang camni Ril.."

"So, macam mana sekarang Ril?" Dani membuka bicara..

Aku hairan..aku cuba bersoal jawab dalam hati. Apa maksud Dani ni..

"Haha teda la..macam biasa saja saya ni..hah macam mana dengan skill Illustrator kau? Terer suda?"

Sampai kira-kira jam9.30 macamtu, baru si Hasnawi datang dan tak berapa lama kemudian diikuti pula dengan Haleeza. Rupa-rupanya Ellinna sudah berangkat ke Cyberjaya 27hb Mac yang lalu. Ciss! Dia ni kalau pergi mana-mana sama je macam Azmeel, tak pernah langsung nak inform-inform orang.

Sudah jam9.30 Dani terpaksa pulang ke kedainya semula untuk bersiap-siap untuk tutup kedai. Dia suruh tunggu dia datang semula. Dia mahu kami pergi sama-sama ke kenduri abang Waren tu.

Sampailah kira-kira jam11..Azmeel dapat terima mesej dari Dani. "Sori, aku tak dapat join kamu malam ni." Huhu rasa macam kurang pula bila kekurangan orang ni..jadi kami teruskan perjalanan ke rumah Waren di KingFisher. Hasnawi ikut kereta Fareez..manakala aku dengan Azmeel ikut dengan kereta Leeza.

Dalam kami berlima, aku sorang je yang tahu di mana rumah baru Waren tu. Tapi aku hairan, Fareez kata biarlah dia yang lead perjalanan tu. Aku diam jela.

Setibanya di bulatan Kingfisher tu, kali kedua aku hairan. Kenapa Fareez direct jalan terus dan tidak masuk ke Kingfisher? Azmeel cakap dia mahu singgah pergi Universiti Apartment sekejap. Aku mengiyakan saja.

Setibanya pula di jalan UA, aku hairan untuk kali ketiga. Kenapa dia tidak masuk ke UA? Kenapa dia direct terus? Azmeel cakap dia mahu singgah pergi drivetru McD Sulaman dulu. Ada dia mahu beli. Aku mengiyakan lagi sekali jawapan Azmeel tu.

Setibanya di parking Azmeel pun keluar ikut Fareez masuk ke McD. Aku langsung tidak bawa duit time tu..jadi aku duduk saja dalam kereta Leeza sambil dengar lagu di radio. Kemudian si Leeza pula yang keluar, katanya mahu ke tandas. Tinggallah aku seorang di kereta..

Luasnya langit malam tu..langit cerah bersih. Bulan senyum..aku teringat sumting. Masa tu tengah pasang lagu  'how to touch a girl' dari Jojo. Haha aku tiba-tiba terfeeling pula..aku dah lama tak tengok bulan..

"Ril..Ril..bangun. Dorang Azmeel ajak makan dulu kat dalam."

Aku terbangun..Leeza di luar pintu kereta cuba kejutkan aku. Aku tak perasan rupa-rupanya aku dah tertidur 30minit kat situ. Aku betulkan rambut dan terus matikan enjin keluar dari kereta. Kat dalam tu sejuk..sudah lah aku berpakaian t-shirt lengan pendek biasa je ni. Tapi takpe la, sebab ada orang nak belanja kan hehe..

Kelihatan Hasnawi sudah duduk di sudut meja panjang tu. Azmeel dan Fareez sedang beratur membuat tempahan. Aku duduk terdiam situ..masih mamai. Jam baru menunjukkan jam 11.45. Dah lewat malam ni..tapi takpe la. Bukan selalu aku keluar hang-out dengan kawan-kawan sekarang ni. Seingat aku paling last kami berjumpa macam ni pun masa open house kat rumah Maxwell masa krismas dulu.

Aku terkejut..kelihatan Fareez sedang memegang kamera DSLR Nikon. Siapa punya? Dia ada cakap sebelum ni dia terlupa bawa. Rupa-rupanya dia tipu..aku semakin hairan. Leeza pun balik-balik mengintai henpon dia entah apa dia tengok.

Kemudian Azmeel datang membawa dulang. 4bungkus kentang goreng dengan sebiji burger di atas dulang. Macam biasa, kentang-kentang goreng tu akan ditaburkan ke atas dulang dan semua akan berkongsi makan sama-sama. Style ni pun aku first time tahu masa aku kena belanja makan dengan si Dia 18hb Mei tahun lalu.

Tiba-tiba..
si Leeza dari tadi tengok henpon sebab nak tengok jam


"Happy birthday to you..happy birthday to you..happy birthday to abang Shah~ Happy birthday to you~"

Sebiji kek cokelat tiba-tiba di tangan Hasnawi.. MasyaAllah..tak tergambar perasaan aku masa tu. Aku rasa gembira..aku rasa sedih.. Aku paling suka perasaan tu.. Bagi aku, perasaan tu maksudnya aku sayangkan sahabat-sahabat aku.

Dorang tahu aku suke makan kek cokelat >.< !!
Pastu aku tersoal-soal semula, macam mana planning dorang ni terjadi. Sebab tahun lepas pun dorang sambut birthday aku juga. Ya Allah..aku rasa teruk sangat. Sebab aku tak pernah buat baik dengan dorang, tapi dorang tetap buat macam ni untuk aku.

Aku tanya siapa yang planning semua ni. Tapi macam biasa la dorang bukan ada yang nak mengaku pun. Tapi Azmeel ada terlepas cakap yang kek ni dari Dani. Aku rasa terharu sangat. Sayang sekali dia tiada masa tu.

Malam tu, aku amati setiap saat yang berlalu..entah bila lagi aku berpeluang berkumpul-kumpul dengan sahabat aku macam ni lagi. Setiap saat selepas ini amat beerti bagi aku..aku sudah memasuki ke alam dewasa. Tiada siapa tahu apa yang akan terjadi kepada aku selepas ni..

Dalam jam12.30, kami pun bersiap-siap untuk pulang. Sebelum pulang, kami bergambar sama-sama dulu. Aku sedar..walaupun masing-masing sedang tersenyum di hadapan kamera. Tapi dalam hati masing-masing sedang menahan kesedihan.. Memang lumrah kehidupan..setiap yang datang pasti akan pergi.




























Nurellinna Anthony
Assalamualaikum. Selamat diberanakkan! Na, doplo thn sda ko. Thn dpn bole mgundi suda. May Allah Bless You n Ur family. Gud luck in evrything u do !

Hastuti Muin
Assalam.sanah helwah. :) .20thn suda.umur mkin mngkt,mati puwn mkin mnjenguk.jd kn ari2 kt penuh dgn amal ibadah wat bkln d cna nti.moga slmt,brjya dunia akhrt.jd ank,lelaki n suami yg soleh.hepi2 slalu. :)

Mami
Slmat pagi...upsss salah...slmat hrilahir...semoga pnjang umur dn dmurahkan rezeki

Roy
Ril, selamat hari jadi ya yg ke 20, tua sdh kta, cecah 20 an sdh, tp s0ri ya tda hadiah utk kau, dgn mlut ja aku wish, apapn, kau tetap sahabat plng sejati Ril, xmgkn aku bole lupa kau wlpn aku 'sepi', haha, gud luck 4 u prktikal Ril, smoga Allah berkat ma kau dn jdikn kau umat2 yg tersoleh dan tbaik, kau terbaiiik Ril. .krm slm ya ibubapa kau Ril, k la, aslmkum Ril. . B)

Suhaidi
Asslamualaikum. .shbtku ril. . .hahaha tua suda ko 2. ble kawin da. .bha jgn ksi lama bha. .hehe sanah helwah ril. . .smgo d brkati Allah selalu. .B)


Maxwell
*dia call aku then tiba-tiba nyanyi wish birthday..hahaha aku rasa kelakar dengan dia ni. Latar belakang suara dia, aku dengar angin je, macam sunyi betul hidup dia ni haha..bytheway, it's so sweet :)


Athirah Ahmah Kawi
Happy bufday :D Smoga pnjg umr, murah rezeki, sihat selalu n mencapai apa jua yg diimpikan.. Smga bhgia di smping fmly t'syg n jdi lelaki yg soleh :)

MY COLOURS :)
Aku sayang dorang..